Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

07 July 2013

JDT 1 - 1 Selangor

0 comments
Tarikh : 06 Julai 2013
Masa : 8.30pm
Lokasi  : Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin


Tak sangka stadium larkin malam tadi penuh penyokong JDT, sampai pasang skrin besar luar stadium, seat tak cukup. Ramai orang pon Alhamdulillah tak tercetus pergaduhan atau apa2 eksiden buruk.i mean macam kat stadium Pahang hari tu sampai match postpone -.-

The best moment bila  "Johorean" bersorak non-stop menyokong JDT dan "hujan resit" !  Wehh, best giler tengok resit2 tu. Osem !!
:) :) :) :) :) :) :)
 Teruja sampai lupa nak snap !

Ni beberapa gambar saje aku snap buat kenangan :))




Tahniah JDT, harap akan tingkatkan lagi prestasi supaya semakin cemerlang kerana JDT sangat bertuah ada penyokong yang sangat ramai dan setia. Untuk team bola sepak yang lain, yang cuba cari masalah dengan JDT , please ignore them sebab mereka ada masalah mental,,haha sorry,, taklah sebenarnya over perasaan la tuh, padahal player2  tu semua takde masalah pon, well mereka ni jugak akan bergabung menjadi pasukan bola sepak mewakili "MALAYSIA" . Takde sebab logik juga sebenarnya team lain nak bermusuh musuhan, budak2 tak matang jer buat statement senget benget kutuk mengutuk team bola ni. Tolonglah terima hakikat yang menang kalah adat pertandingan. Tu pon susah ker?? Dah kalau team kau menang, tu sebab ada team yang kalah.. kalau team kau kalah tu maknanya team lain yang menang, mana mungkin  2 team boleh juara dalam 1 game.. tu pon tak boleh pikir lagi ker haa! tak boleh pikirrr??? haha geram aku !

Gambar simpanan encik google.


so Malaysian..
 "Please keep maintain your support to our national football team."
 "Perpaduan menjamin keamanan."
"Bersatu teguh, bercerai roboh."
"Nak seribu usaha, taknak seribu dalih."
"Jangan bersorak ketika menang jika tidak mampu menyokong ketika kalah"


♫♬ ♪
LUASKAN KUASAMU
OH JOHORKU
HAPUSKAN SEMUA MUSUHMU
PAHLAWANKU
SETIA BERSAMAMU JOHOR
MERAH BIRU
HIDUP MATI JOHOR...
♫♬ ♪♫♬ ♪♫♬ ♪♫♬ ♪





 






30 June 2013

Satu Kosong

0 comments
Entry ni nak cerita pasal bola yang berlangsung malam tadi, well, serius sedih sebab dah masuk list kan nak pergi Stadium kalau JDT masuk final, tapi sebab ada tanggungjawab hari ini, so tak dapat pergi Bukit Jalil. 

Sedia maklum malam tadi Final Piala FA
JDT vs TRW
Oke fine, piala tu sekarang kat TRW la, menang satu kosong kan, tapi yang uniknya dan punca utama aku post gambar ni sebab muka player JDT tu sepesen muka jiran aku.. hensem kan.. hahaha >.<

Malam tadi lepak Kedai makan kat Senai, kebetulan dia pasang skrin besar, memang tertarik lah nak stay tengok match kat situ. Turun jer kereta tengok meja dah penuh, yang kosong kat dalam kedai, tak best lah kan -.-

Well, brader tu punya lah baik, dia angkat meja kat dalam kedai tu dia letak kat depan skrin. Ini serius oke! dia letak meja tu betul2 depan skrin,, gua terasa gua paling untung weh malam tadi :)





 Gambar bersama MeetNana dalam gelap kan, pulak tu guna 2nd camera kat phone, tak berapa clear la ^^
Dah makan2 Dhaniah lentok kat riba aku. Masa siang dia main basikal, petang tak tido, kol 9 lebih dah zzzzzz 

Akhir Kata

" Jangan Bersorak Ketika Menang,
Jika Tidak Mampu Menyokong Ketika Kalah ! "




02 June 2013

Tahniah JDT

Syabas dan tahniah JDT akhirnya mara ke final dan akan berjumpa TRW. Dahlah aku listing  13 azam tahun ni dan salah satu tuh nak pergi stadium kalau JDT pergi akhir, Memang senyum lebar cuma tengah pikir alasan nak cuti. hehe :p

Come on JDT !
Luaskan Kuasamu Johor

Sumber ihsan En google


Usah gentar dengan mereka, walaupun semangat mereka bergabung 3 negeri kerana penyatuan "pantai timur" jangan bimbang sebab Johor ada 3 pantai, pantai timur, barat dan selatan, tak percaya tengok peta kat bawah ni :)


Dengar kata match akhir 29 Jun 2013,
hari Sabtu,
haraplah dapat cuti.

SEMOGA BERJAYA !
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara