21 Sept 2015 - 21 Sept 2018
Selamat hari lahir ketiga tahun buat hero ibu yang pertama. Birthday kali ni Syahmi dah dapat title "Abang long". Tolong sayang adik Aniq yer sayang. Syahmi tengah aktif sekarang. Baru jadi abang gigi depan dah patah, dahi terhantuk dinding, kaki berdarah jatuh longkang, tergigit bibir, macam-macam lagilah.. Risau ibu. Ibu setiap masa doakan abang Syahmi.
Ya Allah peliharalah setiap langkah kaki Syahmi, jauhkan dia dari menjejak kaki ke tempat bahaya. Ya Allah lindungi tangan, badan dan mukanya agar terhindar dari luka-luka dan akhir sekali jauhkanlah Syahmi dari penyakit-penyakit yang memudaratkan. Sungguh anakku ini baru mengenal dunianya. Baru mula menjejak tanah maka aturkanlah perjalanannya yang baik-baik sahaja. Amin
Ibu, ayah & Aniq sayang Syahmi
0 comments:
Post a Comment