Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

15 February 2017

Resepi Cek Mek

0 comments

Resepi Cek Mek

Bahan2 :

Ubi keledek oren
Tepung gandum
Gula


Cara2:

1. Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.
2. Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Time ni agak & rasa sendiri lah. Kalau lembik tambah tepung. Rasa adunan tak melekat melekit tu ok lah.
3. Bentukkan kuih cek mek. Masukkan  gula dan dibentuk membujur. 
(haha ikot bentuk sendiri pon boleh)
4. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila kekuningan. 
5. Jangan makan time panas, melecur kena gula cair nanti.


Favourite Abe kito ni. Rupa takde takpe yang penting rasa sedap tu ada. Sekelip mata jer dia habiskan. Siap request nak setiap pagi untuk rasapan.. hahaha 😉
 

13 May 2015

Resepi Biskut Pelangi

0 comments
Resepi biskut pelangi atau ada yang panggil biskut lidah meow meow. Haish tetiba pulak rasa nak makan, nak beli mahalnya sebalang.. bila bukak peti ais ada buttercup 1 tetiba terus semangat menggunung nak buat. haha :p

Bahan2 :
250 gm butter
175 gm gula kastor
100 ml putih telur (2 biji telur, ambil putih sahaja)
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna ikut kesukaan (merah, oren, biru, hijau dll)

Cara2 : 

1. Griskan loyang dengan sedikit butter


2. Ayak tepung gandum, tepung jagung, dan emplex, ketepikan.
3. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.


4. Masukkan campuran tepung yang dah diayak tadi dan gaul rata.

5. Asingkan dalam beberapa bekas dan letak pewarna.


6. Masukkan bahan dalam piping bag, piping atas loyang selang seli ikut warna. aku masuk kat plastik biasa pastu gunting muncung dia. kehkeh ^_^



7.Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 8-10 minit. Awasi supaya tidak hangus


8. Biarkan sejuk dan simpan  dalam bekas kedap udara.

 Siap! sedap dan puas hati sebab berjaya buat sendiri. Siap masuk bekas special ikat reben untuk suami tercinta. hihi Selamat mencuba :)

14 November 2014

Resepi Makaroni Goreng

0 comments
Tetiba rasa nak kongsi resepi pulak :D
Ni buat semalam sempena birthday ayah & huby pindah johor :)

Bahan A :
-Rebus makaroni sehingga kembang
-Sawi/ carrot / lain2 sayur

Bahan B :
-Minyak masak
-Lada kisar
-Bawang merah kisar
-Bawang Putih kisar
-Daging /Ayam / daging kisar
-Meat ball / fish cake / fish ball
-Kiub pati ayam / kiub pati ikan bilis
-Serbuk lada putih 
-Air 2 cawan 
-Garam secukup rasa
-Pati tomato jika suka

Bahan Hiasan
-Bawang goreng
-Hirisan lada merah



Mula2 tumis semua Bahan B,  dah mendidih dan semua bahan dah masak, masukkan Bahan A.Gaul sebati. Sambil2 tu rasa lah sikit nak tahu cukup rasa tak, kurang garam ker kurang air ke.. tambah2 lah. hehe :D

OK dah siap. senang jer :) :) :) :)

08 July 2013

Resepi Homemade Pizza

0 comments
Assalamualaikum :)

Hari ni ude  nak share 1 lagi resepi pizza yang dah diolah bahan2 dari resepi pizza ude sebelum ni.


Resepi sebelum ni ude gunakan cheese dan sausage tapi kali ni ude akan kongsikan bahan menggunakan mozzarella dan daging kisar. Sebenarnya ude hanya gunakan roti pita sebagai gantian doh sebabnya "express" jika anda rajin untuk menguli doh pizza,di  sini ada caranya [Klik Sini] 

Alasan guna roti pita, sebab dah siap..lagipon bila beli barang2 buat pizza, dah takde masa nak uli doh.. hehe :p

Bahan2 :
- Roti pita bentuk bulat
- Mozzarella  
- Sos Prego / kimball (tomato)
- Black pepper
- Ramly daging lembu kisar
-Lada(cincang)
-Bawang merah (dihiris) 
-garam



Cara-cara :
langkah1
-Tumis bawang besar yang dah dihiris dengan sedikit minyak.
-Masukkan daging kisar, lada dan garam
-Gaul kesemua bahan sehingga daging masak.

langkah 2
-Panaskan sos tomato sehingga mendidih

langkah3
-Ambil roti dan sapukan sos tomato yang sudah dipanaskan tadi.
-Ratakan daging yang siap dimasak (langkah 1) 
-Letakkan mozzarella di atas sekali sebagai topping

 -Bahan2 tadi kesemuanya sudah siap dimasak, oleh itu , ude hanya perlu masukkan ke dalam oven/microwave/micro oven dalam 2 minit sahaja untuk mencairkan mozarella tersebut.
Beef Pizza siap! selamat mencuba :)

KLIK SINI [Resepi Kebab Ude]

05 December 2012

Resepi Kebab

Malam tadi ude buat kebab, sebab along tu mengidam nak makan. Kalau beli 1 kebab harganya lebih kurang RM2.50 kat pasar malam, beli kat dalam mall RM3.90. Nak makan 1 family 7 orang harganya RM17.50 ! So dengan bajet yang kurang dari RM15.00 sebenarnya kita dah boleh buat kebab sendiri untuk 1 family :) 

Kat sini ude nak kongsi resepi kebab
(5-6 orang makan)

Sediakan bahan2 berikut :

1) Roti pita gandum / roti kebab.


2) Daging burger / daging kisar.


3) 1 sudu lada kering dikisar, 2 sudu madu, 1 sudu kecil gula, 1/2 sudu kecil garam, 1 sudu rempah (ketumbar dan jintan manis dikisar)
 

4) 1 sudu sos tomato, 1 sudu sos lada hitam dan 3 sudu sos cili.


5) Timun, tomato, lada di potong dadu.


6) Mayonis / Cheese.





Cara-cara :

- Goreng separa masak daging kisar atau daging burger.
- Tumis (lada kering kisar, rempah, gula, garam, gula).
- Masukkan sos mengikut sukatan dan gaul.
- Masukkan daging yang di goreng tadi.
- Masukkan tomato, timun dan lada yang sudah dipotong dadu.
- Apabila sebati dan cukup rasa, matikan api.
- Panaskan roti pita.
 - Belah tengah roti tersebut dan masukkan inti kedalamnya.
- Boleh menambah perasa kesukaan seperti mayonis, cheese dsb.

SIAP :)


SELAMAT MENCUBA ! 
 







 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara