31 December 2014

Selamat tinggal 2014

0 comments

Oh kejapnya rasa dah nak habis tahun 2014, benarkan bumi sudah berpusing selama 365 hari? Bila?

Suka duka bahagia merana pahit manis masin masam kelat payau semua ada. Nak cerita panjang tak boleh sebab tengah penat baru balik dari JPJ Taman Daya. Nak beli air duit baru habis bayar insurans. huaaaa sadisss

Nak buat konklusi cerita dalam dunia tak terjangka, nak cakap pasal dalam negara tak tertaip. Buat konklusi pasal diri sendiri cukuplah.

Alhamdulillah, walau tak semua impian 2014 tercapai tapi yang dah tercapai pon dah membanggakan. Nak previous 14 impian tu panjang lebar pulak nanti ceritanya. kata konklusi. ringkas ! ringkas !

Saat paling membahagiakan pada 2 Ogos 2014, tarikh tu dengan rasmilah aku bertukar status menjadi isteri orang. Alhamdulillah :)

Doaku semoga Tahun baru mendatang lebih membahagiakan, lebih baik plus plus dan aku nak jadi insan yang cemerlang dunia akhirat. InsyaAllah.

Penghujung 2014 juga mencatat sejarah yang akhirnya becky milik aku. fuhhh


Sekian


20 December 2014

Jalan Jalan Johor Bahru

0 comments
Assalamualaikum
Entry kali ni nak letak gambar jer boleh. haih kemain malas nak naippp. Sabtu lepas 13 dis-15 dis keluarga huby datang berjalan kat sini. tu yang mengajak round seharian. fuhh kemain penat mak mertua i. huhu. 

Dalam pukul 9 pagi kami semua keluar rumah, lokasi pertama sekali kami pergi Country Garden. Masih lagi dalam pembinaan tapi nak tengok2 tu boleh la. Nak ambil gambar pon cantik jugak.




Lepastu kami ke Komtar JBCC. parking RM2 menapak terus ke city square. saje je taw nak suruh aku exercise. T_T ada angry bird  activity park kat komtar jbcc, kat city square ada doraemon tapi aku tak berkenan pon. kahkahkah.









Dah habis jalan dalam bandar, kami ke Plaza Angsana pulak. Mak yang request pergi sini sebab nak shopping baju & seluar untuk ayah, kat sini lunch sekali. Nak capture gambar abc yang aku beli tu tapi sogan ler pulak depan mak mertua. >.<

Tiba2 ayah mertua aku ajak pergi kedai elektrik. rupanya nak hadiahkan kami mesin basuh. huaaa terharunya.  Maklumlah baru pindah rumah, banyak barang tak ada, nak beli serentak bajet terhad. soooo TERIMA KASIH ayah <3

Keesokannya kami jalan ke Pontian dan Benut. Singgah rumah maktok sekali. lepastu mak ayah dan abg long balik ke Melaka. 

Terima kasih semua yang datang. Nanti datang lah lagi. boleh jalan jalan jalan jalan jalan ! yeayy  :) :)


05 December 2014

Pergi Takkan Kembali

0 comments
Bismillahirrahmannirrahim.
 Ya Allah Ya tuhanku yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Sesungguhnya aku hamba yang banyak berdosa kepadamu. Aku tahu akan dosa dan pahala, tetapi sering tidak mengendahkannya. Aku sedar akan adanya kematian, tetapi sering melupakannya. Aku juga sedar dunia ini hanya sementara tetapi hidup seolah-olah untuk selamanya. Bila mendapat kejayaan dan nikmat, jarang sekali mgucapkan syukur kepadaNya seolah-olah aku perolehnya dengan usaha aku sendiri semata-mata. Aku mengaku adanya Tuhan, tetapi sedikit sekali yang beriman. Ampunkan aku ya Allah. Aku lalai dengan godaan dunia. Kau berilah aku peluang dan petunjuk agar aku lebih bersungguh melakukan ibadatmu dan meninggalkan larangan mu.

Ya Allah terimalah doa ini, makbulkan doa ini untuk atukku.

Bismillahirrahmannirrahim.
 Ya Allah Ya tuhanku yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Hari ini kau telah ambil Atuk dari kami maka aku memohon padamu agar dia kau tempatkan dalam kalangan hamba yang solehah disyurgamu. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada anak-anaknya, adik beradiknya, ahli keluarga, saudara maranya serta kenalannya untuk menghadapi berita ini. Ya Allah,  kau permudahkan urusannya di alam kubur, mudahkan juga perhitungannya di padang masyar nanti. Kau jauhkanlah dia dari siksa kubur, jauhkan dia dari azab api nerakamu. Ya Allah, aku memohon agar kau melipat gandakan pahala amalnya didunia untuk bekalan akhirat ya Allah. Sesungguhnya Atuk seorang yang baik, Terimalah doaku ini Ya Allah. Amin ya Rabb.

INSYA ALLAH  

AL FATIHAH UNTUK ATUK
AINI BT SEMIN
18 MAC 1941 - 02 DIS 2014

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara