Sudah seminggu angah pergi tinggalkan kami buat selamanya. Aku masih terkejut dgn pemergian angah yg tak disangka. Baru sahaja kami makan bersama raikan birthday Safran. Aku juga terkilan sebab tiada di sisi angah semasa hembusan terakhirnya. Kami rapat sangat. Kehilangan dia betul2 terasa. Dia selalu cakap sambil pegang perut ini "baby ude perempuan ke lelaki? Nanti angah nak jaga baby ude. " itulah ungkapan setiap kali kami berjumpa. Aku redha dia pergi. Allah lebih sayangkannya.
Khamis
21 Mei 2015, 10.10 am
Aku sedang bekerja, dapat panggilan dari mak mengatakan angah dah takde, Allahu Rabbi. Longlainya rasa, gelapnya dunia, dengan suara mak yang terketar2 dan menangis aku dapat rasakan ini benar, ini hakikatnya, terus aku minta kebenaran kak hus as hou untuk balik emergency. Aku baru dapat tahu malam semalam yang mak dan angah keracunan makanan lepas makan nasi lemak kat seminar motivasi. Mak kata dia dan angah demam teruk dan cirit birit. Dia dah pergi klinik dan makan ubat. Panggilan tu betul2 buat aku rasa terkejut dan tidak percaya.
"Ya Allah benarkah angah dah tak ada. benarkah khabar ini? :( "
Aku call suamiku memaklumkan khabar sedih ini. Dia pesan "baik2 memandu sayang, awak ada baby" sepanjang perjalanan mulut ini tidak henti istigfar, "ya Allah benarkah kau sudah menjemput angah." Pukul 11 pagi ude sampai di rumah, orang ramai menziarah angah, aku melangkah masuk ke ruang tamu, ku lihat sebujur jasad tidak bernyawa terbaring di atas tilam ditutupi dengan kain batik, itulah hakikat yang aku kena terima. Kali ni aku menyaksikan angah baring tak bernyawa, angah tidur selamanya. 2 anggota polis datang ke rumah untuk buat penyiasatan, dia kata jenazah angah perlu dibawa ke hospital kulai untuk pengesahan doktor memandangkan angah masih muda, meninggal di rumah dan ia dikira sebagai mati mengejut. Ayah akur lalu membenarkan pihak hospital membuat pemeriksaan, setiba di hospital doktor beritahu angah perlu dibedah siasat "post mortem", penat mak merayu jangan dibedah anaknya tapi akhirnya terpaksa juga akur kerana itulah prosedure mereka.
Selesai post mortem lebih kurang pukul 3.30 - 4 petang, doktor mengesahkan punca sebenar kematian angah adalah serangan radang paru-paru "pneumonia". Angah dibawa ke ruang persiapan jenazah, kami adik beradik, mak dan makcik2 ku serta ada 2 wanita bahagian pengurusan jenazah islam memandikan angah. Air mata tak henti mengalir, "angah... inilah terakhir kalinya ude pegang badan angah, izinkan ude mandikan angah, ude ambilkan wuduk untuk angah." Ya Allah tabahkan aku :(
Sesudah itu, angah dikapankan. Angah, itulah pakaian paling bersih dan cantik bila kita nak menghadap illahi, nanti ude pon begitu. Dah masuk waktu asar, kami solat dan kemudian solatkan angah. Ayah buat keputusan untuk kebumikan angah di Tanah perkuburan Islam di kampung.
Lebih kurang jam 5.30 petang segala urusan hospital telah selesai, angah naik van jenazah, adik dan mak temankan. Kami semua gerak ke Masjid Benut, Pontian, disana semua saudara mara telah berkumpul menanti angah. Pak ude dah siapkan segala urusan pengkebumian, disebabkan tiba pun hampir maghrib, pak ude beritahu ayah supaya kebumikan angah selepas maghrib sahaja, lagipula, boleh jemaah masjid solatkan angah. Alhamdulillah ramainya solatkan angah, ramai doakan angah. Angah di bawa ke tanah perkuburan islam Kampung Parit Abd Rahman Benut, Pontian.
Selesai kebumikan angah dan imam membaca talkin, kami tinggalkan angah. Angah, inilah tempat tinggal angah yang lebih baik dari rumah kita. Nanti ude juga ke situ. Ude tinggalkan angah, esok ude datang lagi.

Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah
...............................................................
Angah, nama sebenarnya SITI MUNIRA BINTI JUMÁT dia dilahirkan sebagai anak "down syndrome" lahir pada 24 Mac 1988 di HSA JB, kehadirannya membawa rezeki melimpah ruah dalam keluargaku, bermulanya rezeki perniagaan yang sangat menguntungkan. Seorang yang boleh berdikari dan peramah. Sesiapa yang berjumpanya pasti tidak perasan syndrome yang dialaminya, mana taknya, dia boleh saja berjalan, buat kerja rumah, jemur baju, angkat baju, lipat baju, masak, basuh pinggan, dan banyak lagi. Angah cuma lemah daya ingatan dan percakapannya kurang jelas, misalnya jika ditanya pasal wang, dia cuma boleh cam nilai duit tetapi bila dia beli sesuatu dia tak pernah tahu berapa penjual akan memulangkan bakinya. Angah bersekolah di kiwanis JB kemudian di Sekolah kanak2 istimewa Jalan Gertak Merah Johor Bahru sehingga usianya 17 tahun. Selepas itu dia hanya duduk di rumah menemani kami. Mak ada juga bercadang untuk masukkan dia di asrama / pusat latihan warga kurang upaya untuk buat kraftangan / frozen food dan sebagainya tapi dihalang oleh aku. Aku risau bila angah tiada di depan mata. Biarlah dia duduk saja dirumah asalkan dia selamat.
Angah sangat mesra, semua pelanggan kedai mak aku pasti mengenalinya, mana taknya tah siapa2 sahaja dia menyapa. "sihat?" tak pun soalan familiar lain "tak kerja ke hari ni" ehh banyaklah dialog2 dia. Jiran baru, jiran lama semuanya dia tegur ^^
Aku sangat rapat dengannya memandangkan aku anak ke 3, aku di gelar ude, maklumlah along seorang yang garang, jadi bila angah perlu atau mahu apa2, dia akan beritahu aku. " Ude, belikan angah syampu sunsilk warna pink" " scarf pink " "pen pink" haiish teringat pulak. Angah suka warna pink, kalau tak pink dia pilih purple, tu warna favourite dia :)
Angah, banyakknya memori kita bersama. Dulu ude pernah buli angah, maafkan ude yer, kadang2 tak sabar, marah tak terkawal, maafkan ude angah. Sejak ude keluar asrama masa tingkatan 3, kita akan tidur sekatil di bilik, sejak itulah rapatnya kita berdua, Alhamdulillah semakin bertambah usia ini semakin ude mengerti menghargai seseorang yang hadir dalam hidup kita. Angah tidur berdengkur kan. Haha ude selalu marah, ude gerakkan kaki angah, pastu angah senyap, pernah sekali ude tersadar dari tidur angah tak bedengkur, ya Allah bederau rasa jantung ni, cepat ude letak tangan kat dada angah nak tahu bernafas ke tak, ude panggil nama angah, angah bangun. Leganya. Lepastu ude dah tak kisah angah bedengkur lagi. huhh T_T
Sebelum tidur angah selalu remind, "ude, baca ayat qursi lah, baca fatihah dengan doa tidur" hmm.. ude akan ingat sampai bila2 pesan tu, dia banyak ikut jejak mak, bila dengar azan terus ambil wuduk, dia bukan tahu semua bacaan dalam solat, tapi dia solat juga sebab dia tahu kalau islam wajib solat. Angah juga puasa bila tiba ramadhan, kadang2 lembik je terbaring, pernah juga mengusiknya, "angah minumlah air " dia tak mahu.. tapi senyap2 dia minum juga, tak apalah angah, angah tak wajib pun untuk puasa. Angah juga baca yasin dan ngaji al quran walau bacaannya salah. Angah bukanlah normal macam kita ni, jadi sebutannya pun kurang jelas, tak mengapa angah, Allah lebih mengetahui kan. Angah pantang nampak pengemis jalanan, pasti dia akan hulur duit walau seringgit pon. Dia kata kesian orang tu. Angah memang baik, tahniah mak & ayah sebab berjaya didik kami :)

Angah selalu ikut ude pergi mana2 kan, lepas ude dapat lesen motor, angah selalu cakap nak ikut. Ude bawak angah naik motor pusing quartes jelah. Kadang2 tak stabil dibuatnya. Lepas ude dapat lesen kereta sukanya angah kan. Boleh bawak angah jalan2, pergi shopping, makan luar, lagilah ude dah kerja, asal tahu ude cuti mesti angah ajak ude keluar kan :)
Bila angah dapat tahu ude nak kahwin, kemain tak suka mukanya, dia cakap angah tak setuju. Angah takut tidur sorang yer, adik pulak masa tu tinggal rumah atuk sebab form 6 kat kampung. Nasib baik lah dapat suami yang memahami, pandai bergurau, ambil hati angah, lama2 angah suka dan boleh terima. Alhamdulillah.
Dulu ude selalu pilihkan baju raya, kasut raya, beg, alat mekap dan macam2 untuk angah, semua tu tinggal kenangan. Ude suka buat facial kat muka angah, ude mekap kan angah. hehe Angah jugak sangat pandai mengurut sebab mak ada hantar dia ke kelas belajar mengurut. Kalau ude ngadu kaki sakit nanti angah urutkan. Angah selalu urut mak, mak kata tangan angah sedap mengurut. Terima kasih angah.
Sebelum ude dapat lesen motor, ude pergi balik sekolah dengan bas, sebelum balik rumah ude akan singgah beli roti pizza favourite angah kan, mak sampai marah asyik belikan angah piza jer, pastu ude cakap kat angah "cepat makan sebelum mak bangun tidur" sebab time ude balik sekolah tu selalunya mak memang sedang tidur (1-2 petang)
Ude jugak ade belikan raket set couple untuk kita berdua, angah warna kuning, ude warna biru, petang2 kita main badminton depan rumah.. lama2 lepas ude masuk poli kat Terengganu, takde siapa ajak angah exercise, angah pun makin membulat, makan tidur saje :D
Angah akan simpan no telefon ude kat beg duit kan, bila mak tidur atau takde kat rumah akan telefon ude, kadang2 terkejut bila tahu angah yang call. pandai rupanya dia tekan nombor tu.
Tahun 2013, dapat rebate hp, ude daftar untuk nama angah. Bila dah approved cepat2 print & photostat ic angah, bawak pergi kedai. beli hp ninetology color pink. Bukan main suka dia bila boleh main game, dengar lagu, kalau cek kat gallery hp tu macam2 jenis selfie ada, video angah rakam angah nyanyi pon ada. bila ude tengok balik. rindunyaaa ude kat angah. Awal tahun ni rasanya angah ngadu hp tu rosak, ude nak belikan baru tapi mak tak bagi, dia cakap nanti angah leka. Adik bagi tab kat angah, boleh jugak angah main game, tu pon asyik berebut dengan Dhaniah aje. Lepas angah pergi, ude saje try cas hp pink angah tu, lepastu ude try on, boleh pulak hidup, masyaAllah ...................... Angahhhhhhhhhhhh :(
Angah, ude janji takkan lupakan angah. Ude sentiasa ingat angah dalam doa ude. Angah, mak dan ayah terlalu rindukan angah, angah pun sayang mak dan ayah kan. Mak rindu sangat kat angah, mak sampai tak boleh tidur, makan tak berselera, hari tu mak masuk Hospital Pakar Puteri (KPJ) 3 hari, dari ahad sampai selasa (24-26 Mei 2015), angah doakanlah mak dan kami semua tenang, sabar dan tabah meneruskan hidup yer. Nanti angah pimpin tangan kami semua tinggal dalam syurga bersama angah yer. :(
Banyak lagi kenangan kita bersama. Ude terkilan angah pergi dulu sebab angah selalu cakap nak jaga baby ude. Ude dah pernah merancang nak ajak angah tinggal serumah dengan ude. Semua tu tak sempat angah :(
Ude kena relakan pemergian angah, walau perit hakikatnya.
Doakan kami sekeluarga tabah dalam meneruskan hari2 tanpa angah terutama mak yg melahirkannya. Terima kasih saudara yg hadir dan membantu pengurusan angah, terutama pak ude yang menguruskan pengkebumian angah di kampung. Kini angah ditempatkan di rumah kekal yg lebih baik dari rumah sebelum ini. Andai angah pernah menyakiti hati kalian / ambil barang & makanan tanpa izin saya merayu agar saudara sekalian memaafkannya dan menghalalkannya. Doakanlah dia setiap kali teringatkannya. Mudah2an dia juga turut mendoakan kesejahteraan kita yg masih hidup ini. Angah dilahirkan sebagai insan istimewa pastinya ada syurga istimewa untuknya. In Syaa Allah.Semoga kelak dia akan pimpin tanganku bersama tinggal di syurga. Terima kasih semua untuk doa dan ingatan.
Ya Allah, sampaikan salam rinduku padanya.
Setiap yang bernyawa pasti mati. Bersedialah kita semua dengan amalan kita dan berbuat baiklah dengan orang sekeliling kita. Mudah2an jika Allah jemput kita, kita dalam keadaan sedia menghadap sang pencipta Agung. Dari Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali.
Rehatlah angah sepuasnya..
Al fatihah..
LAHIR PADA :
24 MAC 1988
KHAMIS
06 SYAABAN 1408
MENINGGAL DUNIA PADA :
21 MEI 2015
KHAMIS
03 SYAABAN 1436
Kenangan bersama angah. |
Wassalam..
0 comments:
Post a Comment