30 December 2015

Beri Nama Untuk Anakku

0 comments
27 Sept 2015

Ayah dan ibu dah bincang dan buat keputusan untuk beri nama pada kamu. Kami terus ke JPN Kulai  petang tu untuk daftar kelahiran dan buat MYKID.

Muhammad Firhan Syahmi bin Safran Salihin

Makna : 

Muhammad -> Terpuji
Firhan -> Yang bahagia, Yang senang
Syahmi -> Mulia, berani, bijak

Sinopsis untuk anakku tentang namanya :
Ayahtok suruh ibu letak Muhammad pada nama kamu. Ayah kamu pulak  berminat sangat nama Firhan, ibu tanya ramai orang nak tahu makna nama Firhan tapi banyak jawapan yang mengatakan tiada makna, bila ibu buat research. Ibu jumpa 1 blog ni, blog nama bayi lelaki, katanya nama Firhan membawa maksud Yang bahagia / Yang senang. So ibu agree dengan nama itu lagipun nama ayah kamu Safran, adalah sikit lebih kurang nak sama. Nama Syahmi pun ayah kamu yang pilih. Ibu setuju sebab starting with "S" sama dengan ayah & ibu.

Anakku
Muhammad Firhan Syahmi ibu bangga lahirkan kamu di dunia ini, kamu sentiasa dalam doa ibu. Semoga kamu membesar dengan sihat, menjadi anak soleh dan berjaya di dunia & di akhirat. Semoga Allah SWT sentiasa meredhai perjalanan hidup kamu. Ibu sayang kamu.

 Hari ke 8 :)



17 December 2015

Kuning pada bayi baru lahir

0 comments
Hari ke-5 misi datang rumah untuk cek ibu dan baby, misi suruh bawak baby check up dekat klinik kesihatan kulai, esoknya (hari ke-6) aku bawak baby ke klinik, nurse kata paras kuning 10.4 dia bagi bawak balik baby and suruh datang lagi esoknya.

hari ke-7 datang lagi dan kali ni 8.6 jer. terus nurse mark up DISCHARGE.

so kat sini nak share petua untuk kuning baby, mak aku kata letak setitik dua susu ibu kat mata baby. Colet madu guna jari kat langit2 mulut dia. Ibu baby pun makan madu juga ye !

Pagi tu maktok ada mandikan baby dengan air rebusan pokok dukong anak. Rebus dengan akar kemudian campur air paip sampai suam2 tu buat mandikan baby.



Pokok dukong anak ni banyak khasiat & kegunaannya, nak dapat pun senang, kat tepi2 pasu, kat tanah kering, selama ni cabut buang jer, tak tahu pulak ada kegunaan yang penting. huhu. Nak tahu pasal pokok ni, boleh baca kat blog ni -> [KLIK SINI]

Alhamdulillah tu jer yang aku buat, risiko untuk bayi lelaki kena kuning ni tinggi, tapi Alhamdulillah lepas dah ikhtiar semua tu baby i OK, lega tak kena admit ward :)

04 December 2015

Menjadi Ibu (i)

0 comments




20/09/2015 (Ahad)

2 am 
 Aku bangun dari tidur untuk ke tandas tapi bila berdiri jer terus rasa ada sesuatu mengalir. Terus kejut abg. "Abg, ni air ketuban dah keluar, saya dah nak bersalin ni" Ya Allah bedebar betul rasa masa ni. Betul ker aku dah nak bersalin. Abg suruh tukar baju dan siap2 pergi hospital. Aku memang dah standby baju aku & baby dalam kereta sebab dah masuk 38 minggu. Amik buku pink kemudian kami gerak ke Hospital Kulai. Dalam kereta macam2 doa baca mohon Allah permudahkan segalanya.

Tiba di Hospital Kulai lebih kurang 2.30 am aku terus ke labour room untuk pemeriksaan jalan. Sister yang check up tu inform baru 1 cm jadi dia masukkan aku ke wad, dah kena admit wad :( sister bagi jumpa suami kejap untuk ambil barang. Jam pukul 3 am masa tu, aku suruh abg balik  lagipun dalam pukul 6/7 am abg kena pergi larkin ambil barang. haha kebetulan hari tu ayah mertua aku pos buah dari Jerteh. Menantu dia ni suka manggis tu yang besungguh ayah mertua pos manggis dari Jerteh. Bila dah masuk wad tiba2 rasa sedih, takut, cemas macam2 lah. 1st time aku admit wad, tengah pagi pulak tu. Tengok muka laki aku cam nak nangis, bila aku nangis jer, dia pon nangis skali. alolo sweet.. i tahu u risau kan.. i yang merasa ni lagiiilaaahhh risau.. :(

Masuk wad tu ada 8 katil. 3 katil kat situ ada baby, muka dah lega, yang belum ni muka cemas je, ada yang tidur, ada yang berjalan, ada sorang akak tu memang tunggu time jer, sebelah katil aku ni masuk wad sebab kencing kotor. Bila tengok jam memang sepatutnya time tidur tapi  time ni jugak lah tetiba perut laparrr... nak tidur pon tak lena.

Pukul 7 am - Sarapan datang. lega dapat makanan. Pastu mak ayah datang bawak air yang dah dibaca doa, biskut, kurma, kismis. Dapat jumpa pon kejap jer sebab bukan waktu melawat. Aku dapat tengok wajah mak & ayah sangat risau. Jelas mereka risaukan aku, sebak rasa bila cium pipi ayah & mak.  Lepas abg dah pergi larkin amik sekotak buah tu, abang datang hospital kulai bawak roti gardenia choco raisin. Abg masuk wad kejap hantar barang. Pastu dalam pukul 9 / 10 pagi tu aku duduk kat luar wad dengan abg. Sebenarnya bukan waktu melawat tapi aku tak bagi dia keluar.. saya nak abg ada dengan saya :)

Abg bagitahu dia dah bawak tuala, sabun, baju, kain pelikat semua siap2 dalam kereta masa keluar rumah pagi tadi. Dia nak stay kat Hospital je. Bila tanya nak tidur mana, dia cakap nak tidur kat kereta boleh, bawah pokok boleh, kat tempat duduk boleh. Nampak tak macho & romantik dia tu.. fuhh sweetttnya laki i. Terharuuunya i. Terima kasih abg ^_^

Tengah hari waktu melawat, mak datang bawa bubur, abg pun masuk wad juga bawa buah2 yang ayah mertua aku pos, ada manggis & dukong. Abg dengan mak duduk kat wad dari mula waktu melawat sampai habis. Mak cakap dia tak nak balik rumah, dia nak pergi TJ Mart lepastu  datang balik stay hospital sampai waktu melawat petang pulak.

Semakin lama rasa semakin cemas pulak, Sakit ni pon datang dan pergi (contractions) mulut ni dah macam2 zikir. Ya Allah permudahkanlah urusanku melahiran anak dalam kandunganku ini.Waktu melawat petang tu mak datang bawak macam2 buah. Muka mak risau sangat, laki aku
jangan cakaplah risau dia macam mana, macam dia yang nak bersalin. huhu nasib baik hari ahad dia memang tengah cuti. Abang jumpa sister tanya progress aku, sister kata kalau jalan tak buka lagi terpaksa hantar HSA. Lepas waktu melawat petang tu, sister panggil masuk bilik rawatan untuk cek jalan, malangnya baru 2cm.  Sakit semakin rasa. Rasanya contractions tu 15 min sekali. Sampai tertidur dibuatnya.

Pukul 10pm rasanya aku dipanggil untuk cek jalan. Sister kata masih sama dan dia tengah siapkan dokumen aku untuk hantar ke HSA. Masa ni aku rasa sakit contractions ni makin kuat. Kejap datang kejap pergi macam sakit period, senggugut tu :(

 Lebih kurang pukul 12 tengah malam tu aku dipanggil untuk siap2 ke HSA. Nurse suruh panggil suami untuk bawa barang2 ke HSA. Abg datang dengan muka risau. hmm T_T Abg pergi dengan kereta, aku naik ambulans. Ok for the first time naik ambulans ni.  perasaan yang sangat tak
seronok. Dalam tu rasa ngantuknyaa macam telan pil tidur huhu


21/09/2015 (Isnin)

Sampai kat HSA aku terus di bawa ke bilik saringan, adehhh cek jalan lagi :( grr dia cakap baru 3 cm, aku kena masuk wad dulu. Kat bilik saringan sangat lama,  boleh beku kat situ. Aku tak ingat specific time pukul berapa tapi agak2 dalam pukul 1 lebih ke 3pagi kot. tah. haha HSA sangat busy dan full dengan patients, so kalau dah masuk sini jangan nak komplen banyak, aku perati semua HO, MO, Staff nurse diorang kerja memang akan bagi yang terbaik untuk patients. Katil dari 2 lane jadi 3 lane, ramai amat rasa macam tak percaya ada kat spital HSA.

Pukul 4 atau 5lebih macam tu aku masuk wad. katil pun hujung dunia, abg kena keluar wad tak boleh tunggu. wad perempuan kann. aku baring kat katil sampai ler tertidur kejap. Doc rounding pukul 6 lebih, aku kena kejut.. ciss kacau betul, badan sangat penat dan lapar :(
dia suruh masuk bilik untuk cek jalan, masih sama. Dia cakap nak pecahkan air ketuban lepastu hantar ke labour room. Aku ada dengar cerita org cakap jangan bagi doc pecahkan air ketuban, isshh aku kompius betul dengan situasi masa tu. Dah lah sakit, badan letih. aku ikutkan jelah apa
dia nak buat. Rasa tak sabar dah nak bersalin, nak jumpa baby^^

Hmm nak pecahkan air ketuban tu kena seluk lagi. makk aiihh sakitnya :( Lepastu aku duduk kat wheelchair, amik barang baby dan nurse hantar ke labour room, dah bagitahu abg, dia tunggu kat labour room, jam baru 7 lebih. Aku ingat no bilik tu no 13. Staff nurse cakap dah masuk situ
tak boleh makan, dia bagi air masak jer..

Abg datang teman kat sebelah. kesian dia tak sarapan lagi, bila aku suruh keluar makan dia tak nak, nak teman katanya, masa ni aku rasa bertuah sangat dapat suami macam dia. Sangat caring ok !! Very supportive, macam2 kata semangat dia bagi, dia doa, baca surah2, zikir. Sampai aku tertidur keletihan menahan sakit, bila jaga tengok mata dia berair, dia nangis tapi cover2 :p Contractions tu makin kerap membuatkan abg pon tak senang duduk, Doc cakap jalan belum buka lagi, dia bagi masa untuk cuba cara normal. Masa ni aku pon tak ingat dah berapa kali kena seluk cek jalan, hmm sakit tapi takde pilihan selain merelakan aje. Kalau tak silap Doc rounding pukul 9am &  4pm.  

Muka abg memang jelas letih, mata merah tak cukup tidur, aku suruh dia keluar beli makanan dan solat zuhur skali, sampai tak makan nasi sebab nak cepat datang semula kat aku. so sweet dear. TQVM. Sakit sangat kerap sampai nak bukak mata pon tak larat. Seingat aku waktu tu petang nak ke maghrib, pukul 6 lebih camtu, mengadu kat abg, sampai dia skali menangis tengok aku yang sakit ni. Ya Allah inikah yang mak rasa dulu sewaktu melahirkan aku........

Kali ni sakit macam 2 minit sekali, punyalah tak tahan, pukul 7 lebih macam tu Doc pakar datang untuk confirmation, dia cek jalan cuma 5 cm, dia dah baca semua report then lastly dia decide to transfer to OT, memang kena tunggu pengesahan dari dia jugak baru boleh ke OT. Aku pasrah kali ini, kalau inilah takdirnya, aku rela perutku dibelah untuk selamatkan zuriat ku, buatlah apa sahaja asalkan bayiku selamat. Abg maafkan saya, doakan saya, kalau jadi apa2, jagalah anak kita. Saya sayang abg, haa terus meleleh laki aku, dia bisik kat telinga aku, "abg maafkan syg, abg syg awak jugak." sebelum tu aku dah sms dgn mak, mintak maaf segala dosa aku kat mak dan ayah. ok time ni memang jiwa. ****andainya aku pergi dahulu

8.15 pm macam tu aku di tolak ke OT, kat ruang menunggu tu terpandang mak, mak & abg ikut hantar sampai ke pintu OT. Sedih sangat tengok muka mak. mak remind lagi, zikir dan doa banyak2 ude.

8.20 pm Aku di masukkan ke dalam bilik OT, bilik OT 8 rasanya. Dinding kaler hijau bright tu. doc suruh duduk untuk inject belakang. dia bius separuh badan.

8.30 pm, aku baring dan operation bermula. Bilik OT sangat sejuk sampaikan jari2 aku menggigil, sebabkan dah bius separuh badan, bermula paras dada sampai ke jari kaki rasa kebas, tak rasa apa pun. Mata still boleh celik and look around, tangan tak boleh angkat sebab dia dah balut dengan macam2 wayar dan alat2. jari2 boleh gerak.. Aku siap cakap kat doc, tolong tutup tangan saya, sejukkkk..

8.45pm
Aku terdengar beberapa staff menyebut Alhamdulillah kemudian aku terdengar suara bayi merengek perlahan, ada juga bunyi seperti tersedak sedikit. Dalam hati ini terdetik adakah bayiku telah selamat dikeluarkan. Mulut tidak henti zikir Alhamdulillah, tak sabar nak tahu anak ini
perempuan atau lelaki maklumlah setiap kali scan tidak pernah jelas. Seorang staff membawa bayi itu dekat dengan kepalaku, dia berbalutkan kain bewarna hijau lembut, hanya nampak wajahnya sahaja, Maha suci Allah, dialah sebaik2 pencipta, bayi itu sangat comel dan putih bersih. Staff itu
berkata "Tahniah puan, ini bayi puan. Silalah cium dia, staff itu mendekatkan kepala bayi dekat mulutku," Perasaan waktu itu sangat lega dan terharu. Alhamdulillah. Tak sabar untuk memeluknya. Aku bertanya kan staff itu baby girl / boy, dia pun berkata "sabar ye puan, saya tak boleh bagitahu,
puan kena lihat sendiri", dia pun menyelak kain yg berbalut pada badan bayi itu dan menunjuk kepadaku. aku menjawab sambil tersenyum "baby boy"

9pm
operation selesai.. menunggu untuk di hantar ke wad, baby dihantar ke wad baby untuk pantauan. Memang prosedur hospital jika anak kita lahir secara pembedahan anak akan ditempatkan dalam wad baby untuk dipantau. Lagipun si ibu kan masih sakit dan bius belum hilang. Tak sabar rasanya nak jumpa suamiku :) Bila dah masuk wad, aku hanya terbaring dengan kaki tak boleh gerak. Ubat bius ni 6 jam baru hilang. Seksa jugak bila tak boleh gerakkan kaki.. huhu Tunggu2 bilalah abg nak datang cari saya :( nak call hp takde. sebab dah bagi pada dia. tunggu punya tunggu akhirnya MY SUPERMAN muncul dengan senyuman yang sangat cool & macho. Dia cium sambil bisikkan terima kasih lahirkan anak abg. Tadi abg dah jumpa baby kat wad dan dah azankan dia. abg cakap baby baik, tak nangis pon masa dia pegang :)

**masa ni kan, suara suami aku memang suara yang super excited yang haiihh tak tahu nak terangkan tapi dia macam suka  sangat dia jadi ayah**

i pulak wish kat u. Tahniah dah jadi ayah :) :)

Mintak tolong abang suapkan air sebab takde straw masa tu, betapa hausnya tekak ini dari tadi. Abg cakap dia dah naik wad cari aku tapi salah katil. Dia tunggu aku kat katil yang aku masuk pagi tadi.. sedangkan lepas Operation aku diletakkan dikatil yang lain.. patutlah tak berjumpa. . Malam tu abg tidur kat ruangan menunggu kat bawah, sebab aku dah bersalin, dia punya tidur sangatlah lena walaupun kat kerusi jer, punyalah banyak kali aku call tak jawab.. aku nak bagitahu dia yang aku  laparrrr.

22/09/2015 (Selasa)

Lepas subuh abg datang kejap, masa tu aku suruh dia pegang aku nak bangun.

Ya Allah :(
Lepas habis ubat bius tu sakitnya rasa perut ini.. dah lama sangat terbaring nak diri tak boleh. Abg tak putus asa bantu untuk bangun, kejap aku rebah semula. Terbaring di katil.. sakitnya nak duduk. Cuba perlahan2 dan banyak kali akhirnya baru boleh duduk. Dari duduk nak berdiri pulak
kemain payah. sakitnya :( tapi kalau terbaring saja bila nak  baik. Memang slow2 aku gerakkan jugak badan ni. sakitt wehh kat tempat operation tu :( :(

Ada staffnurse datang, dia suruh abg keluar wad kejap sebab doc nak rounding pagi tu. Aku baring semula sambil gerak2 kan kaki, cuba bangun perlahan. Akhirnya aku boleh berdiri. Sakit letak tepi kejap. Hmm Aku cuba jalan pergi tandas, jalan sikit sikit..selangkah2.. lagipun nak tukar pakaian sebab banyak darah kena baju dan kain. Alhamdulillah sampai jugak ke tandas hujung banggunan tu. :) gigih sangat melangkah, sangat tertib okk.

Tengah hari waktu melawat mak dan abg datang. Kami bertiga ke wad baby, Abg pinjam wheelchair, tapi sampai kat wad baby mak tak dapat masuk sebab hanya ibu bapa baby jer boleh. Mak suruh angkat baby sebab dia nak tengok dari jauh... tapi baby dalam cubicle tu doc tengah masukkan antibiotik guna tiub tu so tak dapat angkat. Ibu dan ayah  boleh tengok dan cium jer. Masa tu anak ibu tidur lena betul :) 

Mak balik rumah tapi abg masih tunggu kat hospital. Nurse datang dan suruh aku berkemas, aku kena berpindan ke pusat bersalin banggunan lain. Dia cakap kalau dah masuk situ confirm esok boleh balik. Suka betul dengar. Waktu melawat petang tu abg ajak lagi pergi wad baby :) Nurse cakap maybe petang tu baby dah boleh tinggal dengan ibu. yeayyyy :) Nurse suruh abg ambil baju & blanket baby. Abg balik wad ambil baju lepastu ibu salinkan baju and pampers baby ibu ni. 1st time syg, ibu dapat pegang erat kamu. Wanginya kamu seperti wanginya syurga. kamu sangat suci dan bersih. Selamat datang melihat dunia ciptaan illahi, dunia yg banyak ujiannya, selamat menempuhi liku2 kehidupan ini. Ibu doakan moga kamu menjadi anak soleh dan hamba yg sentiasa mentaati perintah sang penciptamu Allah s.w.t.

Ibu cek pampers, kamu poo2 eh. haha kat situ jugaklah kali pertamanya ibu salinkan kamu pampers :) ibu pakaikan kamu baju. ibu cium kamu. kamu hanya berjaga sekejap kemudian tidur semula. Ibu kembali ke wad.  pukul 8 lebih malam tu seorang nurse datang membawa baby. wahhh baby ibu dah discharged wad. Ayah datang wad kejap hantar air kalau tak silap. ayah tengok baby jugak. hihi. malam tu anak ku di sisi.



Anak ibu menangis malam, masatu pukul dalam pukul 1 pagi. Suara sangat nyaring. Panik di buatnya, baby lapar, aku bagi susu badan malangnya susu tak ada. Baby menangis kuat, ibu terpaksa bagi kamu hisap tapi ibu letak madu. kamu senyap kemudian nangis lagi, mungkin baby ibu ni lapar. Nurse datang sampai marah ibu sebab tak behentikan
kamu nangis. Geram betul ibu dengan nurse tu. Ibu takde pilihan lain, ibu calit madu kat jari kemudian bagi kamu hisap, ibu letak madu kat langit2 kamu, ibu basahkan lips kamu dengan air.. akhirnya kamu tidur.. Ibu panik lah sayang, kamu lapar tapi ibu tak ada susu. Aku berjaga sampailah kepagi. Ngantuknya rasa z_z

23/09/2015 (Rabu)

Pagi2 abg datang hantar handphone, kat wad tak boleh cas HP. huhu nasiblah -.- ada doc rounding pagi tu, aku pon tanyalah "saya boleh balik tak?" dia cakap kalau u sihat boleh balik. haha sambil senyum2. Baby tidur jer dari pagi sampai tengah hari. Ada jugak nangis sikit2. suara nyaring jer, haha comel tapi kadang2 gabra jugak aku.

Abg cakap pagi tu dia akan ke larkin ambil mak & ayah mertua aku datang dari Jerteh. Wahh datang sebab nak tengok cucu sulung :) Alkisah nak jadi cerita, battery kereta weak tak boleh start, abg call mak suruh ke larkin untuk ambil mak & ayah mertua aku. Mak datang dengan abang zani.  Lepastu diorang semua ke HSA. Abg ajak abg zani pergi beli battery kereta.  Mak masuk kejap hantar susu kambing suruh aku minum untuk bantu banyakkan susu badan lepastu dia balik sebab abg zani kerja.Tengah hari waktu melawat, mak & ayah mertua aku pun datang masuk wad melawat aku dan cucunya. Maka dengan rasminya dapatlah diorang pangkat atok. hehe sister suruh abg uruskan pembayaran bil.  Lama jugak menunggu proses nak keluar tu. Pukul 3 pm rasanya discharged. Kami semua balik rumah.

4pm - Alhamdulillah selamat sampai rumah, Selamat datang orang baru, moga kehadiranmu menambahkan lagi seri keluarga ini, moga bertambah rezeki dan yang penting menjadikan keluarga kita bahagia :)


Coretan dibuat selepas habis pantang dan dah mula kerja,  tulis time kat office sambil layan perasaan. Cuti pantang 2 bulan, Hilang 10 kg sebab letih berjaga malam, Syahmi kuat nangis. Dah bawa jumpa doktor, takde masalah kesihatan, doktor kata semua normal. Dah bawa berubat pon tak jadi apa.. Maktok cakap awak sama dengan ibu masa baby.
Cukup 2 bulan 2 minggu baru tidur malam lena..
Mak bidan kata kalau masa kecil susah dijaga esok besar inilah yang paling rapat dan boleh diharapkan. Semoga betul katanya.

Kisah Pengorbanan Ibu.

02 August 2015

First Year Anniversary

0 comments






Alhamdulillah syukur. Setahun sudah mahligai cinta dibina. Terima kasih abg kerana menjadi pelengkap hidup ini. Terima kasih kerana ada tika suka dan duka. cehh haha.
Kebetulan Anniversary kita hari ahad, abg cuti dan saya cuti, jadi kita merancang untuk jalan2.
Pagi2 dah bangun, kena pergi klinik untuk check up baby. Lepastu kita gerak menuju ke Tanjung Balau Desaru :)









Sebab panas terik, tak jadi mandi laut, karang legam pulak. haha Jadinya kami hanya duduk santai tepi laut, makan aiskrim, masuk muzium nelayan, lepak kedai minum coconut shake. Pastu balik rumah. Malam tu abg ajak dinner kat Restoran Tomyam Ramai-Ramai Senai . piwwitt piwwiit.. :D



TERIMA KASIH CINTA 
I LOVE U 
VERY VERY MUCH MUCH
 ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 

27 July 2015

Pemergian Tok Ayah

0 comments
27 Julai 2015 

Tok ayah sebelah suami.
Telah pergi buat selamanya.
Kembali kepada penciptaNya.
Tok ayah dalam ingatan. 

Allahyarham Abd Rahman bin Hassan
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh disisinya. 
Amin Ya Allah


Birthday Aimi Dhaniah

0 comments
27 Julai 2015
SELAMAT HARI LAHIR YG KE-6
NUR AIMI DHANIAH BINTI MOHD ROZANI

Aunty doakan semoga kamu membesar dengan sihat, berjaya di dunia & di akhirat. 






18 July 2015

Kisah Raya Kedua

0 comments
2 Syawal 1436
Sabtu
Walaupun ni 2 syawal, nilah raya pertama untuk aku memandangkan semalam, 1 syawal aku kerja. Lepas balik kerja terus balik kampung ayah kat Pontian. Atok dah tak ada tapi adik beradik ayah pakat berkumpul raya bersama kat rumah atok tahun ni.

Ni gambar kami pagi 2 syawal. Abg takde sebab raya kat kampung dia, Abg Zani pulak kena kerja raya kedua.


Kami gerak ke Benut pagi tu, nak raya rumah saudara belah mak pulak, kami singgah sekejap dekat tambak pontian, banyak dah berubah. Tengah hari terik pon sempat jugak bergambar walau mata  terpaksa sepet tahan silau.. haha


Kat Sanglang, Pontian, singgah 3 rumah pakcik ayah lepastu kat Ayer Baloi singgah rumah pakcik mak. Lepastu kami gerak ke Kg. Lama Benut. Sempat beraya rumah atok long jer sebijik lepastu along ajak balik, katanya penat berjalan. 
Kami balik rumah tiba2 along jerit bagitahu air ketuban dah pecah, masa tu ada mak long, mak long cakap relax2.. so kitorang pon teramatlah relax sempat solat asar, makan2.. Along cakap air makin banyak keluar, ok bermulalah detik panik.

Masa tu ayah kat rumah mak tok, mak call ayah suruh balik cepat, petang tu jugak ayah pecut kereta dengan lajunya menuju ke Hospital Kulai, mak kata Hospital Pontian leceh. lagi pon kalau jadi apa2 confirm2 Hosp Pontian hantar ke Hosp JB. Diorang pergi bertiga, mak cerita ayah pecut hingga 140-150 kat highway, yang along pulak terjerit2 sakit, mak call abg zani suruh pergi hosp Kulai. Punyalah dramatik macam cerita dalam tv pulak. huhhh

Tinggallah aku, nana, sabrina dan dhaniah kat kampung, kami kemas2 barang masuk kereta terus singgah pusara Angah kejap lepastu singgah rumah maktok kejap dan balik Senai.

Telefon ni sentiasa berbunyi sebab saling contact dengan mak. Akhirnya lepas solat maghrib kami dikhabarkan berita gembira. Alhamdulillah lahirnya seorang anak saudara lelaki baru yang kami nanti2 kan selama ini. maklumlah dah 2 anak saudara dalam keluarga ni perempuan :)

Arwah angah pasti gembira sebab ini yang dia selalu cakap. Anak along lelaki. Ya Allah sedinhnya rasa, angah tak sempat tengok anak along, apalagi anak aku yang  bakal menyusul lahir. hmm

Tadaaaaa ni dia hero syawal :)
Mohamad Aidil Behzad bin Mohamad Rozani


Semoga menjadi anak soleh,
Mentaati peritah Allah, Meninggalkan larangannya,
Menghormati ibu bapa dan orang tua,
Berjaya di Dunia dan di Akhirat.

Lepas ni turn aunty pulakkk.. huaaaa T_T'

17 July 2015

Hari ini Aidilfitri

0 comments


Hari ini Aidilfitri
Ku  hanya sendiri
Tanpa suami di sisi
Bertugas dari pagi
Menangis dalam hati

Mungkin esok kembali ceria
Tapi tak sama kerna tiada dia
Angah pergi selamanya
Hanya mampu berdoa
Semoga arwah bahagia di sana

Itulah namanya suka dan duka
Datang pergi tak dijangka
Moga kita sentiasa bersedia



18 June 2015

Ramadhan 1436

0 comments
1 Ramadhan 1436
18 Jun 2015
Khamis
 
Selamat datang Ramadhan, bulan penuh ampunan.
Selamat datang Ramadhan, bulan penuh ganjaran.




 ♪♫♩♬ ♪♫♩♬ ♪♫♩♬ ♪♫♩♬ ♪♫♩♬

Allah jadikan Ramadhan bulan penuh berkah.
Allah jadikan Ramadhan bulan penuh rahmah.
Perbanyaklah ibadah, jangan lupa sedekah.
Perbanyaklah tadarus, jangan lupa selawat.

  ♪♫♩♬ ♪♫♩♬ ♪♫♩♬ ♪♫♩♬ ♪♫♩♬

Aku suka sangat lagu Marhaban Ya Ramadhan Oleh Haddad Alwi ni, sebabnya budak2 pon nyanyi, suara diorang semua tu comelnyaaa..... geram ! hehe banyak lagi lagu nasyid lain berkenaan ramadhan dan kelebihan ramadhan. Bila dengar lagu2 nasyid camni maknanya dah sampailah bulan ramadhan. Kalau dengar lagu raya pulak maknanya tak lama lagi bulan syawal lah tu :)

Alhamdulillah tahun ni pertama kalinya puasa bersama suami tersayang, semangat bangun awal nak masak nasi untuk sahur. Sahur hari pertama dimulakan dengan menu tomyam & telur dadar. Simple2 sahaja ☺ Bersyukur sebab suami tak memilih makan, 1 lauk pun cukup.. Nak berbuka sama tak sempat di sebabkan aku kerja shift, tapi abg tetap tunggu untuk makan bersama. huhh so sweet my kanda


Lepas buka puasa, kami solat maghrib di rumah kemudian ke surau Taman Aman untuk solat Isya dan Tarawih. Semoga kita terus cekal melakukan ibadah hingga akhir Ramadhan dan bulan2 seterusnya. InsyaAllah :)
Ibnu faris menyebut asal perkataan yang pangkalnya ra’-mim-dha’ bermksud: “ ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya”. Ramadh bermakna “kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari”. Al Raghib menyebut: “Ramadhan dari perkataan ramadh iatu teruknya kesan panas matahari”. Kata assamin alhalabiy tentang sebab dinamakan ramdhan : “ kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. Ada pula yang berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.” Al Qhadhi Abu Yaala al Farraa’ menyebut tentang rahsia penamaan ramadhan :” dikatakan bahwa sebab dinamakan ramadhan kerana ianya membakar dosa-dosa dan menyahkannya”.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

n cahaya matahari”. Al Raghib menyebut: “Ramadhan dari perkataan ramadh iatu teruknya kesan panas matahari”. Kata assamin alhalabiy tentang sebab dinamakan ramdhan : “ kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. Ada pula yang berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.” Al Qhadhi Abu Yaala al Farraa’ menyeb

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Ibnu faris menyebut asal perkataan yang pangkalnya ra’-mim-dha’ bermksud: “ ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya”. Ramadh bermakna “kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari”. Al Raghib menyebut: “Ramadhan dari perkataan ramadh iatu teruknya kesan panas matahari”. Kata assamin alhalabiy tentang sebab dinamakan ramdhan : “ kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. Ada pula yang berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.” Al Qhadhi Abu Yaala al Farraa’ menyebut tentang rahsia penamaan ramadhan :” dikatakan bahwa sebab dinamakan ramadhan kerana ianya membakar dosa-dosa dan menyahkannya”.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

28 May 2015

Coretan Pemergian Angah

0 comments
 Sudah seminggu angah pergi tinggalkan kami buat selamanya. Aku masih terkejut dgn pemergian angah yg tak disangka. Baru sahaja kami makan bersama raikan birthday Safran. Aku juga terkilan sebab tiada di sisi angah semasa hembusan terakhirnya. Kami rapat sangat. Kehilangan dia betul2 terasa. Dia selalu cakap sambil pegang perut ini "baby ude perempuan ke lelaki? Nanti angah nak jaga baby ude. " itulah ungkapan setiap kali kami berjumpa. Aku redha dia pergi. Allah lebih sayangkannya.


Khamis 
21 Mei 2015, 10.10 am

Aku sedang bekerja, dapat panggilan dari mak mengatakan angah dah takde, Allahu Rabbi. Longlainya rasa, gelapnya dunia, dengan suara mak yang terketar2 dan menangis aku dapat rasakan ini benar, ini hakikatnya, terus aku minta kebenaran kak hus as hou untuk balik emergency. Aku baru dapat tahu malam semalam yang mak dan angah keracunan makanan lepas makan nasi lemak kat seminar motivasi. Mak kata dia dan angah demam teruk dan cirit birit. Dia dah pergi klinik dan makan ubat. Panggilan tu betul2 buat aku rasa terkejut dan tidak percaya.
 "Ya Allah benarkah angah dah tak ada. benarkah khabar ini? :( "

 Aku call suamiku memaklumkan khabar sedih ini. Dia pesan "baik2 memandu sayang, awak ada baby" sepanjang perjalanan mulut ini tidak henti istigfar, "ya Allah benarkah kau sudah menjemput angah." Pukul 11 pagi ude sampai di rumah, orang ramai menziarah angah, aku melangkah masuk ke ruang tamu, ku lihat sebujur jasad tidak bernyawa terbaring di atas tilam ditutupi dengan kain batik, itulah hakikat yang aku kena terima. Kali ni aku menyaksikan angah baring tak bernyawa, angah tidur selamanya. 2 anggota polis datang ke rumah untuk buat penyiasatan, dia kata jenazah angah perlu dibawa ke hospital kulai untuk pengesahan doktor memandangkan angah masih muda, meninggal di rumah dan ia dikira sebagai mati mengejut. Ayah akur lalu membenarkan pihak hospital membuat pemeriksaan, setiba di hospital doktor beritahu angah perlu dibedah siasat "post mortem", penat mak merayu jangan dibedah anaknya tapi akhirnya terpaksa juga akur kerana itulah prosedure mereka.

Selesai post mortem lebih kurang pukul 3.30 - 4 petang, doktor mengesahkan punca sebenar kematian angah adalah serangan radang paru-paru "pneumonia". Angah dibawa ke ruang persiapan  jenazah, kami adik beradik, mak dan makcik2 ku serta ada 2 wanita bahagian pengurusan jenazah islam memandikan angah. Air mata tak henti mengalir, "angah... inilah terakhir kalinya ude pegang badan angah, izinkan ude mandikan angah, ude ambilkan wuduk untuk angah." Ya Allah tabahkan aku :(

Sesudah itu, angah dikapankan. Angah, itulah pakaian paling bersih dan cantik bila kita nak menghadap illahi, nanti ude pon begitu. Dah masuk waktu asar, kami solat dan kemudian solatkan angah. Ayah buat keputusan untuk kebumikan angah di Tanah perkuburan Islam di kampung.

Lebih kurang jam 5.30 petang segala urusan hospital telah selesai, angah naik van jenazah, adik dan mak temankan. Kami semua gerak ke Masjid Benut, Pontian, disana semua saudara mara telah berkumpul menanti angah.  Pak ude dah siapkan segala urusan pengkebumian, disebabkan tiba pun hampir maghrib, pak ude beritahu ayah supaya kebumikan angah selepas maghrib sahaja, lagipula, boleh jemaah masjid solatkan angah. Alhamdulillah ramainya solatkan angah, ramai doakan angah. Angah di bawa ke tanah perkuburan islam Kampung Parit  Abd Rahman Benut, Pontian.

Selesai kebumikan angah dan imam membaca talkin, kami tinggalkan angah. Angah, inilah tempat tinggal angah yang lebih baik dari rumah kita. Nanti ude juga ke situ. Ude tinggalkan angah, esok ude datang lagi. 
Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah  Ya Allah
...............................................................

Angah, nama sebenarnya SITI MUNIRA BINTI JUMÁT dia dilahirkan sebagai anak "down syndrome" lahir pada 24 Mac 1988 di HSA JB, kehadirannya membawa rezeki melimpah ruah dalam keluargaku, bermulanya rezeki perniagaan yang sangat menguntungkan. Seorang yang boleh berdikari dan peramah. Sesiapa yang berjumpanya pasti tidak perasan syndrome yang dialaminya, mana taknya, dia boleh saja berjalan, buat kerja rumah, jemur baju, angkat baju, lipat baju, masak, basuh pinggan, dan banyak lagi. Angah cuma lemah daya ingatan dan percakapannya kurang jelas, misalnya jika ditanya pasal wang, dia cuma boleh cam nilai duit tetapi bila dia beli sesuatu dia tak pernah tahu berapa penjual akan memulangkan bakinya. Angah bersekolah di kiwanis JB kemudian di Sekolah kanak2 istimewa Jalan Gertak Merah Johor Bahru sehingga usianya 17 tahun. Selepas itu dia hanya duduk di rumah menemani kami. Mak ada juga bercadang untuk masukkan dia di asrama / pusat latihan warga kurang upaya untuk buat kraftangan / frozen food dan sebagainya tapi dihalang oleh aku. Aku risau bila angah tiada di depan mata. Biarlah dia duduk saja dirumah asalkan dia selamat.

Angah sangat mesra, semua pelanggan kedai mak aku pasti mengenalinya, mana taknya tah siapa2 sahaja dia menyapa. "sihat?" tak pun soalan familiar lain "tak kerja ke hari ni" ehh banyaklah dialog2 dia. Jiran baru, jiran lama semuanya dia tegur ^^

Aku sangat rapat dengannya memandangkan aku anak ke 3, aku di gelar ude, maklumlah along seorang yang garang, jadi bila angah perlu atau mahu apa2, dia akan beritahu aku. " Ude, belikan angah syampu sunsilk warna pink"  " scarf pink " "pen pink" haiish teringat pulak. Angah suka warna pink, kalau tak pink dia pilih purple, tu warna favourite dia  :)

Angah, banyakknya memori kita bersama. Dulu ude pernah buli angah, maafkan ude yer, kadang2 tak sabar, marah tak terkawal, maafkan ude angah. Sejak ude keluar asrama masa tingkatan 3, kita akan tidur sekatil di bilik, sejak itulah rapatnya kita berdua, Alhamdulillah semakin bertambah usia ini semakin ude mengerti menghargai seseorang yang hadir dalam hidup kita. Angah tidur berdengkur kan. Haha ude selalu marah, ude gerakkan kaki angah, pastu angah senyap, pernah sekali ude tersadar dari tidur angah tak bedengkur, ya Allah bederau rasa jantung ni, cepat ude letak tangan kat dada angah nak tahu bernafas ke tak, ude panggil nama angah, angah bangun. Leganya. Lepastu ude dah tak kisah angah bedengkur lagi. huhh T_T

Sebelum tidur angah selalu remind, "ude, baca ayat qursi lah, baca fatihah dengan doa tidur" hmm.. ude akan ingat sampai bila2 pesan tu, dia banyak ikut jejak mak, bila dengar azan terus ambil wuduk, dia bukan tahu  semua bacaan dalam solat, tapi dia solat juga sebab dia tahu kalau islam wajib solat. Angah juga puasa bila tiba ramadhan, kadang2 lembik je terbaring, pernah juga mengusiknya, "angah minumlah air " dia tak mahu.. tapi senyap2 dia minum juga, tak apalah angah, angah tak wajib pun untuk puasa. Angah juga baca yasin dan ngaji al quran walau bacaannya salah. Angah bukanlah normal macam kita ni, jadi sebutannya pun kurang jelas, tak mengapa angah, Allah lebih mengetahui kan. Angah pantang nampak pengemis jalanan, pasti dia akan hulur duit walau seringgit pon. Dia kata kesian orang tu. Angah memang baik, tahniah mak & ayah sebab berjaya didik kami :)


Angah selalu ikut ude pergi mana2 kan, lepas ude dapat lesen motor, angah selalu cakap nak ikut. Ude bawak angah naik motor pusing quartes jelah. Kadang2 tak stabil dibuatnya. Lepas ude dapat lesen kereta sukanya angah kan. Boleh bawak angah jalan2, pergi shopping, makan luar, lagilah ude dah kerja, asal tahu ude cuti mesti angah ajak ude keluar kan :)

Bila angah dapat tahu ude nak kahwin, kemain tak suka mukanya, dia cakap angah tak setuju. Angah takut tidur sorang yer, adik pulak masa tu tinggal rumah atuk sebab form 6 kat kampung. Nasib baik lah dapat suami yang memahami, pandai bergurau, ambil hati angah, lama2 angah suka dan boleh terima. Alhamdulillah.

Dulu ude selalu pilihkan baju raya, kasut raya, beg, alat mekap dan macam2 untuk angah, semua tu tinggal kenangan. Ude suka buat facial kat muka angah, ude mekap kan angah. hehe Angah jugak sangat pandai mengurut sebab mak ada hantar dia ke kelas belajar mengurut. Kalau ude ngadu kaki sakit nanti angah urutkan. Angah selalu urut mak, mak kata tangan angah sedap mengurut.  Terima kasih angah.

Sebelum ude dapat lesen motor, ude pergi balik sekolah dengan bas, sebelum balik rumah ude akan singgah beli roti pizza favourite angah kan, mak sampai marah asyik belikan angah piza jer, pastu ude cakap kat angah "cepat makan sebelum mak bangun tidur" sebab time ude balik sekolah tu selalunya mak memang sedang tidur (1-2 petang)

Ude jugak ade belikan raket set couple untuk kita berdua, angah warna kuning, ude warna biru, petang2 kita main badminton depan rumah.. lama2 lepas ude masuk poli kat Terengganu, takde siapa ajak angah exercise, angah pun makin membulat, makan tidur saje :D

Angah akan simpan no telefon ude kat beg duit kan, bila mak tidur atau takde kat rumah akan telefon ude, kadang2 terkejut bila tahu angah yang call. pandai rupanya dia tekan nombor tu.

Tahun 2013, dapat rebate hp, ude daftar untuk nama angah. Bila dah approved cepat2 print & photostat ic angah, bawak pergi kedai. beli hp ninetology color pink. Bukan main suka dia bila boleh main game, dengar lagu, kalau cek kat gallery hp tu macam2 jenis selfie ada, video angah rakam angah nyanyi pon ada. bila ude tengok balik. rindunyaaa ude kat angah. Awal tahun ni rasanya angah ngadu hp tu rosak,  ude nak belikan baru tapi mak tak bagi, dia cakap nanti angah leka. Adik bagi tab kat angah, boleh jugak angah main game, tu pon asyik berebut dengan Dhaniah aje. Lepas angah pergi, ude saje try cas hp pink angah tu, lepastu ude try on, boleh pulak hidup, masyaAllah ...................... Angahhhhhhhhhhhh :(

Angah, ude janji takkan lupakan angah. Ude sentiasa ingat angah dalam doa ude. Angah, mak dan ayah terlalu rindukan angah, angah pun sayang mak dan ayah kan.  Mak rindu sangat kat angah, mak sampai tak boleh tidur, makan tak berselera, hari tu mak masuk Hospital Pakar Puteri (KPJ) 3 hari, dari ahad sampai selasa (24-26 Mei 2015), angah doakanlah mak  dan kami semua tenang, sabar dan tabah meneruskan hidup yer.  Nanti angah pimpin tangan kami semua tinggal dalam syurga bersama angah yer. :(



Banyak lagi kenangan kita bersama. Ude terkilan angah pergi dulu sebab angah selalu cakap nak jaga baby ude. Ude dah pernah merancang nak ajak angah tinggal serumah dengan ude. Semua tu tak sempat angah :(
Ude kena relakan pemergian angah, walau perit hakikatnya.

 Doakan kami sekeluarga tabah dalam meneruskan hari2 tanpa angah terutama mak yg melahirkannya. Terima kasih saudara yg hadir dan membantu pengurusan angah, terutama pak ude yang menguruskan pengkebumian angah di kampung. Kini angah ditempatkan di rumah kekal yg lebih baik dari rumah sebelum ini. Andai angah pernah menyakiti hati kalian / ambil barang & makanan tanpa izin saya merayu agar saudara sekalian memaafkannya dan menghalalkannya. Doakanlah dia setiap kali teringatkannya. Mudah2an dia juga turut mendoakan kesejahteraan kita yg masih hidup ini. Angah dilahirkan sebagai insan istimewa pastinya ada syurga istimewa untuknya. In Syaa Allah.Semoga kelak dia akan pimpin tanganku bersama tinggal di syurga. Terima kasih semua untuk doa dan ingatan.



Ya Allah, sampaikan salam rinduku padanya.

Setiap yang bernyawa pasti mati. Bersedialah kita semua dengan amalan kita dan berbuat baiklah dengan orang sekeliling kita. Mudah2an jika Allah jemput kita, kita dalam keadaan sedia menghadap sang pencipta Agung. Dari Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali.
Rehatlah angah sepuasnya..

Al fatihah..


LAHIR PADA :

24 MAC 1988
KHAMIS
06 SYAABAN 1408

MENINGGAL DUNIA PADA :
21 MEI 2015
KHAMIS
03 SYAABAN 1436


Kenangan bersama angah.

Wassalam..
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara