15 February 2017

Resepi Cek Mek

0 comments

Resepi Cek Mek

Bahan2 :

Ubi keledek oren
Tepung gandum
Gula


Cara2:

1. Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.
2. Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Time ni agak & rasa sendiri lah. Kalau lembik tambah tepung. Rasa adunan tak melekat melekit tu ok lah.
3. Bentukkan kuih cek mek. Masukkan  gula dan dibentuk membujur. 
(haha ikot bentuk sendiri pon boleh)
4. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila kekuningan. 
5. Jangan makan time panas, melecur kena gula cair nanti.


Favourite Abe kito ni. Rupa takde takpe yang penting rasa sedap tu ada. Sekelip mata jer dia habiskan. Siap request nak setiap pagi untuk rasapan.. hahaha πŸ˜‰
 

12 February 2017

Cupchai Cafe & Resto

0 comments
Cupchai Cafe & Resto, setakat ni aku tahu ada 2 tempat kat JB. 1 Kat Tampoi, Belakang Jakel. 1 Lagi kat Kilang Bateri. Setakat ni dah 3 kali makan kat situ, tak pernah mengecewakan. Sedap beb, kalau tak camne aku boleh repeat datang. haha :D

First time pergi dengan member2. Memang datang lepak, gambar pon takde, kalau ada pon tah mana tak jumpa nak cari..

Second time pergi dengan family. Kemain suka laki aku sebab ada nasi kukus. Kami datang hari jumaat waktu ni, staff Cupchai bagi syahmi Rm1, katanya sedekah kat budak2 setiap hari jumaat. Bagus betul. Semoga Cupchai terus maju dan perniagaan Cupchai diberkati Allah. Amin



Third time pergi request by laki aku lagi sebab dia dah jatuh cinta dengan nasi kukus, kali ni amik yang hidang berjemaah (dalam dulang) kami makan 2 orang je boleh habis.. laki aku lah makan banyak. hahaha







InsyaAllah memang akan datang lagi, menu air dia memang tip top tak mengecewakan, setakat ni kami dah order ABC, Ais Jagung, Cikong, Kelapa Laut semua SEDAAAAPPPPPP. 

Lagi 1 menu special, kat sini ada Kacang Pool. Sedap tak tercakap. Memang puas hati :)

Kalau datang JB singgahlah makan sini πŸ˜‹πŸ˜ŠπŸ˜‰πŸ˜

Kami bagi 5 🌟🌟🌟🌟🌟


09 February 2017

Happy Birthday Mak

0 comments

Happy birthday Mak yg ke 53. 
Semoga dikurniakan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki. 
Kami sayang mak dunia akhirat. πŸŽ‰πŸ˜ŠπŸ˜˜ 

Meraikan hari jadi mak di Nasi Lemak Wak Kontena, Stage Container Kulai.
Complete 1 family dan angah sentiasa ada dlm hati kami. 








01 February 2017

Retreat PCSB 2017

0 comments
31 Jan & 1 Feb 2017
Bertempat di PKNS Biz Point Shah Alam

Sehari sebelum Retreat pi enjoy sakan dulu, disebabkan kami ditempatkan di hotel Best Western i-city, dalam i-city pulak tu, hahaha memang terpaksa lah jejalan dalam i-city tuh. Ni kali kedua aku jejak kaki kat i-city. Sebelum ni pergi dengan family, masa tu i-city baru jer bukak. Setakat ada lampu2 kat pokok. Kali ni pergi dah ada theme park, ada Snow Walk, rumah hantu, patung wax tu, game pon dah banyak sangat, siapkan duit jelah senang cakap. πŸ˜…

Sebelum mulakan perjalanan mengelilingi i-city kami pi makan Subway dulu. Dalam i-city ada KFC & Subway, ade jugak restoran, kedai serbaneka dan mamak.
 













Agenda kali ni nak bentang Rancangan & bajet 2017 mengikut department masing2. Untuk Dep IT aku lah yang bentang, kali ni depan BOD. pergghh menggigil jangan cakaplah mungkin sebab aku orang pertama yang prezen. haha

Lepas boss dah bagi penutup ada pulak cabutan bertuah. 
Aku dapat no 12 πŸ˜†





















 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara