04 December 2015

Menjadi Ibu (i)





20/09/2015 (Ahad)

2 am 
 Aku bangun dari tidur untuk ke tandas tapi bila berdiri jer terus rasa ada sesuatu mengalir. Terus kejut abg. "Abg, ni air ketuban dah keluar, saya dah nak bersalin ni" Ya Allah bedebar betul rasa masa ni. Betul ker aku dah nak bersalin. Abg suruh tukar baju dan siap2 pergi hospital. Aku memang dah standby baju aku & baby dalam kereta sebab dah masuk 38 minggu. Amik buku pink kemudian kami gerak ke Hospital Kulai. Dalam kereta macam2 doa baca mohon Allah permudahkan segalanya.

Tiba di Hospital Kulai lebih kurang 2.30 am aku terus ke labour room untuk pemeriksaan jalan. Sister yang check up tu inform baru 1 cm jadi dia masukkan aku ke wad, dah kena admit wad :( sister bagi jumpa suami kejap untuk ambil barang. Jam pukul 3 am masa tu, aku suruh abg balik  lagipun dalam pukul 6/7 am abg kena pergi larkin ambil barang. haha kebetulan hari tu ayah mertua aku pos buah dari Jerteh. Menantu dia ni suka manggis tu yang besungguh ayah mertua pos manggis dari Jerteh. Bila dah masuk wad tiba2 rasa sedih, takut, cemas macam2 lah. 1st time aku admit wad, tengah pagi pulak tu. Tengok muka laki aku cam nak nangis, bila aku nangis jer, dia pon nangis skali. alolo sweet.. i tahu u risau kan.. i yang merasa ni lagiiilaaahhh risau.. :(

Masuk wad tu ada 8 katil. 3 katil kat situ ada baby, muka dah lega, yang belum ni muka cemas je, ada yang tidur, ada yang berjalan, ada sorang akak tu memang tunggu time jer, sebelah katil aku ni masuk wad sebab kencing kotor. Bila tengok jam memang sepatutnya time tidur tapi  time ni jugak lah tetiba perut laparrr... nak tidur pon tak lena.

Pukul 7 am - Sarapan datang. lega dapat makanan. Pastu mak ayah datang bawak air yang dah dibaca doa, biskut, kurma, kismis. Dapat jumpa pon kejap jer sebab bukan waktu melawat. Aku dapat tengok wajah mak & ayah sangat risau. Jelas mereka risaukan aku, sebak rasa bila cium pipi ayah & mak.  Lepas abg dah pergi larkin amik sekotak buah tu, abang datang hospital kulai bawak roti gardenia choco raisin. Abg masuk wad kejap hantar barang. Pastu dalam pukul 9 / 10 pagi tu aku duduk kat luar wad dengan abg. Sebenarnya bukan waktu melawat tapi aku tak bagi dia keluar.. saya nak abg ada dengan saya :)

Abg bagitahu dia dah bawak tuala, sabun, baju, kain pelikat semua siap2 dalam kereta masa keluar rumah pagi tadi. Dia nak stay kat Hospital je. Bila tanya nak tidur mana, dia cakap nak tidur kat kereta boleh, bawah pokok boleh, kat tempat duduk boleh. Nampak tak macho & romantik dia tu.. fuhh sweetttnya laki i. Terharuuunya i. Terima kasih abg ^_^

Tengah hari waktu melawat, mak datang bawa bubur, abg pun masuk wad juga bawa buah2 yang ayah mertua aku pos, ada manggis & dukong. Abg dengan mak duduk kat wad dari mula waktu melawat sampai habis. Mak cakap dia tak nak balik rumah, dia nak pergi TJ Mart lepastu  datang balik stay hospital sampai waktu melawat petang pulak.

Semakin lama rasa semakin cemas pulak, Sakit ni pon datang dan pergi (contractions) mulut ni dah macam2 zikir. Ya Allah permudahkanlah urusanku melahiran anak dalam kandunganku ini.Waktu melawat petang tu mak datang bawak macam2 buah. Muka mak risau sangat, laki aku
jangan cakaplah risau dia macam mana, macam dia yang nak bersalin. huhu nasib baik hari ahad dia memang tengah cuti. Abang jumpa sister tanya progress aku, sister kata kalau jalan tak buka lagi terpaksa hantar HSA. Lepas waktu melawat petang tu, sister panggil masuk bilik rawatan untuk cek jalan, malangnya baru 2cm.  Sakit semakin rasa. Rasanya contractions tu 15 min sekali. Sampai tertidur dibuatnya.

Pukul 10pm rasanya aku dipanggil untuk cek jalan. Sister kata masih sama dan dia tengah siapkan dokumen aku untuk hantar ke HSA. Masa ni aku rasa sakit contractions ni makin kuat. Kejap datang kejap pergi macam sakit period, senggugut tu :(

 Lebih kurang pukul 12 tengah malam tu aku dipanggil untuk siap2 ke HSA. Nurse suruh panggil suami untuk bawa barang2 ke HSA. Abg datang dengan muka risau. hmm T_T Abg pergi dengan kereta, aku naik ambulans. Ok for the first time naik ambulans ni.  perasaan yang sangat tak
seronok. Dalam tu rasa ngantuknyaa macam telan pil tidur huhu


21/09/2015 (Isnin)

Sampai kat HSA aku terus di bawa ke bilik saringan, adehhh cek jalan lagi :( grr dia cakap baru 3 cm, aku kena masuk wad dulu. Kat bilik saringan sangat lama,  boleh beku kat situ. Aku tak ingat specific time pukul berapa tapi agak2 dalam pukul 1 lebih ke 3pagi kot. tah. haha HSA sangat busy dan full dengan patients, so kalau dah masuk sini jangan nak komplen banyak, aku perati semua HO, MO, Staff nurse diorang kerja memang akan bagi yang terbaik untuk patients. Katil dari 2 lane jadi 3 lane, ramai amat rasa macam tak percaya ada kat spital HSA.

Pukul 4 atau 5lebih macam tu aku masuk wad. katil pun hujung dunia, abg kena keluar wad tak boleh tunggu. wad perempuan kann. aku baring kat katil sampai ler tertidur kejap. Doc rounding pukul 6 lebih, aku kena kejut.. ciss kacau betul, badan sangat penat dan lapar :(
dia suruh masuk bilik untuk cek jalan, masih sama. Dia cakap nak pecahkan air ketuban lepastu hantar ke labour room. Aku ada dengar cerita org cakap jangan bagi doc pecahkan air ketuban, isshh aku kompius betul dengan situasi masa tu. Dah lah sakit, badan letih. aku ikutkan jelah apa
dia nak buat. Rasa tak sabar dah nak bersalin, nak jumpa baby^^

Hmm nak pecahkan air ketuban tu kena seluk lagi. makk aiihh sakitnya :( Lepastu aku duduk kat wheelchair, amik barang baby dan nurse hantar ke labour room, dah bagitahu abg, dia tunggu kat labour room, jam baru 7 lebih. Aku ingat no bilik tu no 13. Staff nurse cakap dah masuk situ
tak boleh makan, dia bagi air masak jer..

Abg datang teman kat sebelah. kesian dia tak sarapan lagi, bila aku suruh keluar makan dia tak nak, nak teman katanya, masa ni aku rasa bertuah sangat dapat suami macam dia. Sangat caring ok !! Very supportive, macam2 kata semangat dia bagi, dia doa, baca surah2, zikir. Sampai aku tertidur keletihan menahan sakit, bila jaga tengok mata dia berair, dia nangis tapi cover2 :p Contractions tu makin kerap membuatkan abg pon tak senang duduk, Doc cakap jalan belum buka lagi, dia bagi masa untuk cuba cara normal. Masa ni aku pon tak ingat dah berapa kali kena seluk cek jalan, hmm sakit tapi takde pilihan selain merelakan aje. Kalau tak silap Doc rounding pukul 9am &  4pm.  

Muka abg memang jelas letih, mata merah tak cukup tidur, aku suruh dia keluar beli makanan dan solat zuhur skali, sampai tak makan nasi sebab nak cepat datang semula kat aku. so sweet dear. TQVM. Sakit sangat kerap sampai nak bukak mata pon tak larat. Seingat aku waktu tu petang nak ke maghrib, pukul 6 lebih camtu, mengadu kat abg, sampai dia skali menangis tengok aku yang sakit ni. Ya Allah inikah yang mak rasa dulu sewaktu melahirkan aku........

Kali ni sakit macam 2 minit sekali, punyalah tak tahan, pukul 7 lebih macam tu Doc pakar datang untuk confirmation, dia cek jalan cuma 5 cm, dia dah baca semua report then lastly dia decide to transfer to OT, memang kena tunggu pengesahan dari dia jugak baru boleh ke OT. Aku pasrah kali ini, kalau inilah takdirnya, aku rela perutku dibelah untuk selamatkan zuriat ku, buatlah apa sahaja asalkan bayiku selamat. Abg maafkan saya, doakan saya, kalau jadi apa2, jagalah anak kita. Saya sayang abg, haa terus meleleh laki aku, dia bisik kat telinga aku, "abg maafkan syg, abg syg awak jugak." sebelum tu aku dah sms dgn mak, mintak maaf segala dosa aku kat mak dan ayah. ok time ni memang jiwa. ****andainya aku pergi dahulu

8.15 pm macam tu aku di tolak ke OT, kat ruang menunggu tu terpandang mak, mak & abg ikut hantar sampai ke pintu OT. Sedih sangat tengok muka mak. mak remind lagi, zikir dan doa banyak2 ude.

8.20 pm Aku di masukkan ke dalam bilik OT, bilik OT 8 rasanya. Dinding kaler hijau bright tu. doc suruh duduk untuk inject belakang. dia bius separuh badan.

8.30 pm, aku baring dan operation bermula. Bilik OT sangat sejuk sampaikan jari2 aku menggigil, sebabkan dah bius separuh badan, bermula paras dada sampai ke jari kaki rasa kebas, tak rasa apa pun. Mata still boleh celik and look around, tangan tak boleh angkat sebab dia dah balut dengan macam2 wayar dan alat2. jari2 boleh gerak.. Aku siap cakap kat doc, tolong tutup tangan saya, sejukkkk..

8.45pm
Aku terdengar beberapa staff menyebut Alhamdulillah kemudian aku terdengar suara bayi merengek perlahan, ada juga bunyi seperti tersedak sedikit. Dalam hati ini terdetik adakah bayiku telah selamat dikeluarkan. Mulut tidak henti zikir Alhamdulillah, tak sabar nak tahu anak ini
perempuan atau lelaki maklumlah setiap kali scan tidak pernah jelas. Seorang staff membawa bayi itu dekat dengan kepalaku, dia berbalutkan kain bewarna hijau lembut, hanya nampak wajahnya sahaja, Maha suci Allah, dialah sebaik2 pencipta, bayi itu sangat comel dan putih bersih. Staff itu
berkata "Tahniah puan, ini bayi puan. Silalah cium dia, staff itu mendekatkan kepala bayi dekat mulutku," Perasaan waktu itu sangat lega dan terharu. Alhamdulillah. Tak sabar untuk memeluknya. Aku bertanya kan staff itu baby girl / boy, dia pun berkata "sabar ye puan, saya tak boleh bagitahu,
puan kena lihat sendiri", dia pun menyelak kain yg berbalut pada badan bayi itu dan menunjuk kepadaku. aku menjawab sambil tersenyum "baby boy"

9pm
operation selesai.. menunggu untuk di hantar ke wad, baby dihantar ke wad baby untuk pantauan. Memang prosedur hospital jika anak kita lahir secara pembedahan anak akan ditempatkan dalam wad baby untuk dipantau. Lagipun si ibu kan masih sakit dan bius belum hilang. Tak sabar rasanya nak jumpa suamiku :) Bila dah masuk wad, aku hanya terbaring dengan kaki tak boleh gerak. Ubat bius ni 6 jam baru hilang. Seksa jugak bila tak boleh gerakkan kaki.. huhu Tunggu2 bilalah abg nak datang cari saya :( nak call hp takde. sebab dah bagi pada dia. tunggu punya tunggu akhirnya MY SUPERMAN muncul dengan senyuman yang sangat cool & macho. Dia cium sambil bisikkan terima kasih lahirkan anak abg. Tadi abg dah jumpa baby kat wad dan dah azankan dia. abg cakap baby baik, tak nangis pon masa dia pegang :)

**masa ni kan, suara suami aku memang suara yang super excited yang haiihh tak tahu nak terangkan tapi dia macam suka  sangat dia jadi ayah**

i pulak wish kat u. Tahniah dah jadi ayah :) :)

Mintak tolong abang suapkan air sebab takde straw masa tu, betapa hausnya tekak ini dari tadi. Abg cakap dia dah naik wad cari aku tapi salah katil. Dia tunggu aku kat katil yang aku masuk pagi tadi.. sedangkan lepas Operation aku diletakkan dikatil yang lain.. patutlah tak berjumpa. . Malam tu abg tidur kat ruangan menunggu kat bawah, sebab aku dah bersalin, dia punya tidur sangatlah lena walaupun kat kerusi jer, punyalah banyak kali aku call tak jawab.. aku nak bagitahu dia yang aku  laparrrr.

22/09/2015 (Selasa)

Lepas subuh abg datang kejap, masa tu aku suruh dia pegang aku nak bangun.

Ya Allah :(
Lepas habis ubat bius tu sakitnya rasa perut ini.. dah lama sangat terbaring nak diri tak boleh. Abg tak putus asa bantu untuk bangun, kejap aku rebah semula. Terbaring di katil.. sakitnya nak duduk. Cuba perlahan2 dan banyak kali akhirnya baru boleh duduk. Dari duduk nak berdiri pulak
kemain payah. sakitnya :( tapi kalau terbaring saja bila nak  baik. Memang slow2 aku gerakkan jugak badan ni. sakitt wehh kat tempat operation tu :( :(

Ada staffnurse datang, dia suruh abg keluar wad kejap sebab doc nak rounding pagi tu. Aku baring semula sambil gerak2 kan kaki, cuba bangun perlahan. Akhirnya aku boleh berdiri. Sakit letak tepi kejap. Hmm Aku cuba jalan pergi tandas, jalan sikit sikit..selangkah2.. lagipun nak tukar pakaian sebab banyak darah kena baju dan kain. Alhamdulillah sampai jugak ke tandas hujung banggunan tu. :) gigih sangat melangkah, sangat tertib okk.

Tengah hari waktu melawat mak dan abg datang. Kami bertiga ke wad baby, Abg pinjam wheelchair, tapi sampai kat wad baby mak tak dapat masuk sebab hanya ibu bapa baby jer boleh. Mak suruh angkat baby sebab dia nak tengok dari jauh... tapi baby dalam cubicle tu doc tengah masukkan antibiotik guna tiub tu so tak dapat angkat. Ibu dan ayah  boleh tengok dan cium jer. Masa tu anak ibu tidur lena betul :) 

Mak balik rumah tapi abg masih tunggu kat hospital. Nurse datang dan suruh aku berkemas, aku kena berpindan ke pusat bersalin banggunan lain. Dia cakap kalau dah masuk situ confirm esok boleh balik. Suka betul dengar. Waktu melawat petang tu abg ajak lagi pergi wad baby :) Nurse cakap maybe petang tu baby dah boleh tinggal dengan ibu. yeayyyy :) Nurse suruh abg ambil baju & blanket baby. Abg balik wad ambil baju lepastu ibu salinkan baju and pampers baby ibu ni. 1st time syg, ibu dapat pegang erat kamu. Wanginya kamu seperti wanginya syurga. kamu sangat suci dan bersih. Selamat datang melihat dunia ciptaan illahi, dunia yg banyak ujiannya, selamat menempuhi liku2 kehidupan ini. Ibu doakan moga kamu menjadi anak soleh dan hamba yg sentiasa mentaati perintah sang penciptamu Allah s.w.t.

Ibu cek pampers, kamu poo2 eh. haha kat situ jugaklah kali pertamanya ibu salinkan kamu pampers :) ibu pakaikan kamu baju. ibu cium kamu. kamu hanya berjaga sekejap kemudian tidur semula. Ibu kembali ke wad.  pukul 8 lebih malam tu seorang nurse datang membawa baby. wahhh baby ibu dah discharged wad. Ayah datang wad kejap hantar air kalau tak silap. ayah tengok baby jugak. hihi. malam tu anak ku di sisi.



Anak ibu menangis malam, masatu pukul dalam pukul 1 pagi. Suara sangat nyaring. Panik di buatnya, baby lapar, aku bagi susu badan malangnya susu tak ada. Baby menangis kuat, ibu terpaksa bagi kamu hisap tapi ibu letak madu. kamu senyap kemudian nangis lagi, mungkin baby ibu ni lapar. Nurse datang sampai marah ibu sebab tak behentikan
kamu nangis. Geram betul ibu dengan nurse tu. Ibu takde pilihan lain, ibu calit madu kat jari kemudian bagi kamu hisap, ibu letak madu kat langit2 kamu, ibu basahkan lips kamu dengan air.. akhirnya kamu tidur.. Ibu panik lah sayang, kamu lapar tapi ibu tak ada susu. Aku berjaga sampailah kepagi. Ngantuknya rasa z_z

23/09/2015 (Rabu)

Pagi2 abg datang hantar handphone, kat wad tak boleh cas HP. huhu nasiblah -.- ada doc rounding pagi tu, aku pon tanyalah "saya boleh balik tak?" dia cakap kalau u sihat boleh balik. haha sambil senyum2. Baby tidur jer dari pagi sampai tengah hari. Ada jugak nangis sikit2. suara nyaring jer, haha comel tapi kadang2 gabra jugak aku.

Abg cakap pagi tu dia akan ke larkin ambil mak & ayah mertua aku datang dari Jerteh. Wahh datang sebab nak tengok cucu sulung :) Alkisah nak jadi cerita, battery kereta weak tak boleh start, abg call mak suruh ke larkin untuk ambil mak & ayah mertua aku. Mak datang dengan abang zani.  Lepastu diorang semua ke HSA. Abg ajak abg zani pergi beli battery kereta.  Mak masuk kejap hantar susu kambing suruh aku minum untuk bantu banyakkan susu badan lepastu dia balik sebab abg zani kerja.Tengah hari waktu melawat, mak & ayah mertua aku pun datang masuk wad melawat aku dan cucunya. Maka dengan rasminya dapatlah diorang pangkat atok. hehe sister suruh abg uruskan pembayaran bil.  Lama jugak menunggu proses nak keluar tu. Pukul 3 pm rasanya discharged. Kami semua balik rumah.

4pm - Alhamdulillah selamat sampai rumah, Selamat datang orang baru, moga kehadiranmu menambahkan lagi seri keluarga ini, moga bertambah rezeki dan yang penting menjadikan keluarga kita bahagia :)


Coretan dibuat selepas habis pantang dan dah mula kerja,  tulis time kat office sambil layan perasaan. Cuti pantang 2 bulan, Hilang 10 kg sebab letih berjaga malam, Syahmi kuat nangis. Dah bawa jumpa doktor, takde masalah kesihatan, doktor kata semua normal. Dah bawa berubat pon tak jadi apa.. Maktok cakap awak sama dengan ibu masa baby.
Cukup 2 bulan 2 minggu baru tidur malam lena..
Mak bidan kata kalau masa kecil susah dijaga esok besar inilah yang paling rapat dan boleh diharapkan. Semoga betul katanya.

Kisah Pengorbanan Ibu.

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara