22 December 2012

Bila nak kerja

0 comments
Oi kerja!
Bila nak dapat kerja tetap.
Bilakah kewangan akan stabil.
Dan bilakah boleh mula merancang perkhawinan.

Haiiisssh..berangan dah sampai tahap anak 4 orang.. haha

Kalau cari kerja tu banyak jer 
tapi memilih punya pasal, 
hari-hari masih mandi pukul 9 lagi lah jawabnya =.=



Sumber Gambar : Ihsan Mr Google

05 December 2012

Resepi Kebab

Malam tadi ude buat kebab, sebab along tu mengidam nak makan. Kalau beli 1 kebab harganya lebih kurang RM2.50 kat pasar malam, beli kat dalam mall RM3.90. Nak makan 1 family 7 orang harganya RM17.50 ! So dengan bajet yang kurang dari RM15.00 sebenarnya kita dah boleh buat kebab sendiri untuk 1 family :) 

Kat sini ude nak kongsi resepi kebab
(5-6 orang makan)

Sediakan bahan2 berikut :

1) Roti pita gandum / roti kebab.


2) Daging burger / daging kisar.


3) 1 sudu lada kering dikisar, 2 sudu madu, 1 sudu kecil gula, 1/2 sudu kecil garam, 1 sudu rempah (ketumbar dan jintan manis dikisar)
 

4) 1 sudu sos tomato, 1 sudu sos lada hitam dan 3 sudu sos cili.


5) Timun, tomato, lada di potong dadu.


6) Mayonis / Cheese.





Cara-cara :

- Goreng separa masak daging kisar atau daging burger.
- Tumis (lada kering kisar, rempah, gula, garam, gula).
- Masukkan sos mengikut sukatan dan gaul.
- Masukkan daging yang di goreng tadi.
- Masukkan tomato, timun dan lada yang sudah dipotong dadu.
- Apabila sebati dan cukup rasa, matikan api.
- Panaskan roti pita.
 - Belah tengah roti tersebut dan masukkan inti kedalamnya.
- Boleh menambah perasa kesukaan seperti mayonis, cheese dsb.

SIAP :)


SELAMAT MENCUBA ! 
 







25 November 2012

The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2

Hari ni plan nak tengok cerita baru ni,
 The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2.
 Harap jadilah..Dah berapa kali cancel.



 Dah tengok time kat portal LFS IOI MALL tadi,

The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 (P13)
 1 Hour 55 Minutes, English 

25/11/2012 (Sunday)
02:15PM 

wink.wink.tak sabar !
<('o'<) ^( '-' )^ (>‘o’)> v( ‘.’ )v 

Only one_Yellow card



Broken, this fragile thing now,
And I can't, I can't pick up the pieces.
And I've thrown my words all around,
But I can't, I can't give you a reason.

I feel so broken up (so broken up),
And I give up (I give up),
I just want to tell you so you know..

Here I go,
Scream my lungs out and try to get to you,
You are my only one.
I let go,
There's just no one that gets me like you do
You are my only,
My only one.

Made my mistakes, let you down
And I can't, I can't hold on for too long.
Ran my whole life in the ground
And I can't, I can't get up when your gone.

And something's breaking up (breaking up),
I feel like giving up (like giving up),
I won't walk out until you know..

Here I go
Scream my lungs out and try to get to you,
You are my only one.
I let go
There's just no one that gets me like you do
You are my only,
My only one.

Here I go,
So dishonestly.
Leave a note
For you my only one.
And I know,
You can see right through me.
So let me go
And you will find someone.

Here I go,
Scream my lungs out and try to get to you,
You are my only one.
I let go,
There's just no one, no one like you
You are my only,
My only one.


16 November 2012

Malas BW !

Blogwalking (BW)

Alasan dulu:

BW sebab nak followers. Kalau tak BW tu maknanya sibuk ngan assignment, Bil broadband tak bayar, takde modal nak update blog !

Alasan sekarang:

BW sebab suka baca. Kalau tak BW maknanya malas, dah tak heran nak tambah followers lagipon yang sebenarnya broadband dah terminated !

Nanti pakai line baru InsyaAllah aku BW oke.. 

Pesanan terakhir : 

"Buat segalanya senang, 
ketawa sekuat hati,
 makan selagi mahu,
 seronok dengan menjadi diri sendiri"




Rembat gambar dari simpanan Mr Google :')


15 November 2012

Selamat Hari Lahir Adik & Ayah


Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..


 AYAH - 13 NOV 1961


 ADIK - 15 NOV 1994


Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.



10 November 2012

Beautiful

SEPULUH SEBELAS DUABELAS

10.11.12


You're beautiful, it's true.
There must be an angel with a smile on her face,
When she thought up that I should be with you.
But it's time to face the truth,
I will never be with you.

05 November 2012

Ole-ole dari Labuan

TERIMA KASIH EN PERE !




Sampai hari ni coklat ni belum makan lagi..Shirt ni pon belum pakai.. En Pere belikan masa dia kat Labuan. Kata coklat murah tapi dapat 1 jer.. Haha BTW  TERIMA KASIH yer En Pere :)) 
♥♥♥♥

Pulapol Segamat

Tahniah untuk abang zani  yang telah tamat latihan polis bantuan selama 2 bulan di Pusat Latihan Segamat, Johor. Ini adalah beberapa gambar masa kami kat sana :)







TQ for viewing ┗ ( ・o・) ┓

24 October 2012

Salam Aidiladha 1433H

Hari ini ma, ayah dan semua para haji akan mula ke Arafah.
 Semoga mereka sihat sentiasa, selamat dan dapat 
menjalani ibadah haji dengan sempurna. 

Malam ni balik kampung, raya Aidiladha kali ni,
 kami beraya adik beradik dan saudara mara jer. Rindu ma dan ayah. 
Semoga segala urusan mereka disana lancar dan dipermudahkan hendaknya. 
Amin ya rabb.




Sumber gambar : ihsan google image :D

23 October 2012

I'm just a jealous women


I was dreaming of the past,
And my heart was beating fast.
I began to lose control.
I didn't mean to hurt you.
I'm sorry that I made you cry.
Oh no, I didn't mean to hurt you.
I'm just a jealous women.

I was feeling insecure you might not love me anymore.
I was shivering inside,
I didn't mean...

I was trying to catch your eyes,
though that you was trying to hide.
I was swallowing my pain....


24 September 2012

Smiley

Share Emotion with Text Emoticons and Smileys 
☹ ☺ ☻ ت ヅ ツ ッシ Ü ϡ 
 
ﭢ =☾   :(   :-(   :[   :-C 
 
  ๏̯͡๏   ̃๏̯̃๏   ๏̯̃๏ 'Ω'   ಠ_ರೃ :'(   :'<   :"< 
 
  ◄.►   <:>:[P]   :|]   >[:]    ツ 
 
  εїз   ε>   ξ=}   ~:0   =^.^=  
 
 <('o'<) ^( '-' )^ (>‘o’)> v( ‘.’ )v 
 
<(' .' )> <('.'<) =
 
(_8^(1) (Homer Simpson)
 
 (_8(|) (another version)
 
 |_P  (coffee) 
 
//_^   (a_))  (emo) 
 
 $_$ (*≗*)   (clown) 
 
v(*.*)^  (grooving) 
 
%■.■%   (with curly hair) 
 
☜☆☞   (superstar) 
 
εїз Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ (Butterflies) 
 
[̲̅$̲̅(̲̅ιοο̲̅)̲̅$̲̅] (hundred bucks) 
 
║█║▌║█║▌│║▌║▌█║ (bar code) 
 
o==[]::::::::::::::::> (sword)
 
 ♪┏(・o・)┛♪┗ ( ・o・) ┓♪┏ ( ) ┛♪┗ (・o・ ) ┓♪┏(・o・)┛♪ (dancing) 
 
ヽ(´ー`)人(´∇`)人(`Д´)ノ (teamwork) 
 
  凸(¬‿¬)凸  (flipping off - middle fingers) 

(☞゚ヮ゚)☞☜(゚ヮ゚☜)  (told you!) 

ύ.ὺ   :|   =|   :=|   (►.◄)   



16 September 2012

You And I Both

0 comments

"You And I Both"

Was it you who spoke the words that things would happen but not to me
Oh things are gonna happen naturally
Oh taking your advice I'm looking on the bright side
And balancing the whole thing
But often times those words get tangled up in lines
And the bright lights turn to night
Until the dawn it brings
Another day to sing about the magic that was you and me

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
Others only read of the love, the love that I love.

See I'm all about them words
Over numbers, unencumbered numbered words
Hundreds of pages, pages, pages for words
More words then I had ever heard and I feel so alive

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
And if you could see me now,
Oh love, no
You and I, you and I
Not so little you and I anymore, mmm...
And with this silence brings a moral story
More importantly evolving is the glory of a boy

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
And if you could see me now
Well I'm almost finally out of
I'm finally out of
Finally deedeedeedee
Well I'm almost finally, finally
Well I'm free, oh, I'm free

And it's okay if you have to go away
Oh just remember the telephone works both ways
And if I never ever hear them ring
If nothing else I'll think the bells inside
Have finally found you someone else and that's okay
Cause I'll remember everything you sang

Cause you and I both loved what you and I spoke of
and others just read of and if you could see me now
well then I'm almost finally out of.
I'm finally out of, finally, deedeeededede
well I'm almost finally, finally, out of words.

-Jason Mraz-



11 August 2012

Warna Raya

1 comments
Assalamualaikum,

Topik kali ni nak cerita pasal warna raya tahun ni. Korang dah beli baju raya belum? Tahun ni ude sekeluarga sedondon warna "oren oren jingga kuning coklat" haha tak tahu nak cakap cam mana.. yang penting ada lah semua warna yang ude sebut tu.

Kebetulan dengan Olimpik 2012 ni, ude jangkakan kebanyakan rakyat Malaysia akan pilih warna oren sebagai tema raya tahun ni. (Agak jer lah...)

Maksud warna oren :

Warna oren ialah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi. Dalam aspek kehidupan seharian manusia, warna oren melambangkan sifat bersemangat dan komited terhadap kerja dan hidup serta mengamalkan budaya kecemerlangan dalam mengejar cita-cita yang diimpikan.

Selain itu, warna oren juga menggambarkan keadaan ceria, gembira, mesra, bersemangat dan prihatin dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Warna oren pula memberi maksud sikap belia yang mengamalkan budaya kecemerlangan dalam mengejar cita-cita yang diimpikan.


Haa..tak kisah lah warna apa yang dipilih untuk tema raya tahun ni yang penting semua gembira..Akhir kata, Rancanglah percutian anda dengan baik. Berhati2 di jalan raya dan ingatlah orang tersayang..

22 July 2012

Khasiat Kurma

1 comments
BUAH KURMA


Pada Bulan Ramadhan ini, kita disunahkan memakan kurma oleh Rasulullah SAW, ternyata kurma itu sangat bermanfaat

Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang.

Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi.

Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan.

Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.

Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan.

Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding.

Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surat al_Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan".

Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan".

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam.

Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu.

Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.

Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. dibawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahirkan Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perobatan homeopathy, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagi jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga batin.
Jus buah kurma mungkin baru dinegara ini. Di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambahkan keenakannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

21 July 2012

Ramadhan 1433H

0 comments

SALAM RAMADHAN 1433H
DAN
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


Sabda Rasulullah saw:
“Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.”

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini memberi impak yang lebih mendalam bagi setiap individu seterusnya mengubah kita menjadi insan yang lebih berguna kelak..InsyaAllah..


IKHLAS DARI UDENOVELTY

20 July 2012

Tamat PLKN

0 comments
Alhamdulillah akhirnya selesai tamat latihan PLKN kump 2 siri 9 tahun 2012 di Kem PLKN Desaru Gerakhas, Kota Tinggi, Johor. Beribu ilmu diperoleh harap selepas ini sebagai seorang pelatih kita dapat membuat sesuatu keputusan yang bijak untuk membela nasib diri, keluarga, masyarakat,agama dan negara.

Terima kasih kepada Tuan Komanden, TKL, TKP, KJ Multiskil, KJ Fizikal, Staf, dan Jurulatih Kem PLKN Desaru Gerakhas yang banyak memberikan ilmu pengatahuan baru dan tunjuk ajar kepada pelatih. Terima kasih juga kerana sudi menjaga kami dan memberi khidmat yang baik kepada pelatih sepanjang lebih kurang 3 bulan kami berada dalam kem.

JASAMU DIKENANG !

(2 MEI - 14 JULAI 2012)




DALAM INGATAN

KOMPENI : BRAVO
NO BADAN : B12-20

01 June 2012

Cuti plkn

0 comments

Hmmm.. berabuk blog ni setelah sekian lama tak update, hari ni dah 1 jun. Untuk bulan jun ni sekali jer kot update.. dalam kem lah katakan, mana ada masa nak update! cett sebenarnya nak bagi tahu aku tengah cuti ni, dari 30mei sampai 3 jun:)

Excited gila balik rumah, ma pulak masak laksa johor 30 hb hari tu.. Lepastu ada 2 sampul ekspress. 1 size A4, 1 lagi sampul half A4.. dup dap kot nak bukak! grr....

Oke, mula2 decide nak bukak yang half A4 sebab dari en pere :)
see.. dia bagi komik! hari tu sebelum masuk kem cari banyak tempat 7E tapi tak jumpa. last2 en pere yang belikan!
TERIMA KASIH :)

Lepastu bukak sampul ekspress yang size A4 dari Poli ni.. dalam tu ada transkrip. hoho kemana nak hantar transkrip ni.. aku masih dilemma nak apply degree o kerja -.-

hmmmm........fikir plkn dulu lah.. yeahh tinggal sebulan setengah lagi!!

11 May 2012

PLKN

1 comments
Hello.. umur aku dah 21 ehh tapi esok aku daftar masuk kem PLKN. Sebab aku tangguh PLKN tahun 2009 dulu. Tak kisah lah tu cerita lama, yang penting aku kena face jugak 3bulan masuk kem ni. Kalau tak, aku tak boleh nak plan benda lain. Beg belum siap kemas tapi yang dah siap duit syiling satu bekas. hahaha.. Harap2 lah public oke.

Nak cerita panjang tak tahu lagi, kem pun baru nak masuk esok. Kira aku ni special case lah lambat masuk seminggu. Wish me luck yer! :)

TEMPAT: KEM PLKN DESARU GERAKHAS, P.O BOX 20, BANDAR PENAWAR, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR




05 May 2012

I need You

0 comments
3Mei2012

Last paper untuk final exam last semester ni
aku dan dia.
Petang tu kami ke ke pasar lambak Dungun, seperti yang dijanjikan kitorang nak makan durian sama-sama :)
Lepas dah beli2 tu kami lepak kat pantai dan makan dekat situ.

Malam tu sambung makan lagi, tapi port depan rumah aku jer sebab petang tadi dah lewat magrib.

En pere ajak lepak pantai lagi malam tu.
Tah kenapa aku sedih sangat menyebabkan aku diam seribu bahasa. huhh..
Dan berkali dia tanya kenapa diam..maaf, saya sebak.

Dan paling menakutkan adalah perpisahan. Saya tak ready nak berjauhan dengan awak.

I need U ! !

4Mei2012
Hari terakhir di Dungun, berat hati nak meninggalkan dia. Lepasni tak tahu bila dapat berjumpa lagi. Family aku sampai malam tadi. Kitorang gerak balik johor petang tu jugak.

Sayang..awak nangis tak saya pergi?

Terima kasih sebab datang berjumpa dengan family saya. Terima kasih sebab tolong angkat barang saya masuk kereta. hihi.. saya buli awak :p

Ehemm.. lepastu awak buli saya balik kan? awak nak minum air ada ais.. sayang ngade2! hee :D

Oke..dah siap berkemas. Saya nak balik johor.
Bubye sayang..

TERIMA KASIH kerana menjadi hero saya. Terima kasih kerana ada dengan saya masa susah dan senang. Tak terkata banyaknya awak bantu saya masa saya susah, awak repair JKG saya, awak bagi pinjam duit awak, awak bagi henfon awak, yang tak terbalas awak bagi pinjam laptp awak untuk saya siapkan final projek dahtu awak uruskan laptop saya yang kat johor sampai lah siap dah terima
pos laptop tu.

En pere.. semalam saya drive dari cherating sampai segamat saya tak berhenti menangis sebab saya rasa seat sebelah saya kosong tanpa awak!
saya rindu awak !!!! :(


Banyak nak tulis tapi..jari yang menaip beralih mengesat air mata yang tiba2 keluar.

Nanti ada masa kita dah janji akan jumpa
kan en pere?
Saya tunggu awak !

29 April 2012

Bersama Semula

0 comments
Biasalah..orang kata masa ada taknak hargai.
Dah tak ada tercari-cari ^_^

Biasalah tu..
tak kenal maka tak cinta..
dah kenal gaduh pula..

Masa masuk sekolah rendah,jumpa cikgu garang jer kita cakap sekolah tadika best. Bila masuk sekolah menengah, gaduh dengan kawan jer kita cakap sekolah rendah paling best. Bila dah sambung diploma jumpa assignment banyak kita cakap sekolah menengah paling best.

Habis belajar kita kerja, kena marah sikit kita cakap zaman belajar adalah paling best. Best tak best. Semua sebab KAWAN. Menceritakan perjalanan zaman belajar kita juga dengan adanya KAWAN. Percayalah tanpa KAWAN kita tiada memori terindah nak dikenang masa sekolah :)

Oke. dan sebenarnya.. tinggal beberapa hari jer lagi tinggal kat Dungun ni. Sedih ada. Gembira pon ada. Lepas ni tak tahu nak sambung belajar atau kerja.

Saya juga buat catatan ini untuk meminta maaf kepada KAWAN sekalian andai saya pernah menyakiti hati, bermasam muka, marah tak tentu pasal, buruk sangka dan apa segala salah sepanjang perkenalan. Minta halalkan ilmu yang dikongsi atau makan minum yang pernah diberi :)

" I am nothing special, of this I am sure ! "

Semua yang terindah di simpan rapi dalam memori.
Terima kasih KAWAN kerana menjadi KAWAN saya.
Terima Kasih KAWAN kerana mencorakkan
hidup saya.

Saya ibarat awan dan awak adalah pelangi.

kekuatan, kebanggaan,
bebas dan terus berjalan,
kenangan tak mungkin aku lupakan..

28 April 2012

Tak Bersih

0 comments
Aku tertanya-tanya kenapa mereka sanggup terlibat dengan perhimpunan bersih 3.0 ini sedangkan jika pemimpin yang kau sanjungi itu ada kuasa mengapa tidak bicara secara baik? perlukan demonstrasi, perlukan perarakan, menutup jalan dan menunjuk perasaan.

Pakcik tu kata dia datang bersih sebab nak tunjuk yang dia warganegara yang bertanggungjawab dan perlu menyokong bersih untuk memilih pemimpin yang adil. ADIL?

Sumber : google image



Pihak POLIS berada dalam keadaan berjaga jaga dan tidak memberi sebarang gangguan kepada mereka yang BERDEMONSTRASI. Hak kebebasan untuk berdemonstrasi yang telah di beri oleh Kerajaan Perdana Menteri Najib Razak pagi ini membuktikan bahawa dia prihatin kepada kehendak minoriti walaupun sekecil 3000 orang yang sekarang berada di Dataran Merdeka.

Setiap negara ada masalahnya, tetapi untuk berdemonstrasi dan tunjuk perasaan hanya untuk kepentingan politik tidak memberi apa manfaat kepada rakyat yang berbilang kaum seperti negara ini.

BERSIH KE BUSUK?

Cara macam tu ker nak Negara AMAN?

Maaf. Aku tak sokong #Bersih!

24 April 2012

Final Exam

Ohh...sudah lama tak update blog. Busy sangat. Takde masa dan takde idea.. Tup tup dah minggu final exam..
Sem ni 2 paper jer tapi dua tu programming! =.= Baca sikit ngantuk z_z' Habis 2 paper ni akan tamat lah sesi belajar. Say Goodbye to Psmza, Dungun.

pssttt...belum free lagi ni.. hmm..tengah tunggu surat plkn!!
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara