Showing posts with label MFS. Show all posts
Showing posts with label MFS. Show all posts

04 November 2019

Well done Syahmi

0 comments
Koleksi art work by Syahmi masa school 
Kids Inspire CDC, 
Kulai sepanjang 2019. 
Teacher return masa open day (2 Nov 2019).
 Ibu lega dah buat keputusan tepat hantar Syahmi kat situ. 
Ibu terhutang budi dengan semua teacher Syahmi. 

Banyak improvement ! 

 Syahmi anak bijak. Teruskan perjuanganmu sayang. 
Jangan mudah berputus asa. 
I will love you endlessly 💓







01 October 2018

Happy Birthday MFS 3 years

0 comments
21 Sept 2015 - 21 Sept 2018


Selamat hari lahir ketiga tahun buat hero ibu yang pertama. Birthday kali ni Syahmi dah dapat title "Abang long". Tolong sayang adik Aniq yer sayang. Syahmi tengah aktif sekarang. Baru jadi abang gigi depan dah patah, dahi terhantuk dinding, kaki berdarah jatuh longkang, tergigit bibir, macam-macam lagilah.. Risau ibu. Ibu setiap masa doakan abang Syahmi.

Ya Allah peliharalah setiap langkah kaki Syahmi, jauhkan dia dari menjejak kaki ke tempat bahaya. Ya Allah lindungi tangan, badan dan mukanya agar terhindar dari luka-luka dan akhir sekali jauhkanlah Syahmi dari penyakit-penyakit yang memudaratkan. Sungguh anakku ini baru mengenal dunianya. Baru mula menjejak tanah maka aturkanlah perjalanannya yang baik-baik sahaja. Amin

Ibu, ayah & Aniq sayang Syahmi







23 September 2017

Happy Birthday MFS 2 years

0 comments
21 Sept 2015 - 21 Sept 2017

Selamat ulang tahun ke2 anakku. 
Semoga terus membesar dgn sihat, 
 jadi anak soleh dan 
didoakan berjaya dunia akhirat.

 Ibu & ayah sayang Muhammad Firhan Syahmi ❤ 




06 October 2016

Bambam

Syahmi tidur dengan bambam.
Bambam adalah flush toy berbentuk gajah comel.
Bambam adalah nama gajah didi dalam lagu didi and friends yang bertajuk "Bambam Gajah Hebat"



Bambam ni ibu beli dengan kawan ibu. Syahmi sayang sangat bambam ni 😍

03 October 2016

Hadiah Syahmi Setahun

0 comments
Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang bagi hadiah ni masa birthday Syahmi. Tak sempat2 nak bukak. Set mini playground ni hadiah dari ibu sebab ibu teruja sangat nak buat mini playground dalam rumah 😍

Terima kasih ayah sebab sudi pasangkan. kebetulan ayah cuti hari ni kan. hehe

 TERIMA KASIH SEMUA ❤


25 September 2016

Inject setahun

0 comments
Hari ni Syahmi inject setahun. Sikit pon tak nangis hero ibu & ayah ni :)



21 September 2016

Happy First Birthday MFS

0 comments
Happy First Birthday Muhammad Firhan Syahmi bin Safran Salihin.







Ibu dan ayah nyanyikan lagu birthday untuk Syahmi

 

Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak soleh dan sentiasa dirahmati Allah. Ibu dan ayah sayang kamu dunia akhirat 
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

11 August 2016

Syahmi demam

0 comments
Demam pulak anak ibu ni  untuk gigi ke 4. Malam tu tidur tak lena asyik nangis jer, badan panas sekejap2 rupanya pagi tu ibu tengok gigi ke 4 dia dah keluar. Gigi atas :) patutlah suka masukkan jari dalam mulut. Gatal gusi agaknya. Terus ibu bagi ubat demam sebab taknak melarat. Kesian hero ibu ni. Nanti ibu belikan berus gigi yer :D

 GWS son   

#‎10m2w6d‬

02 August 2016

Second Year Anniversary

0 comments





 Alhamdulillah syukur. 2 tahun sudah mahligai cinta dibina. Terima kasih abg kerana menjadi pelengkap hidup ini. Terima kasih kerana ada tika suka dan duka. Alhamdulillah rumahtangga kita bahagia bersama seorang putera permata hati anugerah Allah, Muhammad Firhan Syahmi bin Safran Salihin anak yang soleh. Semoga keluarga kita dirahmati Allah. InsyaAllah amin :) 




05 April 2016

Dinner at Major street cafe

0 comments
Assalamualaikum
Ahad lepas kemalasan memasak melanda diri ini dari terbit fajar hingga terbenam. haha Tengahari makan bihun goreng (mak hantar rumah) malam abg ajak makan kat sini "Major street cafe". Masakan western dan harga tak mahal ok. Mampu milik!! eh salah.. berpatutan :):)






Sedap dan boleh datang lagi. Tempat selesa dan bersih. Pekerja sporting siap offer diri ambilkan gambar kami. Dah boleh jadi tempat makan yang mesti kena singgah bila jejak kaki kat Kulai yo!

Ni info aku google :

"Major street cafe"

Address: 88, Jalan Kenanga 29/7, taman indahpura, 81000 Kulai, Johor, Malaysia
Hours:
Tuesday4:30PM–3AM
Wednesday4:30PM–3AM
Thursday4:30PM–3AM
Friday4:30PM–3AM
Saturday4:30PM–3AM
Sunday4:30PM–12AM
MondayClosed

22 March 2016

Syahmi 6 bulan

0 comments
Alhamdulillah

21 Sept2015 - 21 Mac 2016

Semalam genap Syahmi 6 bulan. Kejap jer dah besar anak ibu ni :) Sebelum ni memang ibu dah suap cerelac haha sebab kamu lapar aje. Semalam ibu suap kamu labu. Maktok kamu buat pengat labu lepastu ibu amik labu dan lenyekkan untuk suap kamu. :) :)





Sedap hingga jilat jari tu. hehe Lepasni ibu dah kena rajin masak untuk kamu sebab kamu dah mula nak makan. Ok ibu promise akan buat yang terbaik untuk kamu sayang. Ibu doakan agar anak ibu ni membesar dengan sihat dan jadi anak soleh. Amin

23 February 2016

Anakku demam

0 comments
Hati ibu mana tak luluh bila lihat anaknya sakit. Ibu risau sangat bila tengok Syahmi demam, lepastu batuk pulak tu T_T  


Bulan ni Syahmi masuk 5 bulan, sepatutnya 21hb dah kena inject tapi postpone 28hb pulak sebab badan tak sihat.

20hb feb, ayah demam, Syahmi pon demam, mula2 pergi klinik chew, klinik panel comp ayah, lepas check up ayah, doc bg MC kat ayah. Dah settled  ibu & ayah  bawak Syahmi jumpa doc pulak , kami pergi klinik raudah kat bandar putra, doc cakap suhu badan tak tinggi, cuma 37.3 c je. Doc bagi ubat, balik tu ibu bagi Syahmi makan ubat demam & cairkan kahak, doc cakap tak perlu gas. Syahmi masih beri respon positif. Lincah kemain. A week sebelum ni Syahmi dah demam sikit, sehari 2 je demam, orang tua cakap demam nak beralih bulan, sekali betul dah.. malam tu anak ibu dah angkat badan macam nak merangkak :D





Banyak petua ibu buat kat Syahmi, memang sebolehnya nak elak bagi ubat, tapi bila panas sangat & Syahmi merengek aje, ibu bagi ler jugak. sian anak ibu ni.

*ibu mandikan Syahmi dengan air lemon
*sapu minyak zaitun + bawang putih bakar dekat tapak kaki
*sapu minyak zaitun kat kepala
*letak aloe vera kat rambut
*bagi madu
*bagi madu + limau (hilangkan batuk)


Alhamdulillah akhirnya ibu rasa Syahmi dah tak demam, cuba batuk ada  lagi. Nanti ibu ikhtiar lagi. Tapi tulah, ayah Syahmi pulak demam tak baik lagi dah masuk hari ke 4.. adehhh pengsan ibu ~


09 February 2016

Zoo Johor (ii)

0 comments
Semalam pergi zoo Johor, last 2 tahun lepas masuk situ. Sama macam 2 tahun lepas.. tak banyak berubah dan sedikit kecewa kerana gajah tetap tidak kelihatan. Mana kau sembunyik haaa gajahhhh

Disebabkan semalam public holiday (Tahun Baru Cina) punyalah penuh orang melawat zoo, jalan2 cuti sekolah agaknya.

So.. inilah photo yang sempat di ambil sebagai kenang kenangan. haha 










Ni jer.. ok tata ^^
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara