29 April 2012

Bersama Semula

Biasalah..orang kata masa ada taknak hargai.
Dah tak ada tercari-cari ^_^

Biasalah tu..
tak kenal maka tak cinta..
dah kenal gaduh pula..

Masa masuk sekolah rendah,jumpa cikgu garang jer kita cakap sekolah tadika best. Bila masuk sekolah menengah, gaduh dengan kawan jer kita cakap sekolah rendah paling best. Bila dah sambung diploma jumpa assignment banyak kita cakap sekolah menengah paling best.

Habis belajar kita kerja, kena marah sikit kita cakap zaman belajar adalah paling best. Best tak best. Semua sebab KAWAN. Menceritakan perjalanan zaman belajar kita juga dengan adanya KAWAN. Percayalah tanpa KAWAN kita tiada memori terindah nak dikenang masa sekolah :)

Oke. dan sebenarnya.. tinggal beberapa hari jer lagi tinggal kat Dungun ni. Sedih ada. Gembira pon ada. Lepas ni tak tahu nak sambung belajar atau kerja.

Saya juga buat catatan ini untuk meminta maaf kepada KAWAN sekalian andai saya pernah menyakiti hati, bermasam muka, marah tak tentu pasal, buruk sangka dan apa segala salah sepanjang perkenalan. Minta halalkan ilmu yang dikongsi atau makan minum yang pernah diberi :)

" I am nothing special, of this I am sure ! "

Semua yang terindah di simpan rapi dalam memori.
Terima kasih KAWAN kerana menjadi KAWAN saya.
Terima Kasih KAWAN kerana mencorakkan
hidup saya.

Saya ibarat awan dan awak adalah pelangi.

kekuatan, kebanggaan,
bebas dan terus berjalan,
kenangan tak mungkin aku lupakan..

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara