Showing posts with label komik. Show all posts
Showing posts with label komik. Show all posts

27 January 2017

Hari Bertuah

0 comments

Rasa bertuah sangat hari ni masuk 7E dapat 4 komik ni sekaligus. Lama dah mencari tak jumpa-jumpa. Yeayyyyyy :)

Nak dapat baca tunggu anak tidur, siapkan kerja rumah dulu, siap masak, kalau kat opis kena siap kerja opis dulu. huhu takpelah baca lambat pon takpe yang penting dah ada dalam tangan ! 

Hope by Zint #2
Under 18 Elite by Zint #8
Riden by Zint #3
Teamare by Ben #5

19 September 2016

Tak Jual Komik

0 comments
Sejak menjak ni ramai pulak mesej aku nak beli komik. Maaf tuan puan adik abang kakak sekalian. Komik adalah salah satu barang berharga yang i tak jual uolls.. haa cakap pasal komik, ni komik yang tersadai kat ofis, dah beli dan baca lepastu tak bawak balik. Saja nak penuhkan locker :p


Aku memang obses / tegar / kemaruk / syok tah apa lagi... memang minat sangat2 dengan komik grafik Zint & certain siri by Ben

Semua yang dipamerkan dalam blog, fb, insta, twiter segala bagai tu memang post semata jer, memang tak jual. Maaf ampun ye. huhu



 Latest yang tak dapat beli lagi : 

Teamare #5 by Ben
&
 Under 18 Elite #2 by Zint

19 August 2013

Boy's Scout by Zint

0 comments
 "Boy's Scout" Kisah lawak sempoi Mr Coke bersama protegenya, Kax yang menyelesaikan kes dan masalah orang sekeliling mereka. Bukan setakat manusia, malah hantu pun mereka tolong! Tak logik? 

Takper..janji kelakar!



Yeahh, akhirnya dapat beli komik ni, walaupon dah lambat =.= siap dapat free sampul duit raya, kan best kalau zint bagi sampul berisi  duit betul. hehe :p

Koleksi zint aku yang lain2 :-





Dear zint.. i love you.. haha lol, love your art work! osem !!

13 August 2013

Update Iklan

0 comments
Hari ni mood ape tah, tiba2 rajin update iklan2 kat blog ni, dah lama tak usik, login pon setahun sekali, maaf yer Abang nuffnang dan Kakak churpchurp. 
eeh tak sedap pulak bunyinya~

Sebenarnya malas tapi dalam masa yang sama menanti gak cek dari abang dan kakak semua. HAHA :p

Kepada pembaca / blogger sekalian, rajin2 lah klik iklan tertera kat blog aku ni.. bukan apa, nak uji janji Abang nuffnang dan Kakak churpchurp kita ni jer..betul ke tidak.. 
*walhal ini betul*

Manalah tahu Abang nuffnang dan Kakak churpchurp bagi duit raya, hmm dapat hujung bulan syawal pon oke ape kan >.<

Esok sambung cuti 4 hari, plan nak pergi KL, InsyaAllah kalau takde halangan sebab nak visit Mak Usu tak sihat.. so, maknanya 4 harilah tak online blog. hehe :)

********************
*************
*********
*****
**
*

Ni gambar jelah, bukan iklan. tak cayer sila klik. hihi :p
Dan dalam masa cuti 4 hari tu aku kena cari jugak komik ni. hmm dah terlambat nak beli -.- harap masih ada lagi untuk aku.. 
harap haraplah mengharap harapan

16 June 2013

13 Jun 2013

0 comments
Nota Hari Ini
Tarikh : 13 Jun 2013
Hari : Khamis

En Pere datang Senai lagi, kali ni datang kejap jer.. Pukul 9.15 pagi sampai kat Senai Airport,  pukul 6petang dah balik. Dah bagi 2 option kat En Pere samada nak jalan area Pandan takpun JB. En Pere pilih JB. So, tengahari camtu kitorang pon gerak pergi CS (City Square). 

Panik ke segan punya pasal, asyik salah jalan ajer. haiissh malu betul tapi wat muka cool, steady je kena u-turn jalan.. hahaha padahal sebenarnya tengah bengang =.=

Ehh..jalan ni bukan berdua, tapi bertiga sebab ajak Dhaniah.. dia dah buat muka cam nak nangis je time kitorang pergi, bawak jugak lah budak comel ni. Dalam hati ni happy jugak En Pere nak pergi CS sebab aku nak terjah Popular Bookstore tu, nak beli komik. haha. Selangkah jer masuk popular terus nampak beb komik zint 'kompilasi jitu under 18' tengok harga ada offer.. terus beli :) :)


Gambar kat Instagram @udenovelty
Balik rumah terus nak sampul komik ni..hihi >.<


Lepas dah round kat CS, kitorang exercise pulak berjalan ke JB Sentral, actually tu pon first time aku pergi situ, eeh,,nak pergi banyak kali pon wat ape kan kan.. bukan nak naik bas ke ktm.. hehe

Dah penat berjalan, perut pon lapar, kitorang pergi makan kat BBU pulak. Aku ajak dia makan kat Briyani House Bay Leaf. Kedai tu baru, saje lah nak try :) 

Sampai rumah pukul 3 lebih, suruh En Pere tidur  kejap sebab tengok muka dia memang penat. Pukul 5.30 siap2 hantar En Pere naik bus kat Skudai. Masa ni dah rasa tak best :(

Bas En Pere datang lambat sikit sebab tukar bas, bas asal rosak. Hmm.. perasaan nak tinggalkan dia ni yang tak best ni -.- btw, saya sentiasa doakan agar semua urusan En Pere berjalan lancar. InsyaAllah.

TERIMA KASIH DATANG JOHOR <3



 Sengaja "blur" kan picture ni, mana boleh korang nak menatap hero aku yang hensem ni.... HAHA :P

20 May 2013

Lawak Under18 jilid 1

0 comments
Baru beli kijiya #10 kat Bison Suria KLCC 3hari lepas,  baru dapat tahu dah keluar komik baru ! Mana pulak lah nak cari ni. En Zint ni pon tiba2 rajin nak publish komik bederet ni nape pulak.. bila takde lamanya takde.. ni esok2 gi terjah 7e lerr nak beli lawak under18 :')


14 May 2013

Komik (ii)

0 comments
Walaupun aku dah ada kesemua koleksi di bawah. 
Aku tetap nak KOMPILASI JITU.
 Tapi susahnya nak cari popular bookstore, 
Ada kat CS, jauhnya lah nak pergi.. hurmmm :(

Under 18 No Fear
Under 18 Fear No More
Under 18 Fearless
Under 18 End of Fear
Under 18 Kompilasi Khas


Semalam dapat tahu Kijiya #10 dah release.. 
oke balik kerja ni kena singgah 7E >.<
pliss jangan cakap habis! 



23 July 2011

Proposal

0 comments
The BlackBerry PlayBook has now arrived. Own it! Exclusively from Maxis!

Next tuesday kena submit Proposal..
Tapi 1 apa pon belum buat lagi.. Tajuk?? Lagi confius nak pilih yang mana.. (cett.. cakap macam ada 10 belas tajuk je dalam kepala otak ni) Grrrr...

CONTOH PROPOSAL [KLIK SINI!]

17 July 2011

I am happy

0 comments
Peeeeeps! seronok weh hangout with 'P'.
Date : 16072011

Oke. For the first time we are going to watch a movie together :) Nak sangat tengok genre SERAM!
Dia tutup mata. cakap silau konon. padahal TAKUT. lalalala :p

Oh! dan buat pertama kali 'P' telah belikan aku komik USER by Zint. Sebelum ni duit sendiri kot. hehe.. Silalah jeles!

Last and the best moment hari ni makan abc masa dinner. Tepi pantai dan bawah bulan menawan tu. Nice! Delicious! yummy..yummy :D

Quote :

"When men and women are able to respect and accept their differences then love has a chance to blossom."

Haha.. Quote tu hanya penyeri entry..
BTW. THANK YOU 'P' <3

31 December 2010

KOMIK kawanku :))

14 comments

Maksud Komik Merujuk Wikipedia
Komik ialah satu medium grafik dimana lukisan-lukisan disusun dalam petak. Petak-petak itu menggambarkan peristiwa yang ingin disampaikan dan juga mengandungi belon-belon yang berisi dialog supaya watak-watak dalam komik tersebut seolah-olah menjadi hidup.

Aku dan Komik
Mulanya aku pandai membeli komik sejak memasuki zaman persekolahan menengah. Masa form one tu da start la reti beli utopia setiap bulan. Masuk form two, aku da berminat pulak dengan komik grafik gempakstarz ni sampai la sekarang, tiap bulan cari komik.WAJIB! First komik aku beli masa tu, UNDER 18. lpas da melekat, seronok, tertarik, teruja dan tersengih sorang2 aku terus flow up setiap komik grafik yg baru. Ouh ! aku paling suka karya Zint. best!! bagi tabik spring sikit. toing..toing.......

**Masa aku form3, lpas balik skola aku beli komik dan baca dalam bas. gila excited nak baca. tup2 mase tu aku baca mukasurat 55 komik Hikayat JINGGO si pemburu. perghhh.. lawak bangang dia yang menjadi menyebabkan aku lupa daratan. Dah gelak2 dalam bas.kuat plak tu. sekali tgk dpn. 1 bas tgk aku. hehehe...........

Kt dalam table ni. Senarai koleksi komik Grafik aku. Silalah jeles. HAHAHA :D

Bil Tajuk Karya Harga
1 Meant For Each Other (MFEO) Zint RM6.50
2 Cheap Shot Zint RM7.50
3 Under 18 Zint RM9.00
4 Under 18 No Fear Zint RM6.50
5 Under 18 No Fear No More Zint RM6.50
6 Under 18 Fearless Zint RM6.50
7 Under 18 End of Fear Zint RM6.50
8 Under Age Zint RM7.50
9 Under 18-Diari Sivik Yosi Zint RM8.50
10 Go Go Cha Cha Street Zint RM7.50
11 Rapsodi 18 Zint RM7.50
12 ELI Zint RM6.50
13 K.O King Zint RM7.50
14 K.O King Conquest Zint RM7.50
15 Hero Zint RM6.50
16 2Dudes Zint RM7.50
17 2Dudes For Life Zint RM7.50
18 Kisah Pengembaraan Kroit Zint RM7.50
19 Xpressi Tempur Zint RM7.50
20 Bodyguard.com Zint RM6.50
21 Kijiya 01 Zint RM6.50
22 Kijiya Deux 02 Zint RM6.50
23 Kijiya Trois 03 Zint RM6.50
24 Hackers Zint RM7.50
25 Si Penjual Aiskrim Zint RM6.50
26 Zenith 4 Zint RM7.50
27 Le.Gardenie Ben RM7.50
28 Le.Gardenie Foolish Fruit Ben RM7.50
29 Le.Gardenie Party of Three Ben RM7.50
30 Le.Gardenie The Final Four Ben RM7.50
31 Komik Sains (RM7.50x6) Choi Duk Hee RM45.00
32 Novel Grafik Aliya Elyana Nazri RM12.90
33 My Way Jidi RM7.50
34 Student King Stanley G RM7.50
35 Hikayat Jinggo Si Pemburu Kenny Chua RM9.00
36 Absolute Gengkey C2v RM7.50
37 Lain-lain Lain-lain RM 41.00
38 Jumlah - RM345 .90

18 November 2010

BINTANG

0 comments
Bintang menyinar dengan gemilang di langit malam ini.
Kau sememangnya seorang ahli magis yang mengagumkan.
Aku tak fikir langit yang dipenuhi bintang malam ini adalah kuasa magis kau.
Cantik ke?
Ya, dan ia adalah yang tercantik pernah aku tengok.
Ini kerana suasana langit yang dipenuhi bintang seperti ini hanya ingin aku nikmati bersama gadis idaman.
Dulu kami sering berteleku bersama dan melihat bintang yang tidak memberi sebarang erti.
Dia berkata, alangkah indahnya sekiranya saat-saat seperti ini boleh dikongsi bersama.
"Aku sukakan bintang"
Tapi malangnya bandar ini memang sukar hendak temui bintang berkedipan.
Aku terpaksa beredar.
Untuk mencari kuasa yang boleh melahirkan bintang.
Aku mengharungi perjalanan yang sunyi dan panjang.
Beberapa tahun sesudah itu.........
Akhirnya aku berjaya mempelajari magis yang paling menakjubkan khas untuk si dia.
Masa tidak boleh dibuang, aku hanya ingin kembali ke sisinya dengan sekilas mungkin.
Pun begitu, aku terlalu lama meninggalkan... tempat ini.
Segalanya telah berubah.
Aku mencari dia di setiap penjuru namun tidak kutemui bayangnya.
Aku hanya ingin melahirkan bintang di langit.
Bandar ini berselirat dengan jalan raya.
Kalau tidak berhati-hati, pasti akan sesat.
Aku dapat rasakan dia pasti berada di bandar ini seraya melihat langit ; memerhatikan malam yang dia mimpi-mimpikan.
Mungkinkah dia akan berasa bahagia.
Bahagia....
Benarkah, ahli magis yang disayangi?
Apa yang kau fikirkan hanyalah hakikat bahawa dia gemarkan kerdipan bintang di langit. Kau tidak sedar, dia sebenarnya amat mencintai kau.
Tanpa kau di sisi, meski betapa indah pun bintang di langit, hanya air mata sahaja yang menjadi penyeri.

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara