21 January 2019

Force Restart Iphone






CARA FORCE RESTART iPHONE📲
iPhone anda mungkin pernah bermasalah seperti Hang,Camera tak berfungsi,tak boleh sambung ke Mobile data,Wifi searching dah lain lain,Langkah pertama untuk mengelakkan Troubleshoot ialah membuat FORCE RESTART,kadang kadang Masalah macam ni dapat diselesaikan dengan cara yg lebih mudah.

Cara force restart untuk Iphone 6/6s dan generasi sebelumnya
1. Mulakan dengan menekan butang Power(Sleep/Wake) pada iphone anda.
2. Kemudian, sambil menekan butang Power, tekan butang Home pada iphone.
3. Terus tekan kedua-dua butang pada masa yang sama sekurang-kurangnya untuk 10 saat. Ini akan menyebabkan iphone anda restart. Lepaskan kedua-dua butang apabila logo Apple muncul pada skrin.

Cara force restart iphone 7/7 Plus
1. Mulakan dengan menekan butang Power(Sleep/Wake) pada iphone anda.
2. Kemudian, sambil menekan butang Power, tekan butang Volume Down.
3. Terus tekan kedua-dua butang pada masa yang sama sekurang-kurangnya untuk 10 saat. Ini akan menyebabkan iphone anda restart. Lepaskan kedua-dua butang apabila logo Apple muncul pada skrin.

Cara force restart Iphone 8/8 Plus dan X
1. Mula - mula, tekan dan lepas butang Volume Up.
2. Kemudian, tekan dan lepas butang Volume Down.
3. Seterusnya, tekan dan jangan lepaskan butang Power sehingga iphone restart. Lepaskan butang apabila logo Apple muncul pada skrin.
Sekiranya iphone anda masih lagi bermasalah selepas force restart, anda bolehlah pergi ke cawangan iMedic kami yang untuk pemeriksaan telefon secara lebih detail.

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara