31 December 2014

Selamat tinggal 2014


Oh kejapnya rasa dah nak habis tahun 2014, benarkan bumi sudah berpusing selama 365 hari? Bila?

Suka duka bahagia merana pahit manis masin masam kelat payau semua ada. Nak cerita panjang tak boleh sebab tengah penat baru balik dari JPJ Taman Daya. Nak beli air duit baru habis bayar insurans. huaaaa sadisss

Nak buat konklusi cerita dalam dunia tak terjangka, nak cakap pasal dalam negara tak tertaip. Buat konklusi pasal diri sendiri cukuplah.

Alhamdulillah, walau tak semua impian 2014 tercapai tapi yang dah tercapai pon dah membanggakan. Nak previous 14 impian tu panjang lebar pulak nanti ceritanya. kata konklusi. ringkas ! ringkas !

Saat paling membahagiakan pada 2 Ogos 2014, tarikh tu dengan rasmilah aku bertukar status menjadi isteri orang. Alhamdulillah :)

Doaku semoga Tahun baru mendatang lebih membahagiakan, lebih baik plus plus dan aku nak jadi insan yang cemerlang dunia akhirat. InsyaAllah.

Penghujung 2014 juga mencatat sejarah yang akhirnya becky milik aku. fuhhh


Sekian


0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara