16 June 2013

13 Jun 2013

Nota Hari Ini
Tarikh : 13 Jun 2013
Hari : Khamis

En Pere datang Senai lagi, kali ni datang kejap jer.. Pukul 9.15 pagi sampai kat Senai Airport,  pukul 6petang dah balik. Dah bagi 2 option kat En Pere samada nak jalan area Pandan takpun JB. En Pere pilih JB. So, tengahari camtu kitorang pon gerak pergi CS (City Square). 

Panik ke segan punya pasal, asyik salah jalan ajer. haiissh malu betul tapi wat muka cool, steady je kena u-turn jalan.. hahaha padahal sebenarnya tengah bengang =.=

Ehh..jalan ni bukan berdua, tapi bertiga sebab ajak Dhaniah.. dia dah buat muka cam nak nangis je time kitorang pergi, bawak jugak lah budak comel ni. Dalam hati ni happy jugak En Pere nak pergi CS sebab aku nak terjah Popular Bookstore tu, nak beli komik. haha. Selangkah jer masuk popular terus nampak beb komik zint 'kompilasi jitu under 18' tengok harga ada offer.. terus beli :) :)


Gambar kat Instagram @udenovelty
Balik rumah terus nak sampul komik ni..hihi >.<


Lepas dah round kat CS, kitorang exercise pulak berjalan ke JB Sentral, actually tu pon first time aku pergi situ, eeh,,nak pergi banyak kali pon wat ape kan kan.. bukan nak naik bas ke ktm.. hehe

Dah penat berjalan, perut pon lapar, kitorang pergi makan kat BBU pulak. Aku ajak dia makan kat Briyani House Bay Leaf. Kedai tu baru, saje lah nak try :) 

Sampai rumah pukul 3 lebih, suruh En Pere tidur  kejap sebab tengok muka dia memang penat. Pukul 5.30 siap2 hantar En Pere naik bus kat Skudai. Masa ni dah rasa tak best :(

Bas En Pere datang lambat sikit sebab tukar bas, bas asal rosak. Hmm.. perasaan nak tinggalkan dia ni yang tak best ni -.- btw, saya sentiasa doakan agar semua urusan En Pere berjalan lancar. InsyaAllah.

TERIMA KASIH DATANG JOHOR <3



 Sengaja "blur" kan picture ni, mana boleh korang nak menatap hero aku yang hensem ni.... HAHA :P

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara