30 September 2016

Bengkel latihan (i)

0 comments
29 Sept 2016
Seperti yang dirancang, kami akan membuat bengkel pengenalan untuk 2 sistem iaitu SPPD dan SeDD. Dah lama aku tak prezen kat depan orang ramai, gugup betol rasa. Macam2 preparation aku buat sampai laki aku sekali kena heret tolong. Kena datang opis teman memalam. Kena tolong jaga Syahmi. hehe Alhamdulillah semua berjalan lancar untuk Modul 1 ni, InsyaAllah yang kurang2 tu akan dibaiki untuk modul-modul seterusnya.



27 September 2016

Seventh Outstation

0 comments
26 Sept 2016
Pepagi naik flight ke KL, aku, nina & bos.  Meeting start pukul 10.30am, nak tunggu pesentation dari S Core tiba2 system ada masalah error pulak, so kami pulak yang buat presentation depan Doc. hehe so macam biasalah komen tu banyak sangat, rehat kejap sambung balik tengok2 dah pukul 7pm. hahaha


Flight balik pukul 8.40pm macamtu tapi delay 25 minit, dalam pukul 10pm sampai Senai.. ngantukkkk-_-

25 September 2016

Inject setahun

0 comments
Hari ni Syahmi inject setahun. Sikit pon tak nangis hero ibu & ayah ni :)



21 September 2016

Happy First Birthday MFS

0 comments
Happy First Birthday Muhammad Firhan Syahmi bin Safran Salihin.







Ibu dan ayah nyanyikan lagu birthday untuk Syahmi

 

Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak soleh dan sentiasa dirahmati Allah. Ibu dan ayah sayang kamu dunia akhirat 
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

19 September 2016

Tak Jual Komik

0 comments
Sejak menjak ni ramai pulak mesej aku nak beli komik. Maaf tuan puan adik abang kakak sekalian. Komik adalah salah satu barang berharga yang i tak jual uolls.. haa cakap pasal komik, ni komik yang tersadai kat ofis, dah beli dan baca lepastu tak bawak balik. Saja nak penuhkan locker :p


Aku memang obses / tegar / kemaruk / syok tah apa lagi... memang minat sangat2 dengan komik grafik Zint & certain siri by Ben

Semua yang dipamerkan dalam blog, fb, insta, twiter segala bagai tu memang post semata jer, memang tak jual. Maaf ampun ye. huhu



 Latest yang tak dapat beli lagi : 

Teamare #5 by Ben
&
 Under 18 Elite #2 by Zint

14 September 2016

Upah Kek

0 comments
13 Sept 2016 last minit boss bagi cuti, katanya extra sehari lepas raya haji, tapi abg kerja so aku decide duduk rumah jer berdua dengan Syahmi. Lagipun mak masih kat kampung tak balik senai lagi. 

Kat rumah buat kerahan tenaga.. haha tiba-tiba mood rajin mengemas sampai apalagi habis semua aku kemas, buang segala benda tak pakai dan mop serumah. fuhhhh

Terima kasih Syahmi tolong ibu. haha

Ayah balik kerja bawak secret recipe 2 slice upah sebab ibu dengan Syahmi rajin.

 Yeaayyy TQ 
❤❤❤❤❤❤


 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara