06 October 2016

Bambam

Syahmi tidur dengan bambam.
Bambam adalah flush toy berbentuk gajah comel.
Bambam adalah nama gajah didi dalam lagu didi and friends yang bertajuk "Bambam Gajah Hebat"



Bambam ni ibu beli dengan kawan ibu. Syahmi sayang sangat bambam ni 😍

04 October 2016

Dua Puluh Lima

0 comments
Alhamdulillah hari ni genap usiaku 25. Terima kasih mak dah melahirkanku. Terima kasih untuk surprise yang dirancang oleh adik :) 
3 Okt 2016 / 9 pm








♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬
4 Okt 2016

Esok pergi kerja dapat tragedi pulak! 


Sy rasa masa dia mencelah tepi kereta sy td dia lupa dia bawak gerabak tu. Dia ingat dia solo macam motor2 lain. Hmm tak pasal begesel. Sy suruh dia behenti tepi. Kemain dia tanya "kakak sakit tak? Kakak ada luka tak?" Sbb sy terkejut tadi. Sy pon nangis..

Muka dia memang serba salah dan sy jadi kesian sangat kat dia. Lol.( Padahal kau langgar aku )Lepastu sy suruh dia pergi dan sy teruskan perjalanan ke rumah mak.. dalam kereta anak sy merenung je ibu dia yg menangis ni. Dia pelik agaknya. Hahaha


Hari ni birthday sy. Pagi2 lagi mak dah wish :
"Selamat hari lahir untuk ude .. Semoga berbahagia selalu..ujian datang untuk mematangkan usia dan menguji kesabaran kita..😘😘😘😘😘😘"

Jadi sy anggap ni 1 ujian. Alhamdulillah sy dan anak ok.

Kereta calar sikit. Kereta ni ayah yg belikan zaman study dulu. Sy syg sgt kereta ni. Tolonglah jgn apa2 kan dia.. hmm hmm πŸ˜‚πŸ˜‚

♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬
 Pagi tu abang pergi Skudai ambil 2 kotak buah yang dipos oleh mak & ayah mertua. Ada buah rambutan, manggis, nam-nam dan dukong. Sedaaapppppppnya!




♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ 

Rehat tengahari balik rumah mak, Along bagi ice-cream super special πŸ’•
 Adik dah balik KL pagi tadi lepastu dia hantar mesej suruh ambil 1 sampul ni kat rumah. Rupanya dalam tu ada CD. Bawak pergi office nak pasang kat PC. Lagi sekali lah mata ni menangis sebab terharu sangat πŸ˜‚

Petang kat office dapat surprise cake dari officemate. Rezeki rezeki 😍



♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬
Balik rumah abg belikan kek lagi dan bagi hadiah jam ❤

 Abg tahu favourite kita New York Cheese. nyum nyum


♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ 

 So sempena birthday saya kali ni, saya dapat 7 slice kek Secret Recipe. TERIMA KASIH SEMUA yang wish dan mendoakan. Moga Allah luaskan rezki kita dan sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya. Amin

03 October 2016

Hadiah Syahmi Setahun

0 comments
Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang bagi hadiah ni masa birthday Syahmi. Tak sempat2 nak bukak. Set mini playground ni hadiah dari ibu sebab ibu teruja sangat nak buat mini playground dalam rumah 😍

Terima kasih ayah sebab sudi pasangkan. kebetulan ayah cuti hari ni kan. hehe

 TERIMA KASIH SEMUA ❤


 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara