30 April 2013

Takut gemuk TAPI suka makan !

0 comments
Tah kenapa sekarang ni selera semakin menjadi2.. 
tiap saat ada jer nak makan.. 


Takut gemuk TAPI suka makan !

Cam mana cara nak kawal ni ?


Sumber Gambar : ihsan En Google :)




05 April 2013

Nak kerja?



Azam baru lepas konvo nak kerja baru!
Anyone wanna help me?

Kelayakkan :-

- Diploma pengaturcaraan ( Fresh graduate )
- Mahir mengendalikan komputer
- Umur 22 tahun
- Perempuan (Warganegara Malaysia)
- Boleh bermula dengan segera (Johor)
- Berminat untuk menceburi bidang baru

Lebih berminat jika ada :-
- Socso / KWSP
- Gaji pokok + Elaun
- Latihan / kursus tertentu disediakan
- Masa Bekerja: Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 5.00petang), Sabtu - Ahad (Cuti)
- Peluang bercuti bersama syarikat
- Aktiviti keluarga yang menari
-Bonus

 Psstt...sesukahati aku jer tetapkan syarat,, hahaha :P

04 April 2013

Selesai Diploma

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, TERENGGANU

Alhamdulillah penantian konvo hampir setahun lepas tamat belajar akhirnya tiba. 2 April 2013 menjadi hari bersejarah kami kerana akhirnya majlis konvokesyen kami diraikan
 ( graduan sesi Disember 2011 ) 

TERIMA KASIH MA & AYAH !
Jasa dan pengorbananmu tidak dapat dibalas dengan apa jua, tidak ternilai harganya dengan wang ringgit. Terima kasih kerana menjadi pendorong utama anakmu untuk melanjutkan pengajian, terasa diri ini amat bertuah di dunia. TERIMA KASIH juga untuk along, angah dan adik ! Untuk adik, teruskan belajar hingga ke menara gading. Jadilah kebanggaan ayah dan ibu.

TERIMA KASIH PENSYARAH !
Dari semester 1 hingga semester 6, Encik, Puan & Cik yang mengajar saya, jutaan terima kasih saya ucapkan, terima kasih kerana mengajar dan berkongsi ilmu. Saya harap Encik, puan & cik halalkan segala ilmu yang diberi. Terima kasih juga kerana saya pasti semua pensyarah mendoakan kejayaan anak didiknya.

TERIMA KASIH SAHABAT !
Setiap tugasan ada rakan rujuknya, ada tempat tanya, ada dia untuk bersama, kadang menjadi pendengar masalah, mendengar keluhan, sedih gembira marah dan semua emosi turut dikongsi. Tiada sahabat tiada juga kejayaan hari ini. Terima kasih sahabat :)

TERIMA KASIH AWAK !
Berkenalan di IPT, dihati terasa berdebar, dimata mengkagumkan. Setiap detik diceritakan, bila bahagia terasa dunia ini kita yang punya. Terima kasih kerana awak ibarat semangat saya. Terima kasih kerana menjadi kauselor saya. Saya harap awak bukan muncul masa itu sahaja.. tapi selamanya bersama saya. Terima kasih.

MINTA MAAF !
Andai diri ini pernah mengguris hati, mulut ini pernah menyakiti, perbuatan ini pernah melukakan. Saya meminta maaf kerana egois dan titik hitam dihati adalah puncanya. Saya akui diri ini masih lemah dan tidak sempurna.

Semoga ilmu yang diperoleh masa lalu dapat  membantu untuk hari mendatang. 
TERIMA KASIH SEMUA :)





 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara