Showing posts with label foods. Show all posts
Showing posts with label foods. Show all posts

15 February 2017

Resepi Cek Mek

0 comments

Resepi Cek Mek

Bahan2 :

Ubi keledek oren
Tepung gandum
Gula


Cara2:

1. Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.
2. Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Time ni agak & rasa sendiri lah. Kalau lembik tambah tepung. Rasa adunan tak melekat melekit tu ok lah.
3. Bentukkan kuih cek mek. Masukkan  gula dan dibentuk membujur. 
(haha ikot bentuk sendiri pon boleh)
4. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila kekuningan. 
5. Jangan makan time panas, melecur kena gula cair nanti.


Favourite Abe kito ni. Rupa takde takpe yang penting rasa sedap tu ada. Sekelip mata jer dia habiskan. Siap request nak setiap pagi untuk rasapan.. hahaha πŸ˜‰
 

12 February 2017

Cupchai Cafe & Resto

0 comments
Cupchai Cafe & Resto, setakat ni aku tahu ada 2 tempat kat JB. 1 Kat Tampoi, Belakang Jakel. 1 Lagi kat Kilang Bateri. Setakat ni dah 3 kali makan kat situ, tak pernah mengecewakan. Sedap beb, kalau tak camne aku boleh repeat datang. haha :D

First time pergi dengan member2. Memang datang lepak, gambar pon takde, kalau ada pon tah mana tak jumpa nak cari..

Second time pergi dengan family. Kemain suka laki aku sebab ada nasi kukus. Kami datang hari jumaat waktu ni, staff Cupchai bagi syahmi Rm1, katanya sedekah kat budak2 setiap hari jumaat. Bagus betul. Semoga Cupchai terus maju dan perniagaan Cupchai diberkati Allah. Amin



Third time pergi request by laki aku lagi sebab dia dah jatuh cinta dengan nasi kukus, kali ni amik yang hidang berjemaah (dalam dulang) kami makan 2 orang je boleh habis.. laki aku lah makan banyak. hahaha







InsyaAllah memang akan datang lagi, menu air dia memang tip top tak mengecewakan, setakat ni kami dah order ABC, Ais Jagung, Cikong, Kelapa Laut semua SEDAAAAPPPPPP. 

Lagi 1 menu special, kat sini ada Kacang Pool. Sedap tak tercakap. Memang puas hati :)

Kalau datang JB singgahlah makan sini πŸ˜‹πŸ˜ŠπŸ˜‰πŸ˜

Kami bagi 5 🌟🌟🌟🌟🌟


29 August 2016

Maggi Letup Goreng VS Ramen Samyang

0 comments
Walaupun benda ni dah viral berbulan bulan lepas, tapi kami baru ada masa nak rasa.. Mula mula kami makan Maggie Letup Goreng Kari Berasap. Beli kat Tesco 1 pek RM6.50 (4 pek)





Ni laki aku makan, dia cakap sedap.. tak sampai 5 minit habis. haha

Semalam kami cuba pula Mi Ramen Samyang, beli kat Aeon  RM24.90(5 pek)

Ni mi korea, ada cop halal korea, dah daripada korea takkan ko nak cari cop halal jakim pulak. jangan besarkan isu -_-

Ni adik aku, dia cakap pedasssssssssssssss woii

Kesimpulan :

Aku bukanlah jenis yang kuat makan pedas ni, pedas sikit sikit tu bolehlah, tu pon berselang selang minum air. Untuk maggie letup tu aku makan 2 sudu jer dah rasa pedas dia tapi minum air sejuk hilang pedas tapi bila try mi ramen tu masyaAllah cili apalah diorang guna ni, pijooo woi mulut,, tu pon aku makan 2 sudu jugak, minum air pon tak hilang pedas dia.. Tak boleh makan banyak sebab aku ada anak yang masih menyusu badan, makan kena beringat kang anak aku sekali sakit perut.. 



05 April 2016

Dinner at Major street cafe

0 comments
Assalamualaikum
Ahad lepas kemalasan memasak melanda diri ini dari terbit fajar hingga terbenam. haha Tengahari makan bihun goreng (mak hantar rumah) malam abg ajak makan kat sini "Major street cafe". Masakan western dan harga tak mahal ok. Mampu milik!! eh salah.. berpatutan :):)






Sedap dan boleh datang lagi. Tempat selesa dan bersih. Pekerja sporting siap offer diri ambilkan gambar kami. Dah boleh jadi tempat makan yang mesti kena singgah bila jejak kaki kat Kulai yo!

Ni info aku google :

"Major street cafe"

Address: 88, Jalan Kenanga 29/7, taman indahpura, 81000 Kulai, Johor, Malaysia
Hours:
Tuesday4:30PM–3AM
Wednesday4:30PM–3AM
Thursday4:30PM–3AM
Friday4:30PM–3AM
Saturday4:30PM–3AM
Sunday4:30PM–12AM
MondayClosed

04 August 2013

Jemput2 Udang

0 comments
Entry ni bukan nak share resepi yer, ni ma yang bancuh tepung air & lain2 bahan, Al kisahnya, ma suruh aku goreng jemput2 udang sebab dia ada kerja lain nak buat. Aku pon dengan yakin nya menjawab
 "oke boleh. small matter". 

goreng..goreng..goreng

ni lah jadinya >.<


 BEZA kan dengan jemput2 yang ma buat ni : 
Haiishh, malu sebenarnya...bentuk dah lah macam2 pesen, ter garing pulak tu.. malu nya, tapi ada alasan baik nak cover.. aku cakap "sedap lah camni, garing, rasa crispy "  hahaha :))

24 July 2013

Snow chezzy

0 comments
Tadi waktu rehat pergi Tesco Pandan ngan kak zura, haissh dalam tesco tu boleh pulak terpandang asam, tambah pulak ni bulan puasa, memang telan air liur jer la tengok, so.. sebelum air liur menjadi padu 1 liter dan melimpah ruah meleleh di mulut ini, cepat2 aku pilih 3 peket asam ni sebab 1 peket rm2.50 tapi beli 3 rm5.00.

 Dah keluar tesco pergi kedai jual cheese cake ni, actually dia jual macam2 lagi, ada popia basah, rojak buah, tahu bakar, tahu sumbat, layer cake, kerepek dan banyak lagi lah makanan dan semua tu aku berani cakap dia sedap!! masalah sekarang ni, aku lupa nama kedai tu walaupun dah lebih 9kali masuk tesco tu..huhu maaf lah yer >.<
so, tadi aku beli snow chezzy ngan purpleberry cheese tart, tak sabar nak tunggu azan maghrib sayang oiii..hahaha


Hari tu aku dah search resepi oreo cheese cake, nanti nak buat, dengan semangatnya, tapi...nanti tu tak tahu bila.. btw selamat berbuka semua, eeh tunggu azan maghrib nanti yer.. :)

08 July 2013

Resepi Homemade Pizza

0 comments
Assalamualaikum :)

Hari ni ude  nak share 1 lagi resepi pizza yang dah diolah bahan2 dari resepi pizza ude sebelum ni.


Resepi sebelum ni ude gunakan cheese dan sausage tapi kali ni ude akan kongsikan bahan menggunakan mozzarella dan daging kisar. Sebenarnya ude hanya gunakan roti pita sebagai gantian doh sebabnya "express" jika anda rajin untuk menguli doh pizza,di  sini ada caranya [Klik Sini] 

Alasan guna roti pita, sebab dah siap..lagipon bila beli barang2 buat pizza, dah takde masa nak uli doh.. hehe :p

Bahan2 :
- Roti pita bentuk bulat
- Mozzarella  
- Sos Prego / kimball (tomato)
- Black pepper
- Ramly daging lembu kisar
-Lada(cincang)
-Bawang merah (dihiris) 
-garam



Cara-cara :
langkah1
-Tumis bawang besar yang dah dihiris dengan sedikit minyak.
-Masukkan daging kisar, lada dan garam
-Gaul kesemua bahan sehingga daging masak.

langkah 2
-Panaskan sos tomato sehingga mendidih

langkah3
-Ambil roti dan sapukan sos tomato yang sudah dipanaskan tadi.
-Ratakan daging yang siap dimasak (langkah 1) 
-Letakkan mozzarella di atas sekali sebagai topping

 -Bahan2 tadi kesemuanya sudah siap dimasak, oleh itu , ude hanya perlu masukkan ke dalam oven/microwave/micro oven dalam 2 minit sahaja untuk mencairkan mozarella tersebut.
Beef Pizza siap! selamat mencuba :)

KLIK SINI [Resepi Kebab Ude]

30 April 2013

Takut gemuk TAPI suka makan !

0 comments
Tah kenapa sekarang ni selera semakin menjadi2.. 
tiap saat ada jer nak makan.. 


Takut gemuk TAPI suka makan !

Cam mana cara nak kawal ni ?


Sumber Gambar : ihsan En Google :)




05 December 2012

Resepi Kebab

Malam tadi ude buat kebab, sebab along tu mengidam nak makan. Kalau beli 1 kebab harganya lebih kurang RM2.50 kat pasar malam, beli kat dalam mall RM3.90. Nak makan 1 family 7 orang harganya RM17.50 ! So dengan bajet yang kurang dari RM15.00 sebenarnya kita dah boleh buat kebab sendiri untuk 1 family :) 

Kat sini ude nak kongsi resepi kebab
(5-6 orang makan)

Sediakan bahan2 berikut :

1) Roti pita gandum / roti kebab.


2) Daging burger / daging kisar.


3) 1 sudu lada kering dikisar, 2 sudu madu, 1 sudu kecil gula, 1/2 sudu kecil garam, 1 sudu rempah (ketumbar dan jintan manis dikisar)
 

4) 1 sudu sos tomato, 1 sudu sos lada hitam dan 3 sudu sos cili.


5) Timun, tomato, lada di potong dadu.


6) Mayonis / Cheese.





Cara-cara :

- Goreng separa masak daging kisar atau daging burger.
- Tumis (lada kering kisar, rempah, gula, garam, gula).
- Masukkan sos mengikut sukatan dan gaul.
- Masukkan daging yang di goreng tadi.
- Masukkan tomato, timun dan lada yang sudah dipotong dadu.
- Apabila sebati dan cukup rasa, matikan api.
- Panaskan roti pita.
 - Belah tengah roti tersebut dan masukkan inti kedalamnya.
- Boleh menambah perasa kesukaan seperti mayonis, cheese dsb.

SIAP :)


SELAMAT MENCUBA ! 
 







22 July 2012

Khasiat Kurma

1 comments
BUAH KURMA


Pada Bulan Ramadhan ini, kita disunahkan memakan kurma oleh Rasulullah SAW, ternyata kurma itu sangat bermanfaat

Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang.

Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi.

Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan.

Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.

Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan.

Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding.

Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surat al_Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan".

Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan".

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam.

Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu.

Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.

Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. dibawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahirkan Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perobatan homeopathy, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagi jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga batin.
Jus buah kurma mungkin baru dinegara ini. Di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambahkan keenakannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

19 December 2011

Laksa Johor

1 comments
Huaa...esok balik Dungun, 22 Disember daftar untuk sem6..My mum masak special beb hari ni.. That is LAKSA JOHOR! cett, kat Dungun tak ada oke :p
Jemput makan kawan-kawan :)Emm..gambar ni aku rembat google sebab aku malas snap yg my mum masak.. takut korang terliur..hehehe

28 October 2011

Aiskrim Malaysia

0 comments

Warghhh...Akhirnya dapat juga makan aiskrim Malaysia ni..
Ada pun jual kat Dungun ni. Dah lama mencari.
TQ SO MUCH KAT EN PERE!!
sebab dia yang belikan :)

*kat sini panggil aiskrim batang
1 batang dua poseng. hehe
psst..tambah lg 2 assignment. Puan baru upload..
Headache /*__*\

15 July 2011

Oh nasi lemak

2 comments
Dah seminggu nak makan nasi lemak xdapat2. Kat Dungun ni jarang restoran jual nasi lemak malam2. Kalau kat Johor, rasanya mana2 pon senang nak dapat. Malam pon ada menu nasi lemak ni. WAAARRGGGHHH.. Siapa nak belikan aku 1. huhu :(

02 April 2011

Resepi Pizza Ude

0 comments
Aku baru lepas makan pizza. Jangan tak percaya aku yang buat sendiri Pizza ni. Zaman yang moden ni, semua benda dah siap. Senang je nak masak apa pun.
Bahan2:
- Roti pita bentuk bulat
- Cheese
- Sos Prego
- Black pepper
- Sausage Ayamas

Cara2:
1. Hiris sausage Ayamas dengan bentuk yang anda suka samada bulat atau bujur. kemudian goreng menggunakan sedikit minyak.
2. Sapukan sos Prego atas roti pita sebanyak yang anda suka.
3. Letakkan sausage yang digoreng ke atas roti yang di sapu sos prego tadi.
4. Letakkan cheese sebanyak yang anda suka.
5. Masukkan dalam oven selama 8min atau sehingga Pizza kelihatan masak.
6. Hidangkan dan letak black pepper mengikut kesukaan.

*Jika anda suka pedas, boleh letak hirisan lada.
*Anda juga boleh letak nenas dan bahan lain mengikut citarasa anda.
Pizza Lava Cheese. Aku da telan. SEDAPPP !

SELAMAT MENCUBA :)

10 February 2011

Gula Tarik

5 comments
GULA TARIK DAH PUPUS..

Topik pagi hari ini.. Siapa tahu macam mana nak buat gula tarik? Adik aku sangat suka makan gula tarik ni, rasanya benda ni dah macam limited edition. Susah nak jumpa orang jual sekarang ni. Nak di kirakan last aku makan time sekolah rendah dulu. Aku beli kat Shell Kg Jaya Sepakat, Senai. Lepas tu kena pindah sekolah terus dah tak jumpa lagi orang jual gula tarik.


Malam tadi aku ikut mak pergi Pasar Malam,, Dalam kereta dah plan macam2 nak beli, mee goreng, ayam goreng, soya ,apam balik , kebab.. last2 nampak orang jual gula tarik terus lupa nak beli semua. Excited sangat beli gula tarik, 5 batang RM2 sebab nak bagi adik aku kat rumah. SUKA lah adik aku sorang tu :)

**Kalau tak suka gula tarik. Jom makan Pizza Hut.. :p
All new #PizzaHut . New dishes. New flavours. Eat, Laugh, Share at Pizza Hut!

17 November 2010

kelebihan ice cream ^^

0 comments
NIKMAT ice cream ;)

cuba tanya aku 4x suka tak ice cream, heyy.. tak mengapa. tanya sekali aku terus jawab "YA". lepas ni law kau jadi kawan aku boleh lah belanja aku ice cream vanilla 1 . Pastu kita melepak kat tasik. waa.. best nya. Aku sayang kau lebih :D haha..

Bagi aku. Ice cream boleh :

-menguatkan gigi kanak-kanak iaitu dengan mengunyah ice cream.
-ice cream yang sejuk boleh mengembalikan sifat penyayang, romantik, pelupa dan melegakan mood yang KURANG baik menjadi LEBIH baik.

Jadi, apa lagi? Jom makan ice cream sama-sama :D

selain itu :
-Zat dalam ice cream boleh memulihkan pesakit insomnia.
-Ice cream lebih murah daripada rokok!
-Ice cream juga mempunyai khasiat sendiri seperti mana kandungan dalam ramuan nya.
Sebab itu aku suka ice cream vanilla, kerana ia lebih berkalsium tinggi.

Fakta :
1) Aku pandai wat ice cream! Aku tak ingat bila. Aku ade menonton sebuah rancangan kat ntv7, kalau tak silap. Rachel Ray. Kebetulan masa tu dia tengah tunjukkan cara-cara membuat ice cream. Lepas aku dah teliti orang tu buat.. Aku pon buat la.Yang best nya.cara dia ajar ni tanpa menggunakan icebox nak beku. lebih pada manual dan sains. Kesimpulannya aku dah buat ice cream tu. Aku buat ice cream rasa mocha ;) SEDAAPPP..

**lame tak buat ice cream. asyik beli jer ^^

2) Aku suka makan ice cream bila hujan.

3) Dulu masa sekolah rendah mak selalu buat ice cream malaysia. tapi bila anak dia hari-hari cari ice cream. Dia dah berhenti buat.

4) Sampai sekarang kalau buat air macam milo, teh, ribena, sirap, oren dll, kalau tak habis aku akan masuk tempat beku untuk jadi ice cream.

5) Aku suka beku kan air kotak coklat dan strawberry. Bila dah beku potong kotak dia dan makan macam ice cream.

6)Masa umur 5-12 tahun Aku akan berdiri depan pintu rumah waktu petang sebab tunggu orang jual ice cream lalu.(kadang-kadang mak bisik dia kata orang jual ice cream tu tak basuh tangan) sebab dah tak bagi aku beli lagi.tapi aku buat tak tahu aje.asal dapat makan ice cream.

7) Aku geram tengok orang makan ice cream depan aku. Sebab aku pon nak jugak lah.

8) Aku pernah makan cornetto-Wall's hari-hari dalam seminggu gara-gara nak masuk peraduan "Cornetto show your love". Hasilnya aku dapat hadiah saguhati. Oke lah, dapat simcard maxis 1 :D

9) Walaupun aku suka makan ice cream. Tapi aku belum terfikir nak pergi melawat kilang proses ice cream atau membuka kilang sendiri.

10) Aku selalu dengar "hey budak ni tak habis-habis ice cream aje" hehehe :p

**aku suka ice cream pop 10sen, ice cream malaysia 20sen, dan semua yang posen-posen. kalau ada duit lebih beli ice cream dalam mangkuk besar lah :)ermm..sedapppnya.


 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara