18 April 2014

Khasiat Jambu Batu

  Aku suka sangat buah jambu, tak kisahlah jambu apapun, jambu air, jambu batu, air jambu, jeruk jambu. Dekat depan rumah ada pokok jambu batu, Alhamdullilah masih berbuah hingga hari ini. Pokok tu dari aku sekolah rendah rasanya lebih kurang dah 13 tahun usia pokok tu. Bonda yang tanam :) 2 hari lepas ada pakcik kebun tanam buah jambu kat kebun belakang quartes ni datang rumah hantar jambu. Sedappnya makan nyum nyum :D

Terima kasih pakcik kebun, lain kali bagi lagi. Murah rezeki pakcik. :)


So lepas google googling jumpa lah antara khasiat buah jambu batu ni.

Khasiat Jambu Batu

-Jambu batu mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C, zat besi, fosforus,kalsium, kalium, natrium, protein, serat, asid nikotinik, asid pantotenik dan pottasium.

1. Menghilangkan rasa mual semasa mengandung.
2. Menurunkan paras kolesterol dalam darah.
3. Menurunkan paras gula dalam darah.
4. Mengurangkan berat badan.
5. Mengawal tekanan darah.
6. Membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat.
7. Mampu menaikkan sel darah putih dan merah.
8. Meningkatkan kadar sistem metabolisme
9. Membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit.
10. Ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser, immuniti)

Ingat, jambu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi. Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
Sumber : [Klik Sini]

FAKTA Mengenai Jambu Batu :

  •  Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia.
  • Ia juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
  • Kita digalakkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu utk mendapat kesan yg baik.Ia perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
  • Jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya.Jambu batu juga  boleh membantu memperbaiki tekstur kulit anda dan mengelakkan masalah kulit dan kesannya lebih baik dr krim-krim kecantikan boleh lakukan.
  • Jambu batu dipercayai mempuyai sumber vitamin C yang tinggi didalam bentuk asid askorbik. Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah oren, 10 - 30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang, dan kira-kira 10 kali lebih banyak berbanding dengan buah betik.
  • Selain daripada kandungan vitamin C yang tinggi, jambu batu juga didapati mengandungi kandungan vitamin A yang agak banyak. Kultivar isi merah jambu dilaporkan mempuyai paras kandungan yang lebih tinggi (3.1 mg/100 g) berbanding kultivar isi putih. Jambu batu juga mempuyai sedikit vitamin B-tiamina (B1), riboflavin (B2), asid nikotinik dan asid pantotenik. Contohnya ialah kultivar isi merah mempuyai 0.17 mg/100g asid pantotenik dan 0.05 mg/100 g amina.
  • Jambu batu juga didapati mengandungi jumlah fosforus dan Kalsium yang sederhana dan juga sedikit besi, kalium dan natrium.
  • Buah jambu batu mengandungi 74-87% kelembapan, 13-26% bahan kering, 0.5-1% abu, 0.4-0.7% lemak mentah dan 0.8-1.5% protein mentah. Keasidan dan pH mesokarpa yang telah dilaporkan berbeza, masing-masing dari 0.33 hingga 0.99% sama ada kultivar isi merah atau isi putih. Berdasarkan kepada komposisi biokimia yang terdapat pada jambu batu ini, ia merupakan salah satu buah yang begitu berkhasiat kepada semua lapisan masyarakat.
  • Jambu batu adalah salah satu buah tempatan yang begitu berkhasiat berbanding dengan buah-buahan yang lain.

Sumber : [Klik Sini]


0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara