Klik link untuk cerita lanjut :
Tragedi 1 julai 2011(i)
Tragedi 1 julai 2011(ii)
Tragedi 1 julai 2011(iii)
Alhamdulillah, 13 SEPT 2013, setelah 2 tahun tragedi akhirnya bicara selesai, kes ditutup.
Terima kasih kepada syarikat guaman Sukhdev & Associates yang mewakili pihak saya dalam membuat tuntutan berkenaan kemalangan tersebut.
Saya pasti pihak guaman telah menjalankan tugas sebaiknya.
Jasa kalian amat dihargai.
TERIMA KASIH
Cuma..sedikit kesal dengan syarikat Maju apabila saya sendiri melihat bas yang terlibat dalam kemalangan tersebut, benombor pendaftaran JLU 7293 masih beroperasi, secara fizikal dan logiknya kita boleh menilai yang bas tu "total lost" dan pakcik diver tu masih menjadi pemandu bas. Bukan saya mengharap pakcik diberhentikan kerja, tapi saya berharap pakcik akan lebih berhati-hati, bertanggungjawab dan berbudi bahasa lepas kejadian ini. Pakcik tolonglah ambil iktibar yer.
Tanpa segan dan rasa bersalah pakcik mintak maaf dengan penumpang dengan cakap "maaf yer, pakcik terlelap.."
Nasib pakcik baik sebab kemalangan ni tak meragut nyawa, kalau tak mungkin kena gantung kerja berpuluh tahun.
Masa pakcik marah saya, saya ada doa supaya anak pakcik akan terima nasib macam saya, maaf pakcik, saya tak berniat pon nak cakap macam tu, saya terasa teraniaya. Kalaulah pakcik tahu apa yang mak ayah saya rasa masa tu.. mereka risau taw pakcik . Ayah saya sampai tak boleh tidur 1 malam, ayah pergi klinik nak ambil mc. Doktor tak bagi ayah mc,ayah balik dari klinik marah2 doktor. Nasib baik bos bagi ayah cuti,sepatutnya 1hb julai ayah kerja pagi, ma kata ayah tak sedap hati..subuh tu dia dah siap2, dia nak ambil saya kat Larkin.. nak buat surprise..tapi apelah nasib akhirnya ayah ambil saya kat Hospital. Alhamdulillah saya hidup, kalau tak saya pasti ayah akan menuntut hak keadilan untuk saya. Saya jadi mangsa. Sampai hati pakcik nak halau saya turun bas kan... dah lah pukul 12 tengah malam~
Benda dah jadi.. Saya takde kuasa, saya bukan tuhan, semua yang berlaku ada hikmahnya. Ni dah tertulis dalam perjalanan hidup saya, saya seorang hamba, saya kena terima.
Hmm..bukan aku tak suka dengan duit bertimbun ni, beribu ribu tapi aku macam tak sedap hati pulak. Kes dah tutup. Aku decide untuk masukkan duit ni dalam bank, mungkin kegunaan masa hadapan, masa dia bagi aku cash tak macam nak gigil pulak tangan ni pegang duit beribu -.-
Aku berdoa semoga tiada kesan sampingan akan berlaku. Semoga kesihatan dalaman & luaran ni baik2 sahaja.
TERIMA KASIH ALLAH
Klik link untuk cerita lanjut :
Tragedi 1 julai 2011(i)
Tragedi 1 julai 2011(ii)
Tragedi 1 julai 2011(iii)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment