16 September 2013

Kursus Asas Latihan Pertahanan Awam siri 9/2013


PROGRAM : KURSUS ASAS LATIHAN PERTAHANAN AWAM
SIRI : 9/2013
TEMPAT : PUSAT LATIHAN PERTAHANAN AWAM WILAYAH SELATAN (PULAPAS)
TARIKH : 10-12 SEPT 2013





Alhamdulillah akhirnya selesai kursus asas latihan Pertahanan Awam siri 9/2013 di PULAPAS, Kluang, Johor. Program selama 3 hari ini banyak memberi kesedaran mengenai pentingnya mempelajari ilmu pertahanan awam, mempelajari cara menyelamat semasa bencana, belajar asas kebombaan, belajar asas pertolongan cemas dan banyak lagi lah. 



Kat sana dapatlah aku berkenalan ngan kawan2 baru. tah macam mana dengan berani nya aku boleh join JPAM ni berseorangan, bahasa kasar sikit, aku "tibai" jer.. nasib ler 3 hari, sebenarnya sebelum ni aku dah pergi PLKN, lagi lah lama kan, 3 bulan (padahal tak sampai 3 bulan pon) lebih kurang sama jer, dan aku anggap ianya sama cuma masa, uniform dan umur kita membezakan. cehhh

Well, semua tahu kan yang dalam badan berunit uniform ni paling mustahak tu mestilah "kawad kaki" haa..kau! dah lama tak jalan bertertib, angkat tangan paras, kaki 90 darjah jadi krem sebadan, melecet kaki.. huaaaa :( first time kaki melecet sampai berdarah.

Tak kisah lah semua tu yang penting sekarang kena capai matlamat.

krik krik krik krik

cakap cam berpidato jer kan,, ehhh last2 aku pengsan dulu.

TERBAIK!!

Sebelum tu aku ada inform kat koperal razis aku sakit kaki, tak balance 60/40 . Koperal tukar tempat aku dari baris kat depan aku baris kat belakang. So feel more better lah terselindung sikit, sakit oi nak angkat kaki kanan ni.. sob sob :(

 Aku tak pasti majlis penutup pukul berapa, kami semua takde jam, tapi memang panas terik kot. Majlis start dengan nyanyi lagu Negaraku dan cam biasa lah pastu doa, ucapan.....

Tup tup masa komanden tengah berucap untuk merasmikan majlis penutup, tiba2 aku pulak pengsan.. eeh serius taw! aku tak berdaya, battery weak. rasa macam tinggal 2% jer. aku dah cuba tengok pokok hijau, tapi tak larat jugak, rasa nak muntah, last2 mata ni pandang depan semua dah kelabu......................hitam

ne no ne no ne no ne no

abaikan bunyi, anggota medik angkat aku, maaf lah yer, berat saya 5300 gram jer :)
oh..first time pengsan !

Setelah aku membuat penyiasatan, didapati bahawa aku tak cukup tido, jangan salah faham yer, pihak urusan dah bagi tido, tempat tidur pon kondusif cuma mata aku yang taknak tutup, otak still running, my mind working.. dont know why.. tah macam2 bunyi pelik aku dengar. Ni semua sebab aku minum coffee kot petang tu, dah ler mata ni berjaga malam -.-

Oke.. ini dia gambar kenangan :)

TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM NI, 
TERUTAMA ANGGOTA MEDIK TU <3 
:)

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara