09 January 2011

tanpa plastik

Tajuk : Hari Sabtu tanpa plastik!
Bila bosan2 mulalah mengenangkan 1 topik yang rasa-rasanya boleh mencetuskan idea yang membuak-buak sehinggakan terbayang lah macam2 situasi dan mulalah ketawa sorang2.
**bayangkan jika 1 dunia menetapkan hari Sabtu sebagai hari tanpa plastik! Penggunaan plastik mungkin boleh digantikan dengan kertas, walaubagaimanapun ia tidaklah 1 langkah penjimatan kos kerana harga kertas lebih mahal daripada plastik tetapi penggunaan kertas dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar disebabkan kertas boleh di kitar semula berbanding plastik yang mengandungi............................. BOM..hehe.. kandungan kimia lah! Salah satu bahan kimia yang paling berbahaya adalah Bisphenol A (BPA). Bahan ini mampu merangsang pertumbuhan sel kanser atau memperbesar risiko keguguran kandungan. waaaa…… sangat mengerikan.
Rasanya ada beberapa tempat di Malaysia sudah pun memulakan kempen hari Sabtu Tanpa Plastik contoh nya pasaraya Tesco bermula 1 Jan 2011. Kebetulan ayah yang pergi beli barang masa tu, bila balik rumah semua ketawa tengok barang dalam bonet,1 plastik pun tak ada. Cashier tu cakap kat ayah kalau nak plastik 1 kena cas 20sen. Nak mengamuk ayah kat situ.. HAHA.. apa lagi,kami lah kena tolong angkat barang2 tu semua....aduiii

Dan mulalah pelbagai isu yang timbul seperti :
1. Macammana kalau nenek Jah pergi pasar dan beli kerang?ketam?ikan?sotong? kalau tak ada beg plastik?
2. Kalau bibik nak beli kelapa parut pulak, kena bawa bekas pegi kedai.
3. Semua air dah mula di jual dalam cawan kertas lepas tu air jadi sedikit.
4. Kalau beli kuih karipap rm1 dah bungkus dalam kertas. kalau beli rm10 dah kena bawa bekas dari rumah sendiri.

Dan setiap benda yang menggunakan plastik akan di tukar ganti dengan kertas. so, lepas ni, permintaan stok bakul dan raga akan meningkat tinggi. Ini kerana makcik2 akan beli bakul untuk letak barang2 bila pergi pasar dll..perasan atau tak, dah balik lah macam zaman dulu kala :))

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara