Showing posts with label student. Show all posts
Showing posts with label student. Show all posts

24 June 2013

Bukan Along cuma nak Tolong

3 comments
Alhamdulillah hari ni aku puasa, harap perut tak rap hip hop la sampai petang. HAHA.. Tah tiba2 tadi aku terfikir yang aku nak share semua assignment, labwork, labsheet, quiz, contoh soalan dll apa yang aku dah belajar 3 tahun masa kat PSMZA dulu. Niat dah ada, cuma kena befikir dua tiga kali kot nak public kan, mungkin akan create blog lain atau buat page dan link kan sahaja. Cita2 dulu memang ada rasa nak jadi cikgu, so jadi cikgu cyber pon oke lah kan, sesiapa ada soalan mengenai pengaturcaraan boleh lah bertanya aku, takat level diploma InsyaAllah aku boleh bantu apa yang aku tahu.

Sama ada aku upload file tu dalam pdf (public) takpun aku buat sesi soal jawab dalam email (private) tu pon dalam perancangan ni, bak kata En Fadzli " Ilmu yang saya dapat bukan hak saya, ia perlu dikongsi..." 

Aku bukanlah Master atau pon Expert IT, aku juga baru level beginner, masih menuntut lagi ilmu pengaturcaraan ni tapi aku pernah merasa susahnya masa aku semester 1, 2, 3 nak mengenal berbagai jenis bahasa pengaturcaraan ni  so tak salah kan aku nak Tolong :)


ehemm ehemm ni semua belum dilaksana yer, dalam perancangan lagi :D

23 June 2013

Godam Template

1 comments
Dari semalam lagi menggodam template blog ni, dah berpuluh jenis template xml aku download, last2 berkenan ni jugak. Sebenarnya tak berapa suka sebab font color untuk link tu warna  "pink" tapi dah nekad nak nampak macam feminine bantai jerlah. Mata pon nak tertutup zzzzz ngadap template ni -.-

Ni template dah install.. 2 minit uninstalled balik !

Kalau perasan sebelum ni Udenovelty guna tema ala2 askar, hitam hijau dan putih tapi nak tukar citarasa sebab aku rasa aku dah dewasa. HAHAHA :P

1 Iklan pon takde.. sebabnya...aku M. M tu MALAS. Memang la ada advert boleh untung, tapi yang tu nantilah aku fikir, tak pon create blog lagi 1 khas untuk iklan sahaja.. hee :D

Lagu pon dah tukar, actually minat sangat bittersweet, tapi buat masa ini tukar lah lagu jiwang menusuk kalbu ni jap >.<

Masa untuk berehat.. bukan apa, otak makin pening sebab jumpa banyak sangat template yang tak mesra alam. Macam yang ni :- 


Akhir kata.. belajarlah bahasa pengaturcaraan xml, asp, php, javascript, html, dll untuk menjana blog yang cantik dan mesra alam.. lalalalala

04 April 2013

Selesai Diploma

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, TERENGGANU

Alhamdulillah penantian konvo hampir setahun lepas tamat belajar akhirnya tiba. 2 April 2013 menjadi hari bersejarah kami kerana akhirnya majlis konvokesyen kami diraikan
 ( graduan sesi Disember 2011 ) 

TERIMA KASIH MA & AYAH !
Jasa dan pengorbananmu tidak dapat dibalas dengan apa jua, tidak ternilai harganya dengan wang ringgit. Terima kasih kerana menjadi pendorong utama anakmu untuk melanjutkan pengajian, terasa diri ini amat bertuah di dunia. TERIMA KASIH juga untuk along, angah dan adik ! Untuk adik, teruskan belajar hingga ke menara gading. Jadilah kebanggaan ayah dan ibu.

TERIMA KASIH PENSYARAH !
Dari semester 1 hingga semester 6, Encik, Puan & Cik yang mengajar saya, jutaan terima kasih saya ucapkan, terima kasih kerana mengajar dan berkongsi ilmu. Saya harap Encik, puan & cik halalkan segala ilmu yang diberi. Terima kasih juga kerana saya pasti semua pensyarah mendoakan kejayaan anak didiknya.

TERIMA KASIH SAHABAT !
Setiap tugasan ada rakan rujuknya, ada tempat tanya, ada dia untuk bersama, kadang menjadi pendengar masalah, mendengar keluhan, sedih gembira marah dan semua emosi turut dikongsi. Tiada sahabat tiada juga kejayaan hari ini. Terima kasih sahabat :)

TERIMA KASIH AWAK !
Berkenalan di IPT, dihati terasa berdebar, dimata mengkagumkan. Setiap detik diceritakan, bila bahagia terasa dunia ini kita yang punya. Terima kasih kerana awak ibarat semangat saya. Terima kasih kerana menjadi kauselor saya. Saya harap awak bukan muncul masa itu sahaja.. tapi selamanya bersama saya. Terima kasih.

MINTA MAAF !
Andai diri ini pernah mengguris hati, mulut ini pernah menyakiti, perbuatan ini pernah melukakan. Saya meminta maaf kerana egois dan titik hitam dihati adalah puncanya. Saya akui diri ini masih lemah dan tidak sempurna.

Semoga ilmu yang diperoleh masa lalu dapat  membantu untuk hari mendatang. 
TERIMA KASIH SEMUA :)





06 April 2012

Final project

0 comments

Sekarang busy dengan final project. Siang malam ngadap coding. Lepas ngadap final project, ngadap assignment, pastu mini project, pastu test 2.. lagi 2 minggu final exam. Pehh..tak nak banyak pulak kerja akhir2 bulan ni.. Doaku semoga semuanya baik2 sahaja. Aminn :)

Final project : Unit Exam HelpDesk


26 January 2012

Fitnah 2012 : Konspirasi Galaktik

2 comments
Total semua buku aku borong kat Badan Cemerlang, Plaza Angsana ialah RM250. Salah satu buku yang aku beli guna vaucher KPT bagi ialah buku ni
-> "Fitnah 2012 : Konspirasi Galaktik"


Sebab beli :
i. Tajuk - Perkataan Fitnah dan Konspirasi menyebabkan aku rasa. Pehh nak beli lah buku ni.

ii. Harga - RM37.90, berbaloi lah sebab bayar guna vaucher kan, duit poket aku cukup beli komik RM7.50 tu jer :)

18 January 2012

Pilihanraya Kampus

4 comments
Hari ni ada pilihanraya kampus. Poli aku dah tetapkan syarat semua pelajar wajib mengundi kalau nak dapat vaucher pelajar RM200. Bijak kan!

"TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA
PILIHLAH CALON YANG BERKALIBER!"
.
.
.
.
.
Begitu juga kita
Hanya menafikan, melepaskan batuk di tangga
Hinggalah si putih dan hitam
bertengkar dan berebut harta
Biarkanlah mereka
Ada yang mengatakan “Begitulah lumrah dunia”
Cuma ini lumrah terancang
Yang jelas nyata
Terpapar depan muka
.
.
.
.
tu lirik lagu blog ni..sambil nyanyi2. Aku suka Bittersweet! osem indie ! :D

17 January 2012

Drawing using java applet

3 comments
Assignment 1 : Drawing using java applets methods!
.
..
....
......
........
........
......
....
..
.
Appletviewer homey.html

Inilah hasilnya selepas beberapa jam menaip coding java. Kenapa lukis rumah? Sebab otak ni asyik fikir nak balik je esok! hehehe :)

Ni pulak hasil drawing member aku. Dia pilih tajuk smiley face :D
Appletviewer smileyface.html

Tengok output nampak macam simple, korang tak ngadap lagi coding dia yang panjang berjela. huh.. zZZzzzZZzz

16 January 2012

Sehati Sejiwa

4 comments

Bukan kali pertama kes ni jadi, lepas ayah call, ma pula call. Rasa macam selalulah. Hairan juga kadang2, tiap kali ayah call, ayah di tempat kerja, lepas beberapa minit, ma di rumah pula call.

**potongan dialog**
ude : ma, tadi ayah baru je lepas call.
ma : yeker? sehati sejiwa. Nak buat macam mana :)
****

Nice! dan..kalau lah ayah baca entry ni(#tidak akan), ude nak beritahu yang sebenarnya duit ude cukup2 je buat tambang balik minggu ni. Tapi ude cool je cakap "tak pe.. duit cukup. huhu" lepastu ayah pun cakap.. "tak payah lah ayah bank-in"

ma pula cakap. "ada duit lagi tak? nanti ma suruh ayah bank-in" huh..sebenarnya aku nak cakap "boleh jugak" tapi aku cakap.."ehh xpayah lah ada lagi ni". Tah kenapa malu betul aku nak cakap pasal duit ni ==' (sifat semula jadi)

Received calls
ayah :9.43 pm
ma : 9.51 pm

14 January 2012

Syarat kelayakan ke IPTA

2 comments
Result MUET baru keluar 2 hari lepas. Hampa betul tengok. Serupa tak payah ambil..Rasa macam teruk sangat pun ada. Terus je search google syarat kelayakan ke IPTA.
Ermm sebenarnya MUET ni pra-syarat masuk U, kalau sekarang ni, band 1 pun kira lepas dah syarat tu. Macam subjek ADD MATH lah #bonus nak sambung belajar lepas SPM. Failed pun kira berdaftar juga subjek tu. Rupanya nak isi borang U pun still tanya result SPM even dah ada HPNM/CGPA. Err, slip kat rumah pulak tuh. Kena lah isi next week.

No pin UPU dah beli nak sambung degree, tengah searching kursus yang mana berkenan ni. Sekarang kena fokus betul2 sem akhir ni.. peace!
“There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work, and learning from failure.”—Colin Powell-

28 December 2011

Jadual Sem6

0 comments


Hey dudes and babes look at my class timetable.
WaTerFish there..
Dush..dush.. Aku paling marah bila tengok jadual untuk hari selasa. Jumpa PA (Penasihat Akademik) tuh bukan lah every week, lepastu aku kena tunggu pukul 4 untuk pergi kelas! masa tu perasaan MALAS mulalah berjinak2 dalam hati, tangan, kaki, kepala dan semua menjadi lemah longlai.

oke.just that. ehh, hari lain pun apa kurangnya. Banyak gap!

25 December 2011

Sweet day :)

0 comments
So many sweet moments and make me really HAPPY.

10-13 Dec 2011 - A trip holiday to Kuala Lumpur, Shah Alam and Cameron Highlands.

13 Dec 2011 - Thank a lot to my beloved mum and pak ude because added me some money to buy Nokia E71.

20 Dec 2011 - Going back to Dungun. Sem 6 begin ^^

23 Dec 2011 - Happy 27th Anniversary to my beloved mum and dad :)

24 Dec 2011 - A trip to Kuala Terengganu with En Pere, we have visited Terengganu Museum, Pasar Payang, Bazaar Warisan, Dataran Shahbandar and Pantai Batu Buruk.

Very nice place and we sharing happy together.. TQ sayang!

"The supreme happiness of life is the conviction that we are loved"

p/s : En pere tak boleh lupa naik kereta kuda masa kat Pantai batu buruk. Dia kata kuda tu bunyi kedekut..kedekut :) :) :)

19 December 2011

Laksa Johor

1 comments
Huaa...esok balik Dungun, 22 Disember daftar untuk sem6..My mum masak special beb hari ni.. That is LAKSA JOHOR! cett, kat Dungun tak ada oke :p
Jemput makan kawan-kawan :)Emm..gambar ni aku rembat google sebab aku malas snap yg my mum masak.. takut korang terliur..hehehe

29 November 2011

Kursus Gangguan seksual

0 comments
KURSUS GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DAN TIPS MENANGANINYA

TARIKH : 30 NOV 2011

TEMPAT : PUSAT LATIHAN GERAKAN MARIN, JB

Act skg ni cuti sem 3 minggu. Tapi dengan cuaca hujan2 pulak tu aku dah demam+selsema+sakit tekak+batuk. Perghh pakej 4 in 1! so, tak melancong kemana lah cuti ni. Err act aku post ni aku nak bg tahu yg aku get involve dlm kursus ni. Project presentation akak aku sebenarnya. HAHA.. terisi la masa yg ada ni. oke bubye. aku nak snap pic ni. (buat2 expert) :D

11 November 2011

Eleven

2 comments

JADUAL PEPERIKSAAN SESI JUN 2011
DIP.IN PROGRAMMING
Subject
Date
Desktop Publishing
09112011
Java Programming 1
14112011
Human Computer Interaction
15112011
Algorithm and Data Structure
17112011
Marketing In It
23112011
Network Security
24112011

Doakan ude mudah menjawab soalan dan ingat apa yg telah dipelajari :) Tengs!
....
........
..............

Date : 11.11.11
psstt..siapa nak pg tgk
"Twiligt Saga Breaking Dawn?"
Nak ikotttt!!!! =='

28 October 2011

Aiskrim Malaysia

0 comments

Warghhh...Akhirnya dapat juga makan aiskrim Malaysia ni..
Ada pun jual kat Dungun ni. Dah lama mencari.
TQ SO MUCH KAT EN PERE!!
sebab dia yang belikan :)

*kat sini panggil aiskrim batang
1 batang dua poseng. hehe
psst..tambah lg 2 assignment. Puan baru upload..
Headache /*__*\

22 October 2011

Hujan, lapar, final

0 comments
Peeeps.. sudah lama tak update blog.. Busy. busy.
Hari ni awal pagi dah bgn.. lepas solat subuh tros masak nasi.. Dah menetap kat Dungun ni, hujung2 tahun ni musim hujan je la.. Perot ni nak lapar aje,, so plan nak masak nasi goreng ayam :)

Lepastu ajak Pere makan sama2 kat tmn rekreasi Dungun. Dah kenyang, we'l tros gerak ke Pusat sumber Dungun.. Assignment belambak whoa! k k.. jom focus.. tinggal 2 minggu je nak final ni.. dup dap dup dap.. ^^

*Gambar sumber ilham En Google !

18 September 2011

got BR !

0 comments
Act lambat 2 hari nak post. Tapi nak post gak!! hehe..
nak...post gambar ni :)

time : 4.35 am
mood : study java. test pukul 9.00am

WISH ME LUCK!!

08 September 2011

Banyaknye keje @@

3 comments
Minggu ni banyak keje oh...
Project..Test..Assignment !
Kenapa kau wujud di dunia ini, Siapa mak bapak kau, bila kau lahir..HAHA..

psstt..rindu pipo ni, tapi anak buah aku dah rembat buat pelok time tido. Any kind person wanna buy some like this for me?? :)

14 August 2011

Myhome hotel

3 comments
Buat kali pertama sepanjang aku kursus kat PJ, hari ni 14 Ogos adalah hari pertama aku ngan roomate tak sadar bangun pagi.. Act dah terjage pukul 6 pagi tapi disebabkan terasa awal sangat, aku tidur balik lah..

Pukul 7.40 member 1 kursus call.. Jawab pon macam orang tak jejak bumi.. "errmm..sorry late.kitorang tengah siap lah ni"..cett..ayat COVER LINE.haha

haaiiissh..lepastu apa lagi..kelam kabut pergi mandi and siap2..hahaha. Al maklom lah tak jumpa katil kan kat rumah sewa.. tengok la katil besar camni.. Memang lah sedap kalau dah tidur.. err.. Aircond pulak tu. ^^

MY HOME HOTEL SS2 PJ



10 August 2011

Mengira!

4 comments

Mulai Hari ni, Jam ni, Minit ni, Saat ni dan detik ini.. Jom Mengira lagi 16 HARI lagi nak balik JOHO.. Nak CUTI RAYA dah kan!!! haha.. HAPPY nye rasa:))

Hohoho..balik kampung..hohoho balik kampung..hati girang :)

psstt..Doakan ude selamat balik ng bas raya tahun ni. Harap eksiden tu tak berulang dan hanyalah kali terakhir..


 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara