18 November 2010

BINTANG

Bintang menyinar dengan gemilang di langit malam ini.
Kau sememangnya seorang ahli magis yang mengagumkan.
Aku tak fikir langit yang dipenuhi bintang malam ini adalah kuasa magis kau.
Cantik ke?
Ya, dan ia adalah yang tercantik pernah aku tengok.
Ini kerana suasana langit yang dipenuhi bintang seperti ini hanya ingin aku nikmati bersama gadis idaman.
Dulu kami sering berteleku bersama dan melihat bintang yang tidak memberi sebarang erti.
Dia berkata, alangkah indahnya sekiranya saat-saat seperti ini boleh dikongsi bersama.
"Aku sukakan bintang"
Tapi malangnya bandar ini memang sukar hendak temui bintang berkedipan.
Aku terpaksa beredar.
Untuk mencari kuasa yang boleh melahirkan bintang.
Aku mengharungi perjalanan yang sunyi dan panjang.
Beberapa tahun sesudah itu.........
Akhirnya aku berjaya mempelajari magis yang paling menakjubkan khas untuk si dia.
Masa tidak boleh dibuang, aku hanya ingin kembali ke sisinya dengan sekilas mungkin.
Pun begitu, aku terlalu lama meninggalkan... tempat ini.
Segalanya telah berubah.
Aku mencari dia di setiap penjuru namun tidak kutemui bayangnya.
Aku hanya ingin melahirkan bintang di langit.
Bandar ini berselirat dengan jalan raya.
Kalau tidak berhati-hati, pasti akan sesat.
Aku dapat rasakan dia pasti berada di bandar ini seraya melihat langit ; memerhatikan malam yang dia mimpi-mimpikan.
Mungkinkah dia akan berasa bahagia.
Bahagia....
Benarkah, ahli magis yang disayangi?
Apa yang kau fikirkan hanyalah hakikat bahawa dia gemarkan kerdipan bintang di langit. Kau tidak sedar, dia sebenarnya amat mencintai kau.
Tanpa kau di sisi, meski betapa indah pun bintang di langit, hanya air mata sahaja yang menjadi penyeri.

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara