Assalamualaikum
Entry kali ni nak letak gambar jer boleh. haih kemain malas nak naippp. Sabtu lepas 13 dis-15 dis keluarga huby datang berjalan kat sini. tu yang mengajak round seharian. fuhh kemain penat mak mertua i. huhu.
Dalam pukul 9 pagi kami semua keluar rumah, lokasi pertama sekali kami pergi Country Garden. Masih lagi dalam pembinaan tapi nak tengok2 tu boleh la. Nak ambil gambar pon cantik jugak.
Dah habis jalan dalam bandar, kami ke Plaza Angsana pulak. Mak yang request pergi sini sebab nak shopping baju & seluar untuk ayah, kat sini lunch sekali. Nak capture gambar abc yang aku beli tu tapi sogan ler pulak depan mak mertua. >.<
Tiba2 ayah mertua aku ajak pergi kedai elektrik. rupanya nak hadiahkan kami mesin basuh. huaaa terharunya. Maklumlah baru pindah rumah, banyak barang tak ada, nak beli serentak bajet terhad. soooo TERIMA KASIH ayah <3
Keesokannya kami jalan ke Pontian dan Benut. Singgah rumah maktok sekali. lepastu mak ayah dan abg long balik ke Melaka.
Terima kasih semua yang datang. Nanti datang lah lagi. boleh jalan jalan jalan jalan jalan ! yeayy :) :)
0 comments:
Post a Comment