14 November 2014

udenovelty bertukar menjadi sarasafran

Assalamualaikum.
Dengan rasminya hari ini, saat ini
udenovelty.blogspot.com
akan bertukar menjadi
sarasafran.blogspot.com

 udenovelty.blogspot.com telah mula diaktifkan pada 10 Sept 2010 dan hari ini telah genap 4 tahun 2 bulan dan 4 hari. Udenovelty bermaksud pembaharuan ude. Ude adalah nama panggilan aku kat rumah, sebab aku anak ketiga. Pembaharuan bermula dimana masa itu aku merupakan student sem3 di politeknik sultan mizan,  aku mula berkenalan dengan java & html coding dan merasa minat dengan bahasa pengaturcaraan tersebut lantas menceburi dunia blog sebagai tempat "percubaan" coding. Aku yang sebelum ini "buta IT" akhirnya membawa diri belayar dalam dunia internet, mula membaca forum, blogwalking, habis aku searching segalanya. Jari yang dulunya tekan keyboard satu2 akhirnya begerak sendiri seolah bermain piano. ciss apa aku menyimpang ni -.-

Banyak faedahnya jadi blogger ni, boleh buat bisnes, luah perasaan, kongsi ilmu.. haa macam2 lagilah.. ok balik topik asal.

Sempena tarikh hari ini, 14 Nov, suamiku En Safran akan berpindah ke sini, sebagai penghargaan untuk  pengorbanan dia aku nak letak gabungan nama kami untuk blog ini, mulanya aku rasa nak create blog lain tapi risau bersarang dan takde masa nak uruskan maka aku rename sahaja udenovelty menjadi sarasafran. yeayyyyy :)



Oleh yang sedemikian maka segala entry dan post sebelum ini diisytiharkan akan menjadi hak milik sepenuhnya sarasafran. Ini kerana pemilik sarasafran dan udenovelty adalah orang yang sama. Sama cantik. Sama cute. haha!

Bismillahirrahmannirrahim, maka dengan ini rasmilah pertukaran nama udenovelty menjadi sarasafran.Semoga maju jaya.

 sarasafran.blogspot.com

Tepukan gemuruh. Terima kasih semua :)



0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara