13 May 2015

Resepi Biskut Pelangi

Resepi biskut pelangi atau ada yang panggil biskut lidah meow meow. Haish tetiba pulak rasa nak makan, nak beli mahalnya sebalang.. bila bukak peti ais ada buttercup 1 tetiba terus semangat menggunung nak buat. haha :p

Bahan2 :
250 gm butter
175 gm gula kastor
100 ml putih telur (2 biji telur, ambil putih sahaja)
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna ikut kesukaan (merah, oren, biru, hijau dll)

Cara2 : 

1. Griskan loyang dengan sedikit butter


2. Ayak tepung gandum, tepung jagung, dan emplex, ketepikan.
3. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.


4. Masukkan campuran tepung yang dah diayak tadi dan gaul rata.

5. Asingkan dalam beberapa bekas dan letak pewarna.


6. Masukkan bahan dalam piping bag, piping atas loyang selang seli ikut warna. aku masuk kat plastik biasa pastu gunting muncung dia. kehkeh ^_^



7.Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 8-10 minit. Awasi supaya tidak hangus


8. Biarkan sejuk dan simpan  dalam bekas kedap udara.

 Siap! sedap dan puas hati sebab berjaya buat sendiri. Siap masuk bekas special ikat reben untuk suami tercinta. hihi Selamat mencuba :)

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara