Showing posts with label JHfamily. Show all posts
Showing posts with label JHfamily. Show all posts

15 November 2019

Happy birthday along, ayah and adik

0 comments
Along - 14 Oktober 1985
Ayah - 13 November 1961
Adik - 15 November 1994








15 November 2018

Majlis Aqiqah Muhammad Aniq Syahrin

0 comments
10 November 2019 / 2 Rabiulawal 1440

Alhamdulillah seperti yang dirancang oleh ayah & keluarga mertua akhirnya Majlis Aqiqah dilaksanakan dirumah tokki Aniq di Jerteh Terengganu.

Terima kasih kepada keluarga mertua, keluargaku, ipar, saudara mara, jiran dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Minta maaf andai ada yang kurang. Semoga Allah memberkati kita semua 😊







 






 

04 October 2017

Diari Mak 26 tahun yang lalu.

0 comments
04 OKT 1991 - 04 OKT 2017 

Alhamdulillah hari ini telah bertambah umur. Pagi2 mak hantar gambar di WA, rupanya petikan diari dia 26 tahun yang lalu. Sama cerita kami, melahirkan anak secara pembedahan. Mak melahirkanku, aku melahirkan Syahmi. Tempat juga sama, di HSA JB. Dugaannya juga sama dimana aku menangis malam selama 40 hari manakala Syahmi menangis malam selama 2 bulan 2 minggu. Tiada istilah rehat dalam pantang. Mak menulisnya di dalam diari manakala aku mencatatnya di blog. Mak tak suka marah, apatah lagi bebel. Mak cuma "DOA". Semoga aku menjadi ibu yg cekal sepertinya. Patutlah dapat belajar kat Terengganu, mak dah doakan. Terima kasih Mak. Terima kasih Ayah. Tanpa kalian, tiadalah aku...

 
 

Diari mak:

"Untuk anak kali ini memang aku terpaksa dibedah. Setelah aku berlapar 1 hari. Misi kata jika 4/10 cancel aku terus makan malam tu. Marahnya rasa hati. Esok pagi2 dia kata Nurul awak dah sarapan ? aku jawab belum. Dia kata Ok kali ni jadi bedah. sebelum tu masuk air 2 botol..... Aku dihantar balik ke katil selepas bedah, aku diberitahu bahawa anak kali ini seorang perempuan.

Aku menerima ketentuan Allah ini dengan rela hati. Aku namakan dia Siti Maisarah, perempuan dalam kesenangan. Moga aku senang memeliharanya dan dia akan sentiasa senang mata memandang, di tapak kaki kanannya ada tahi lalat yang agak besar. Kata orang anak ini akan jalan jauh. Moga2 kalau dia meninggalkanku dalam jarak jauh biarlah kerana pergi menuntut ilmu kerana Allah.

5/10 Esok petang aku dipindahkan ke wad timur dalam waktu melawat. Ramai saudara mara datang, oteh suami isteri, cik tengah, mak, mak pontian, uda dan lain-lain. Oh ya mak usu juga saing aku beranak juga. Senang betul dia beranak. Perempuan juga.

Hari ke 5 aku dibenarkan pulang, agak sukar menjaga anak ini. Kuat nangis malam dihospital dulu mahupun di rumah. Hampir 40 hari dia sering menangis waktu malam. Aku terpaksa bergilir dengan abang bila dia menangis terjerit-jerit. Macam2 minyak kami buat sampaikan terpaksa tebuk kelambu kerananya.

Ya Allah besar benar dugaanmu ketika aku sakit begini. Alhamdulillah habis pantang, habis ragamnya. Barulah nampak nyenyak tidurnya. "

04 Okt 1991
12.55pm

22 May 2017

Happy birthday abg

0 comments
Happy birthday abg!
Terimalah hadiah sebiji kereta ferlari merah
lambang percintaan abadi
Hahaha 😊



21 Mei kita celebrate kat Zamsaham hotel Senai Airport,
Makan buffet breakfast. hahaha
tak pernah dibuat orang kan celebrate birthday timing breakfast.... 
unik ape 😉






15 May 2017

selamat hari ibu

0 comments
Kami sayang mak dunia akhirat.
 Semoga Allah murahkan rezeki &
 kurniakan kesihatan yg baik kepada mak. Amin 🌹






 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara