02 January 2020

Aniq my baby

Aniq my baby, ikut ibu pergi kerja hari ni. Alhamdulillah dapat boss yang baik, sesekali emergency boleh bawak anak ke office. Tahun ni Aniq masuk 2 tahun. Allah kejapnya rasa. Ibu sayang Aniq banyak banyak.. ๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–

01 January 2020

Syahmi first day school 2020

Alhamdulillah tahun 2020 ni, anakku Muhammad Firhan Syahmi telah memasuki 5 tahun, ibu dah daftarkan sekolah untuk Syahmi lepas terangkan keadaan Syahmi cikgu bagitahu boleh terima dan cuba untuk bantu Syahmi.

Sepanjang trial session (6 & 1/2 hari) bulan Disember 2019, hari-hari nangis kat grill pintu.

Alhamdulillah 1st day January mood Syahmi okay, tak nangis dan tak banyak ragam. Syahmi sentiasa dalam doa ibu sayang.


 
Semoga berterusan semangat hendak belajar, boleh sesuaikan diri, hormat guru dan boleh berkawan. Anak ibu anak yang hebat.. I love you very much.

Wishlist tahun 2020

Assalamualaikum wmt wbt.

Selamat Datang 2020

Wishlist tahun 2020

1. Daftar sekolah untuk Syahmi 5 tahun
2. Menabung setiap hari
3. Solat Dhuha hari-hari
4. Aniq kena pandai cakap
5. Masuk rumah baru
6. Sediakan bilik terapi
7. Syahmi kena pandai menulis
8. Beli handbag baru hahahahaha
9. Bercuti kat hotel yang ada swimming pool
10. Rajin update blog
11. Buat kek cheese sebiji
12. Syahmi no more wearing diapers!
13. Ajar anak mengaji
14. Setiap minggu mesti makan nenas.
15. Nak bawak anak-anak tengok wayang sekali dua dalam setahun
16. Baju raya warna hijau
17. Ganti puasa tahun lepas sebulan sebelum puasa
18. Rajin bawa anak riadah kat playground
19. Pergi luar negara. hmm hmm
20. Turun 2kilo hahaha


 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara