14 July 2013

Mesej kepada pakcik jual air

Pakcik, meriah pakcik jual air macam2 jenis. Saya lalu gerai pakcik tapi saya jalan je terus kedepan. Dah tengok gerai lain pon saya masih teringat air kat kedai pakcik, maklumlah warna warni setiap balang air tu, ada merah, hijau, kuning, coklat, ungu :)

dah abis round bazar tu, saya patah balik jalan ke gerai pakcik, singgah beli air kathira sebab warna hijau yang sangat mengancam anak tekak >.<

Pakcik, air tu pakcik masak tak? mintak maaf tanya, sebab semalam saya sakit perut. Bukanlah saya nak menyalahkan pakcik tapi perut saya pedih malam tadi. Dari 1 ramadhan hari tu, semalamlah kali pertama saya singgah bazar beli makanan, malam tadi sakit perut sangat. Memanglah saya ada beli makanan yang lain tapi rasanya semuanya dimasak. Sebab ada jugak dengar2 orang bercerita yang ada segelintir peniaga tak masak air.

T adi saya baca artikel ni. [Klik Sini] seram oi baca.. yelah, kita manalah sempat nak cek tangki air kat rumah tu, tapi saya rasa dah sedia maklum kan semua pengguna tahu bahayanya klorin dalam air, apelagi air paip dari tangki yang ade klorin tu di buat minuman  -.-

Disini saya berharap agar pakcik berhati perut untuk masak air sehingga mendidih ataupun menggunakan mesin penapis air supaya air yang dijual tu tidak memudaratkan kesihatan. Janganlah kerana mengejar keuntungan, pakcik mengambil remeh hal ini.

Di bulan yang mulia ini juga saya mintak maaf kat pakcik sebab saya hanya menyatakan statement ini dalam entry blog saya sahaja. Sebab saya takkan pergi bazar kat situ lagi. Semalam singgah pon sebab kebetulan lalu kawasan tu. ^^



Sumber gambar : ihsan pakcik google :)


0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara