Cupchai Cafe & Resto, setakat ni aku tahu ada 2 tempat kat JB. 1 Kat Tampoi, Belakang Jakel. 1 Lagi kat Kilang Bateri. Setakat ni dah 3 kali makan kat situ, tak pernah mengecewakan. Sedap beb, kalau tak camne aku boleh repeat datang. haha :D
First time pergi dengan member2. Memang datang lepak, gambar pon takde, kalau ada pon tah mana tak jumpa nak cari..
Second time pergi dengan family. Kemain suka laki aku sebab ada nasi kukus. Kami datang hari jumaat waktu ni, staff Cupchai bagi syahmi Rm1, katanya sedekah kat budak2 setiap hari jumaat. Bagus betul. Semoga Cupchai terus maju dan perniagaan Cupchai diberkati Allah. Amin
Third time pergi request by laki aku lagi sebab dia dah jatuh cinta dengan nasi kukus, kali ni amik yang hidang berjemaah (dalam dulang) kami makan 2 orang je boleh habis.. laki aku lah makan banyak. hahaha
InsyaAllah memang akan datang lagi, menu air dia memang tip top tak mengecewakan, setakat ni kami dah order ABC, Ais Jagung, Cikong, Kelapa Laut semua SEDAAAAPPPPPP.
Lagi 1 menu special, kat sini ada Kacang Pool. Sedap tak tercakap. Memang puas hati :)
Kalau datang JB singgahlah makan sini 😋😊😉😍
Kami bagi 5 🌟🌟🌟🌟🌟
0 comments:
Post a Comment