Showing posts with label IT. Show all posts
Showing posts with label IT. Show all posts

08 May 2017

Cara download video Facebook Online

0 comments
Assalamualaikum, hari ni aku nak share cara2 download video FB secara online. Ada 2 kategori video iaitu PUBLIC dan PRIVATE.
Cara yang pertama adalah download video public, contohnya video kawan2 share, nampak kat timeline FB kita. Yang kedua adalah video private, contohnya korang ada group FB private (only member group je nampak post video tu), group study ke, kelab ke, persatuan ke bisnes dan sebagainya.. 

1. Video public

1. Ok,first sekali, right click pada video dan klik show video url.

2. Select all  link url tu kemudian copy.

3. Buka http://fbdown.net/ dan paste link url tadi.

4. Klik button download tu. Lepastu keluar link download video in normal quality, kadang dia detect video hd, boleh pilih nak normal ke hd. pilih lah mana2. klik je.

5. Nanti keluar video yang korang nak download tu, right click and pilih save video as....

6.Yang ada format mp4. boleh lah tu. pilih location save & klik save. SIAP ! :)





2. Video Private 
(tiada gambar sebab ni private, dah bagi step, follow je. )

1. Buka page group dan cari video tersebut.
2. Right klik pada page dan pilih View Page Source
3. Copy semua code . Ulang lagi sekali. SEMUA. ctrl A + ctrl C
4. Buka http://www.getfbstuff.com/facebook-private-video-
5.  Paste code tadi, ctrl v
6. Klik download.Video akan appear, right click dan klik pada save video as...
7. pilih lokasi simpan.


Settled :)


01 February 2017

Retreat PCSB 2017

0 comments
31 Jan & 1 Feb 2017
Bertempat di PKNS Biz Point Shah Alam

Sehari sebelum Retreat pi enjoy sakan dulu, disebabkan kami ditempatkan di hotel Best Western i-city, dalam i-city pulak tu, hahaha memang terpaksa lah jejalan dalam i-city tuh. Ni kali kedua aku jejak kaki kat i-city. Sebelum ni pergi dengan family, masa tu i-city baru jer bukak. Setakat ada lampu2 kat pokok. Kali ni pergi dah ada theme park, ada Snow Walk, rumah hantu, patung wax tu, game pon dah banyak sangat, siapkan duit jelah senang cakap. 😅

Sebelum mulakan perjalanan mengelilingi i-city kami pi makan Subway dulu. Dalam i-city ada KFC & Subway, ade jugak restoran, kedai serbaneka dan mamak.
 













Agenda kali ni nak bentang Rancangan & bajet 2017 mengikut department masing2. Untuk Dep IT aku lah yang bentang, kali ni depan BOD. pergghh menggigil jangan cakaplah mungkin sebab aku orang pertama yang prezen. haha

Lepas boss dah bagi penutup ada pulak cabutan bertuah. 
Aku dapat no 12 😆





















03 November 2016

Bengkel Latihan (ii)

0 comments
1 Nov 2016
Boss bercadang nak sewa sebuah lagi pejabat di Shah Alam, kami datang tengok2 dulu.
 
2 Nov 2016
Alhamdulillah semua berjalan lancar untuk Modul 2 ni, InsyaAllah yang kurang2 tu akan dibaiki untuk modul-modul seterusnya. Balik tu singgah R&R Dengkil, boss belanja satay Kajang :) Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi. haha







26 June 2013

Semalam Network Downtime

3 comments
Selamat pagi.

Entry hari ini tapi topik semalam, sedia maklum yang
 semalam adalah sejarah, 
hari ini adalah realiti 
dan esok adalah misteri.

Aku ni sebenarnya baru lagi menceburi dunia pekerjaan. Masa belajar ada jugak kerja part-time bila cuti semester tapi organisasi kecik2 jer.. Alhamdulillah sekarang dah kerja kat sebuah organisasi bernama dan stabil. Kerja ni pon bukanlah susah sangat. Pendekkan cerita,
aku kerja kat Jabatan IT di sebuah hospital.

Semalam Network Downtime dari pukul 9.30 pagi hingga lebih kurang pukul 11 pagi. Sepanjang kerja ni lah kali pertama aku "face" situasi huru hara ni, semua staff jadi kelam kabut la, mana taknya hospital kan pakai sistem,
 tiba2 network downtime.

Tak putus2 semua call serbu IT. Semua telefon bedering, aku inform lah user memang ada masalah, tak boleh guna sistem, network downtime. Fine. User boleh terima aku lega.. TAPI


user : "Hello, saya DR ______, Network ada problem ke? so macam mana kerja saya, patient ramai, bagi saya solution lain?"

aku : "ye Dr, network downtime ni, Dr boleh guna pc yang dah ada sticker cl_downtime "

user : "ye..aku dah guna pc ni lah, ada sticker, domain failed lah apelah, tak paham betul aku. hantar sorang turun sini, depan aku ni banyak patients tunggu ni"

aku : "hmm.. Dr, saya akan inform person in charge dulu, sekarang ni diorang tengah trobleshoot"

user : "I DONT CARE!!!!! i want someone come here and solve my problem NOW!!"

......::::end call::::......


Doktor  ni user pertama tengking gua beb.. haha tak heran pon lah, peace yo!

ByTheWay..

Ma ada pesan, jangan tengking orang kat dunia ni, nanti kat kubur Malaikat tengking kita.

Ayah pesan, banyakkan sabar, walaupun dia tu doktor, berpangkat tingi tapi tanpa bantuan orang bawah, dia pon takkan berjaya selesaikan masalah dia.. SEE? dia call helpdesk..mungkin caranya salah TAPI siapakah yang layak baginya untuk menegur dirinya?


HIDUP BAGAI RODA

Pagi ni main candy crush dah lepas level 70! Akhirnya!!!!

"Jangan kerut2 dahi tu..senyummmmm :)"




24 June 2013

Bukan Along cuma nak Tolong

3 comments
Alhamdulillah hari ni aku puasa, harap perut tak rap hip hop la sampai petang. HAHA.. Tah tiba2 tadi aku terfikir yang aku nak share semua assignment, labwork, labsheet, quiz, contoh soalan dll apa yang aku dah belajar 3 tahun masa kat PSMZA dulu. Niat dah ada, cuma kena befikir dua tiga kali kot nak public kan, mungkin akan create blog lain atau buat page dan link kan sahaja. Cita2 dulu memang ada rasa nak jadi cikgu, so jadi cikgu cyber pon oke lah kan, sesiapa ada soalan mengenai pengaturcaraan boleh lah bertanya aku, takat level diploma InsyaAllah aku boleh bantu apa yang aku tahu.

Sama ada aku upload file tu dalam pdf (public) takpun aku buat sesi soal jawab dalam email (private) tu pon dalam perancangan ni, bak kata En Fadzli " Ilmu yang saya dapat bukan hak saya, ia perlu dikongsi..." 

Aku bukanlah Master atau pon Expert IT, aku juga baru level beginner, masih menuntut lagi ilmu pengaturcaraan ni tapi aku pernah merasa susahnya masa aku semester 1, 2, 3 nak mengenal berbagai jenis bahasa pengaturcaraan ni  so tak salah kan aku nak Tolong :)


ehemm ehemm ni semua belum dilaksana yer, dalam perancangan lagi :D

23 June 2013

Godam Template

1 comments
Dari semalam lagi menggodam template blog ni, dah berpuluh jenis template xml aku download, last2 berkenan ni jugak. Sebenarnya tak berapa suka sebab font color untuk link tu warna  "pink" tapi dah nekad nak nampak macam feminine bantai jerlah. Mata pon nak tertutup zzzzz ngadap template ni -.-

Ni template dah install.. 2 minit uninstalled balik !

Kalau perasan sebelum ni Udenovelty guna tema ala2 askar, hitam hijau dan putih tapi nak tukar citarasa sebab aku rasa aku dah dewasa. HAHAHA :P

1 Iklan pon takde.. sebabnya...aku M. M tu MALAS. Memang la ada advert boleh untung, tapi yang tu nantilah aku fikir, tak pon create blog lagi 1 khas untuk iklan sahaja.. hee :D

Lagu pon dah tukar, actually minat sangat bittersweet, tapi buat masa ini tukar lah lagu jiwang menusuk kalbu ni jap >.<

Masa untuk berehat.. bukan apa, otak makin pening sebab jumpa banyak sangat template yang tak mesra alam. Macam yang ni :- 


Akhir kata.. belajarlah bahasa pengaturcaraan xml, asp, php, javascript, html, dll untuk menjana blog yang cantik dan mesra alam.. lalalalala
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara