Tragedi 1 julai 2011(i)
Tragedi 1 julai 2011(ii)
Tragedi 1 julai 2011(iii)
Oke..aku terangkan sikit. Aku ni student psmza, masa tu semester 4 (praktikal), poli suruh hantar report praktikal 30Jun2011 (khamis).
Aku naik bas dari Sri Putri, Skudai, Johor.
so aku beli 2 tiket (pergi & balik)
pergi aku naik bas lain, tak silap aku bas Shamisha, tak silap aku masa tu pakcik kaunter cakap tiket balik untuk bas Shamisha habis, so aku beli lah tiket bas Maju.
Alhamdulillah, perjalanan pergi Dungun 29jun2011 selamat sampai ke destinasi, takde masalah, report praktikal aku pon settle dah hantar.
Petang tu siap survey rumah sewa, pastu dah tak tahu nak port mana tumpang jap kat Masjid Dungun. Lebih kurang kol 6 petang kot aku gerak bus stand Dungun.
Hmm, cam biasa lah aku gi kaunter buat confirmation tiket sebelum naik bas, masa tu oke jer la.. dia cakap bas pukul 10.45pm.
Tunggu punya tunggu,,takde pon bas maju.. dah pukul 11 lebih ni.. aku gi balik kaunter, tanya akak tu mana bas, tahu tahu dia cakap bas rosak, diorang tengah tukar bas lain.. tak boleh blah dia cakap bas maju malam tu tinggal 1 trip, tu pon dia akan stop larkin tak lalu skudai.. eeh aku dah blur weh time ni -.-
Lebih kurang 11.45pm bas maju datang, aku say thank kat en pere, suruh dia balik, lagipon dah lewat sangat.
..................................................................................
tah apa akak kaunter tu cakap ngan driver bas Maju tu (loghat ganu)
driver tu tak puas hati ngan aku.. eehh WaTer Fish!
driver : mung beli mano tiket? takdok dalang system. Bas ni dok lalu skudai.
aku : saya beli kat kaunter skudai la.
driver : aku dok tahu nim nak beri mung dok mano. seat penuh. ada 2 seat kosong tu pong nanti ada orang naik kat kemamang.
aku : (feel empty..sangat teraniaya..)
driver : mung dok aa dulu seat kosong tu, kekgi ada orang naik mu turun la, tak pong mung dok di tangga alas surat khabar.
..................................................................................
syaitan nirrajim, jahat punya driver,,aku dah start nangis ni.aku kol en pere battery dia habis, aku kol rumah, bergilir aku mengadu ngan ma & ayah.
aku : ayah, driver ni tak bagi naik bas, dia cakap tiket takde dalam system.
ayah : haa? kenapa pulak camtu..
aku : aku ulang balik la apa driver tu cakap..aku cerita kat ayah.
ayah : dah la,,turun jer, pergi tido hotel mana2 yang dekat dulu, balik esok jer. cari bas lain. Esok kita report polis, ticket tu simpan. Kurang ajar betul driver tu.
..................................................................................
tengok jam masa tu pukul 11.50pm, jap lagi bas akan lalu depan poli, depan poli ada hotel.. tapi mana aku berani :( :(
..................................................................................
pastu ma pulak call~ma : ude, tak payah lah turun bas tu, naik jer, baca doa banyak2.
kalau dia marah lagi ke suruh dok kat tangga. ikot jer, tak payah turun bas, dah malam ni, bahaya.
..................................................................................
bila henpon aku asyik bunyi jer, driver tu attack aku lagi, dia cakap
driver : kalau mung report polis siap mung. aku dah bagi naik ni kira bersyukur lah.
..................................................................................
Ya Allah, apa salah aku? tiket ni, bukan aku yang cetak, tak de kerja pulak aku nak edit sebijik tiket ni, nak photoshop, watermark bagai.. haissh aku banyak kerja lah weh ! Masa ni aku dah memang tak boleh nak berhenti nangis.. aku rasa 1 bas dah dengar semuanya.
Ikot cakap ma, aku tahankan jerlah rasa geram ni, naik jer bas tu..pekakkan telinga. Alhamdulillah sampai kat Kemaman takde orang naik. Aku lega sangat, hmm tak boleh nak bayangkan kalau betul aku kena duduk kat tangga bas -.-
tah apa lagi tah pakcik driver tu sound aku, aku dah malas nak dengar, pasang mp3 kat telinga >.<
#######################################
6.10am 1 Julai 2011
#######################################
Sebelum tu aku tidur, aku sedar masa bas tu brek emergency, bas langgar pokok, bas terbalik, aku tak pasti lagi apa berlaku, tapi aku guna 2 tangan ni, tutup muka.. cermin tingkap pecah........bas terbalik 2 kali... bas berhenti dan terseret terjunam ke bawah sikit..
Ya ALLAH, sakitnya rasa, aku bau darah, aku sedar sekarang posisi aku terduduk kat bawah, aku tengok orang sebelah kanan aku kena hempap kerusi, aku cari beg, tengok henpon dah hilang. Aku bangun tengok ke belakang hampir semua tersangkut kat kerusi. Aku dengar suara bayi menangis, tapi aku tak pasti kat mana, dalam hati sedihnya, suara bayi tu hilang mungkin ibu dia dah peluk dan tenangkan dia.
"dik..bawak anak pakcik keluar. adik naik atas kat jalan raya, pergi mintak bantuan yer, bini pakcik tersepit ni.."
aku pimpin tangan budak lelaki tu, umur dia dalam 7 tahun, dia baru bangun tido, dia diam jer. Aku stuck !
Aku tak pasti nak keluar dari bas tu cam mana. Kaca bersepah sepah.. LAST.. aku nekad ajak jer budak tu terjun ikot depan bas, sampai kat tanah, aku iktiar cari akar /batang pokok yang boleh tolong aku naik ke atas, aku suruh budak tu ikot belakang aku.
Dah sampai kat atas, ada lagi 3 mangsa, yang 2 orang tu dah tercampak awal2 sebelum bas masuk gaung. Kami cari telefon nak mintak bantuan.. but..the problem now is.. tak tahu kat mana ni.. cuaca pon gelap lagi.
Paling Sedih!! tahan beberapa kereta kat situ semua tak berhenti :(
ALLAHHU AKBAR!
Ada sorang abang ni terlantar tepi jalan, bahu dia patah, dia mintak tolong aku amikkan henpon kat poket dia, pastu kol kan mak dia, pastu aku pon pinjam henpon dia kol famly aku. Nak jadi cerita, aku kol semua yang kat rumah aku tu tapi semua tak jawab.. Ya Allah :(
Dah terang sikit, Ada abang ni, kereta kelisa. Aku lupa tanya nama dia, Terima kasih banyak abang, dia hantar kami ke Hospital Kota Tinggi.
Aku ngan abang yang patah bahu tu kira mangsa paling awal lah, dah masuk ed tu dia bius tangan aku ni, jahit luka terkoyak, memang tak rasa ape, mata ni tengok jer la jarum tu.. Pinjam henpon staf hospital kat situ pastu aku kol ma bagitahu aku kat hospital kota tinggi.
Lepas aku amik ubat aku nampak ayah datang, lama jugak aku tunggu kat hospital tu, rupanya ma ngan ayah pergi tempat eksiden dulu, aku ajak ayah pergi tempat tu, jumpa ngan wartawan metro, haha tak tahu lah silap siapa, masuk paper pon tapi salah nama.. huhh
Keadaan dah terang, ramai gak orang berhenti tengok bas tu dalam gaung, aku jumpa polis kat situ, bagi tahu dia tolong cari fail aku ngan barang2 dalam beg aku yang dah tercampak keluar, beg dompet pon hilang ni. En Polis tu memang baik lah, dia turun kat bas tu cari barang aku, lega dah jumpa fail dalam tu ada RM600, duit deposit sewa rumah & kunci rumah. Tapi beg duit tak jumpa, ada kad bank, ic, lesen, duit gaji -.-
..................................................................................
Polis minta semua mangsa pergi balai polis kota tinggi buat laporan.Selesai buat laporan, ada sorang polis ni tanya nak peguam tak?
Ayah cakap, boleh.. sebab anak saya kena tipu ni.
Melilau mata aku cari bayi yang aku dengar suara dia nangis masa eksiden tu tapi takde. Aku tanya sorang akak tu, dia kata kalau budak, anak dia yang paling kecil, umur 5 tahun, takde pulak bayi.. hmm aku tertanya tanya.
Polis tu cerita kat situ baru lepas eksiden, ibu sarat mengandung dan suami dia kena langgar.
(mengerti sendiri lah, mereka nahas dalam kemalangan tersebut) Al- Fatihah
mungkin disini persoalan aku mengenai tangisan bayi tu dah terjawab.
..................................................................................
Aku ajak ayah pergi balik tempat eksiden, bas dah kena angkut bawak gi balai untuk siasatan. Tengah cari barang2 aku yang hilang, datang 3 brader ni tanya aku cari apa.. diorang ni kerja kat kilang papan kat situ, aku cakap lah barang apa yang hilang,,pastu dia cakap dia jumpa barang tu, dia datang balik kat aku bagi aku punya pendrive, buku log latihan industri, bila tanya jumpa tak beg dompet & hp? cepat jer geleng kepala,, bukan nak tuduh tapi nampak tak yang korang ni mengambil kesempatan dalam kesempitan? Semua mangsa pergi balai polis, kau dah sebok masuk tempat eksiden cari barang berharga kan ? -.-
..................................................................................
Lepas dah amik detail & contact yang penting2, aku pergi bank, sekat akaun dan buat kad baru.
Sampai kat rumah cek badan banyaknya lebam..
tapi Alhamdulillah aku masih bernafas............................
Malam tu aku tidur awal,badan tak berdaya.. aku tak pasti pukul berapa aku dapat mimpi yang aku nampak banyak sangat makhluk aneh dalam gaung tu memanggil bas tu.. Astaghfirullah al azim.
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari musibah yang berat, celaka yang menimpa, keputusan (qada) yang buruk, dan kejahatan para musuh. (H.R. Bukhari)”
Klik link untuk cerita lanjut :
Tragedi 1 julai 2011(i)
Tragedi 1 julai 2011(ii)
Tragedi 1 julai 2011(iii)
0 comments:
Post a Comment