30 September 2013

Silau

0 comments
Kepada pengguna jalan raya yang dihormati. Tidakkah anda rasa bersalah menggunakan lampu putih/biru pada waktu malam? Tahukah anda refleksi cahaya yang terlalu terang itu boleh menyebabkan pemandu lain merasa silau, selain itu boleh menyebabkan kemalangan, jika maut, secara tidak sengaja anda adalah Pembunuh! If u don't care. I'm care. So please don't be selfish :L
 
Gambar ihsan Encik Google.

16 September 2013

Kursus Asas Latihan Pertahanan Awam siri 9/2013

0 comments

PROGRAM : KURSUS ASAS LATIHAN PERTAHANAN AWAM
SIRI : 9/2013
TEMPAT : PUSAT LATIHAN PERTAHANAN AWAM WILAYAH SELATAN (PULAPAS)
TARIKH : 10-12 SEPT 2013





Alhamdulillah akhirnya selesai kursus asas latihan Pertahanan Awam siri 9/2013 di PULAPAS, Kluang, Johor. Program selama 3 hari ini banyak memberi kesedaran mengenai pentingnya mempelajari ilmu pertahanan awam, mempelajari cara menyelamat semasa bencana, belajar asas kebombaan, belajar asas pertolongan cemas dan banyak lagi lah. 



Kat sana dapatlah aku berkenalan ngan kawan2 baru. tah macam mana dengan berani nya aku boleh join JPAM ni berseorangan, bahasa kasar sikit, aku "tibai" jer.. nasib ler 3 hari, sebenarnya sebelum ni aku dah pergi PLKN, lagi lah lama kan, 3 bulan (padahal tak sampai 3 bulan pon) lebih kurang sama jer, dan aku anggap ianya sama cuma masa, uniform dan umur kita membezakan. cehhh

Well, semua tahu kan yang dalam badan berunit uniform ni paling mustahak tu mestilah "kawad kaki" haa..kau! dah lama tak jalan bertertib, angkat tangan paras, kaki 90 darjah jadi krem sebadan, melecet kaki.. huaaaa :( first time kaki melecet sampai berdarah.

Tak kisah lah semua tu yang penting sekarang kena capai matlamat.

krik krik krik krik

cakap cam berpidato jer kan,, ehhh last2 aku pengsan dulu.

TERBAIK!!

Sebelum tu aku ada inform kat koperal razis aku sakit kaki, tak balance 60/40 . Koperal tukar tempat aku dari baris kat depan aku baris kat belakang. So feel more better lah terselindung sikit, sakit oi nak angkat kaki kanan ni.. sob sob :(

 Aku tak pasti majlis penutup pukul berapa, kami semua takde jam, tapi memang panas terik kot. Majlis start dengan nyanyi lagu Negaraku dan cam biasa lah pastu doa, ucapan.....

Tup tup masa komanden tengah berucap untuk merasmikan majlis penutup, tiba2 aku pulak pengsan.. eeh serius taw! aku tak berdaya, battery weak. rasa macam tinggal 2% jer. aku dah cuba tengok pokok hijau, tapi tak larat jugak, rasa nak muntah, last2 mata ni pandang depan semua dah kelabu......................hitam

ne no ne no ne no ne no

abaikan bunyi, anggota medik angkat aku, maaf lah yer, berat saya 5300 gram jer :)
oh..first time pengsan !

Setelah aku membuat penyiasatan, didapati bahawa aku tak cukup tido, jangan salah faham yer, pihak urusan dah bagi tido, tempat tidur pon kondusif cuma mata aku yang taknak tutup, otak still running, my mind working.. dont know why.. tah macam2 bunyi pelik aku dengar. Ni semua sebab aku minum coffee kot petang tu, dah ler mata ni berjaga malam -.-

Oke.. ini dia gambar kenangan :)

TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM NI, 
TERUTAMA ANGGOTA MEDIK TU <3 
:)

15 September 2013

Tragedi 1 julai 2011 (iii)

0 comments
 Klik link untuk cerita lanjut :
Tragedi 1 julai 2011(i)
Tragedi 1 julai 2011(ii)
Tragedi 1 julai 2011(iii)

Alhamdulillah, 13 SEPT 2013, setelah 2 tahun tragedi akhirnya bicara selesai, kes ditutup.
Terima kasih kepada syarikat guaman Sukhdev & Associates yang mewakili pihak saya dalam membuat tuntutan berkenaan kemalangan tersebut.



Saya pasti pihak guaman telah menjalankan tugas sebaiknya.
Jasa kalian amat dihargai.

TERIMA KASIH

Cuma..sedikit kesal dengan syarikat Maju apabila saya sendiri melihat bas yang terlibat dalam kemalangan tersebut, benombor pendaftaran JLU 7293 masih beroperasi, secara fizikal dan logiknya kita boleh menilai yang bas tu "total lost" dan pakcik diver  tu masih menjadi pemandu bas. Bukan saya mengharap pakcik diberhentikan kerja, tapi saya berharap pakcik akan lebih berhati-hati, bertanggungjawab dan berbudi bahasa lepas kejadian ini. Pakcik tolonglah ambil iktibar yer.

Tanpa segan dan rasa bersalah pakcik mintak maaf dengan penumpang dengan cakap "maaf yer, pakcik terlelap.."
Nasib pakcik baik sebab kemalangan ni tak meragut nyawa, kalau tak mungkin kena gantung kerja berpuluh tahun.

Masa pakcik marah saya, saya ada doa supaya anak pakcik akan terima nasib macam saya, maaf pakcik, saya tak berniat pon nak cakap macam tu, saya terasa teraniaya. Kalaulah pakcik tahu apa yang mak ayah saya rasa masa tu.. mereka risau taw pakcik . Ayah saya sampai tak boleh tidur 1 malam, ayah pergi klinik nak ambil mc. Doktor tak bagi ayah mc,ayah balik dari klinik marah2 doktor. Nasib baik  bos bagi ayah cuti,sepatutnya 1hb julai ayah kerja pagi,  ma kata ayah tak sedap hati..subuh tu dia dah siap2, dia nak ambil saya kat Larkin.. nak buat surprise..tapi apelah nasib akhirnya ayah ambil saya kat Hospital. Alhamdulillah saya hidup, kalau tak saya pasti ayah akan menuntut hak keadilan untuk saya. Saya jadi mangsa. Sampai hati pakcik nak halau saya turun bas kan... dah lah pukul 12 tengah malam~

Benda dah jadi.. Saya takde kuasa, saya bukan tuhan, semua yang berlaku ada hikmahnya. Ni dah tertulis dalam perjalanan hidup saya, saya seorang hamba, saya kena terima.



Hmm..bukan aku tak suka dengan duit bertimbun ni, beribu ribu tapi aku macam tak sedap hati pulak. Kes dah tutup. Aku decide untuk masukkan duit ni dalam bank, mungkin kegunaan masa hadapan, masa dia bagi aku cash tak macam nak gigil pulak tangan ni pegang duit beribu -.-

Aku berdoa semoga tiada kesan sampingan akan berlaku. Semoga kesihatan dalaman & luaran ni baik2 sahaja.

TERIMA KASIH ALLAH

Klik link untuk cerita lanjut :
Tragedi 1 julai 2011(i)
Tragedi 1 julai 2011(ii)
Tragedi 1 julai 2011(iii)

Tragedi 1 julai 2011 (ii)

0 comments
 Klik link untuk cerita lanjut :
Tragedi 1 julai 2011(i)
Tragedi 1 julai 2011(ii)
Tragedi 1 julai 2011(iii)

Tragedi bas terbalik 1 julai 2011 takkan pernah hilang dalam ingatan. Mana taknya, sebelum eksiden lagi aku dah menangis nangis, siot punya kaunter bas Maju.

Oke..aku terangkan sikit. Aku ni student psmza, masa tu semester 4 (praktikal), poli suruh hantar report praktikal 30Jun2011 (khamis).

Aku naik bas dari Sri Putri, Skudai, Johor.
so aku beli 2 tiket (pergi & balik)
pergi aku naik bas lain, tak silap aku bas Shamisha, tak silap aku masa tu pakcik kaunter cakap tiket balik untuk bas Shamisha habis, so aku beli lah tiket bas Maju.

Alhamdulillah, perjalanan pergi Dungun 29jun2011 selamat sampai ke destinasi, takde masalah, report praktikal aku pon settle dah hantar.

Petang tu siap survey rumah sewa, pastu dah tak tahu nak port mana tumpang jap kat Masjid Dungun. Lebih kurang kol 6 petang kot aku gerak bus stand Dungun.

Hmm, cam biasa lah aku gi kaunter buat confirmation tiket sebelum naik bas, masa tu oke jer la.. dia cakap bas pukul 10.45pm.

Tunggu punya tunggu,,takde pon bas maju.. dah pukul 11 lebih ni.. aku gi balik kaunter, tanya akak tu mana bas, tahu tahu dia cakap bas rosak, diorang tengah tukar bas lain.. tak boleh blah dia cakap bas maju malam tu tinggal 1 trip, tu pon dia akan stop larkin tak lalu skudai.. eeh aku dah blur weh time ni -.-

Lebih kurang 11.45pm bas maju datang, aku say thank kat en pere, suruh dia balik, lagipon dah lewat sangat.

..................................................................................

tah apa akak kaunter tu cakap ngan driver bas Maju tu (loghat ganu)
driver tu tak puas hati ngan aku.. eehh WaTer Fish!

driver : mung beli mano tiket? takdok dalang system. Bas ni dok lalu skudai.
aku : saya beli kat kaunter skudai la.
driver : aku dok tahu nim nak beri mung dok mano. seat penuh. ada 2 seat kosong tu pong nanti ada orang naik kat kemamang.
aku : (feel empty..sangat teraniaya..)
driver : mung dok aa dulu seat kosong tu, kekgi ada orang naik mu turun la, tak pong mung dok di tangga alas surat khabar.

..................................................................................
syaitan nirrajim, jahat punya driver,,aku dah start nangis ni.

aku kol en pere battery dia habis, aku kol rumah, bergilir aku mengadu ngan ma & ayah.

aku : ayah, driver ni tak bagi naik bas, dia cakap tiket takde dalam system.
ayah : haa? kenapa pulak camtu..
aku : aku ulang balik la apa driver tu cakap..aku cerita kat ayah.
ayah : dah la,,turun jer, pergi tido hotel mana2 yang dekat dulu, balik esok jer. cari bas lain. Esok kita report polis, ticket tu simpan. Kurang ajar betul driver tu.

..................................................................................
tengok jam masa tu pukul 11.50pm, jap lagi bas akan lalu depan poli, depan poli ada hotel.. tapi mana aku berani :( :(
..................................................................................
pastu ma pulak call~

ma : ude, tak payah lah turun bas tu, naik jer, baca doa banyak2.
kalau dia marah lagi ke suruh dok kat tangga. ikot jer, tak payah turun bas, dah malam ni, bahaya.
..................................................................................

bila henpon aku asyik bunyi jer, driver tu attack aku lagi, dia cakap

driver : kalau mung report polis siap mung. aku dah bagi naik ni kira bersyukur lah.

..................................................................................

Ya Allah, apa salah aku? tiket ni, bukan aku yang cetak, tak de kerja pulak aku nak edit sebijik tiket ni, nak photoshop, watermark bagai.. haissh aku banyak kerja lah weh ! Masa ni aku dah memang tak boleh nak berhenti nangis.. aku rasa 1 bas dah dengar semuanya.


Ikot cakap ma, aku tahankan jerlah rasa geram ni, naik jer bas tu..pekakkan telinga. Alhamdulillah sampai kat Kemaman takde orang naik. Aku lega sangat, hmm tak boleh nak bayangkan kalau betul aku kena duduk kat tangga bas -.-

tah apa lagi tah pakcik driver tu sound aku, aku dah malas nak dengar, pasang mp3 kat telinga >.<

#######################################
6.10am                        1 Julai 2011
#######################################

Sebelum tu aku tidur, aku sedar masa bas tu brek emergency, bas langgar pokok, bas terbalik, aku tak pasti lagi apa berlaku, tapi aku guna 2 tangan ni, tutup muka.. cermin tingkap pecah........bas terbalik 2 kali... bas berhenti dan terseret terjunam ke bawah sikit..

Ya ALLAH, sakitnya rasa, aku bau darah, aku sedar sekarang posisi aku terduduk kat bawah, aku tengok orang sebelah kanan aku kena hempap kerusi, aku cari beg, tengok henpon dah hilang. Aku bangun tengok ke belakang hampir semua tersangkut kat kerusi. Aku dengar suara bayi menangis, tapi aku tak pasti kat mana, dalam hati sedihnya, suara bayi tu hilang mungkin ibu dia dah peluk dan tenangkan dia.

"dik..bawak anak pakcik keluar. adik naik atas kat jalan raya, pergi mintak bantuan yer, bini pakcik tersepit ni.."

aku pimpin tangan budak lelaki tu, umur dia dalam 7 tahun, dia baru bangun tido, dia diam jer. Aku stuck !


Aku tak pasti nak keluar dari bas tu cam mana. Kaca bersepah sepah.. LAST.. aku nekad ajak jer budak tu terjun ikot depan bas, sampai kat tanah, aku iktiar cari akar /batang pokok yang boleh tolong aku naik ke atas, aku suruh budak tu ikot belakang aku.

Dah sampai kat atas, ada lagi 3 mangsa, yang 2 orang tu dah tercampak awal2 sebelum bas masuk gaung. Kami cari telefon nak mintak bantuan.. but..the problem now is.. tak tahu kat mana ni.. cuaca pon gelap lagi.

Paling Sedih!! tahan beberapa kereta kat situ semua tak berhenti :(

ALLAHHU AKBAR!

Ada sorang abang ni terlantar tepi jalan, bahu dia patah, dia mintak tolong aku amikkan henpon kat poket dia, pastu kol kan mak dia, pastu aku pon pinjam henpon dia kol famly aku. Nak jadi cerita, aku kol semua  yang kat rumah aku tu tapi semua tak jawab.. Ya Allah :(

Dah terang sikit, Ada abang ni, kereta kelisa. Aku lupa tanya nama dia, Terima kasih banyak abang, dia hantar kami ke Hospital Kota Tinggi.    

Aku ngan abang yang patah bahu tu kira mangsa paling awal lah, dah masuk ed tu dia bius tangan aku ni, jahit luka terkoyak, memang tak rasa ape, mata ni tengok jer la jarum tu.. Pinjam henpon staf hospital kat situ pastu aku kol ma bagitahu aku kat hospital kota tinggi.

Lepas aku amik ubat aku nampak ayah datang, lama jugak aku tunggu kat hospital tu, rupanya ma ngan ayah pergi tempat eksiden dulu, aku ajak ayah pergi tempat tu, jumpa ngan wartawan metro, haha tak tahu lah silap siapa, masuk paper pon tapi salah nama.. huhh

Keadaan dah terang, ramai gak orang berhenti tengok bas tu dalam gaung, aku jumpa polis kat situ, bagi tahu dia tolong cari fail aku ngan barang2 dalam beg aku yang dah tercampak keluar, beg dompet pon hilang ni. En Polis tu memang baik lah, dia turun kat bas tu cari barang aku, lega dah jumpa fail dalam tu ada RM600, duit deposit sewa rumah & kunci rumah. Tapi beg duit tak jumpa, ada kad bank, ic, lesen, duit gaji -.-
..................................................................................
Polis minta semua mangsa pergi balai polis kota tinggi buat laporan.
Selesai buat laporan, ada sorang polis ni tanya nak peguam tak?
Ayah cakap, boleh.. sebab anak saya kena tipu  ni.

Melilau mata aku cari bayi yang aku dengar suara dia nangis masa eksiden tu tapi takde. Aku tanya sorang akak tu, dia kata kalau budak, anak dia yang paling kecil, umur 5 tahun, takde pulak bayi.. hmm aku tertanya tanya.

Polis tu cerita kat situ baru lepas eksiden, ibu sarat mengandung dan suami dia kena langgar.

(mengerti sendiri lah, mereka nahas dalam kemalangan tersebut) Al- Fatihah
 mungkin disini persoalan aku mengenai tangisan bayi tu dah terjawab.
..................................................................................

Aku ajak ayah pergi balik tempat eksiden, bas dah kena angkut bawak gi balai untuk siasatan. Tengah cari barang2 aku yang hilang, datang 3 brader ni tanya aku cari apa.. diorang ni kerja kat kilang papan kat situ, aku cakap lah barang apa yang hilang,,pastu dia cakap dia jumpa barang tu, dia datang balik kat aku bagi aku punya pendrive, buku log latihan industri, bila tanya jumpa tak beg dompet & hp? cepat jer geleng kepala,, bukan nak tuduh tapi nampak tak yang korang ni mengambil kesempatan dalam kesempitan? Semua mangsa pergi balai polis, kau dah sebok masuk tempat eksiden cari barang berharga kan ? -.-

..................................................................................

Lepas dah amik detail & contact yang penting2, aku pergi bank, sekat akaun dan buat kad baru.

Sampai kat rumah cek badan banyaknya lebam..
tapi Alhamdulillah aku masih bernafas............................

Malam tu aku tidur awal,badan tak berdaya.. aku tak pasti pukul berapa aku dapat mimpi yang aku nampak banyak sangat makhluk aneh dalam gaung tu memanggil bas tu.. Astaghfirullah al azim.

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari musibah yang berat, celaka yang menimpa, keputusan (qada) yang buruk, dan kejahatan para musuh. (H.R. Bukhari)”


 Klik link untuk cerita lanjut :
Tragedi 1 julai 2011(i)
Tragedi 1 julai 2011(ii)
Tragedi 1 julai 2011(iii)

03 September 2013

Alahai Suprima S

0 comments

Hmm macam mana nak mula bercerita ni.
.........................................................
.................................................
.....................................
..........................
................
........
.....
...


Al kisah hari tu berborak dengan En Pere pasal Proton Suprima  S ni..
Bercerita lah pasal nama "Suprima" ni.

En Pere :  Saya rasa orang yang bagi nama " Suprima " ni orang KELANTAN.
Aku : kenapa pulak cakap camtu?
En Pere : Sebab sebenarnya dia nak cakap " SRUPA RIMAU "
Aku : hahahahaha camtu ker? hahahaha

"SRUPA RIMAU -> SUPRIMA"

Suratan atau kebetulan aku pon tak siasat lagi mana datang nama Suprima S ni. hihi jap lagi gooooogle ler.. Jom Tenung jap Suprima S ni,
 ada macam Rimau ker?

hmmmmm
hmmm
hmm
hm

"Sampai hati u cakap muka i sama ngan kereta. I sedih.......!  jangan cari i lagi. babai  " -.-


01 September 2013

Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya

2 comments

Semalam tersebar luas video "Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya" dan aku setuju tindakan lelaki yang merampas bendera tersebut. Syabas!

Apa lagi Adam Adli mahu?
Apa lagi A.Samad Said mahu?

Klik Gambar untuk lihat Video penuh.

"Kapan Merdekanya Penuh Takzim?"

Kapan?

Kapan tu bila kan?

hmmm...

Hari ini, macam2 persoalan bermain di minda, kau cakap lain, kau cakap lain.. hmm

Bukan nak memandai, tapi kalau aku jadi PM. Aku akan bagi Adam adli "PELUANG". Aku bagi dia sebuah pulau dan namakan Negara Sang Saka, lucutkan hak kewarganegaraan Malaysia, siapa nak ikut dia boleh dok kat pulau tu lepastu dia boleh buat organisasi sendiri, jadi PM, tadbir negara sendiri, rancang ekonomi, buat IPT sendiri, bendera negara pon dah siap. Ramai kan nak ikot dia, pergilah pergi.. Kurang sikit masalah tunjuk perasaan kat Malaysia :)
*kalau aku PM*

tapi untunglah kau sebab PM sebenar masih bertoleransi.

 










 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara