Alhamdulillah pokok rozel dan mulberry dah berbuah untuk musim ketiga. Tetiba rasa nak share resepi buat jus Rozel dan Mulberry. Sebelum tu nak kongsi sikit khasiat2 yang terdapat pada buah rozel dan buah mulberry.
Khasiat Rozel
Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.
– Melancar peredaran darah.
– Mengubati luka luar dan dalam.
– Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan.
– Sebagai diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri.
– Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
– Mempunyai efek anti kejang otot.
– Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
– Membunuh bakteria penyebab TBC.
– Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
– Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
– Mencegah penyakit jantung.
– Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
– Mengubati asma dan alergi.
– Mengubati insomnia.
– Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
– Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
– Vitamin C sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
– Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
– Menyihatkan mata
– Menyeimbangkan berat badan.
– Mengurangi panas dalam .
– Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
– Mengubati pening kepala/migraine.
– Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
– Menghilangkan sakit sakit di badan.
– Mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
– Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
– Mengubati sakit tenggorokan dan sawan.
– Mengatasi masalah stress/tekanan.
Khasiat Mulberry
1.
Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka
disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun
ulat sutera atau besaram.
2. Buah
Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula
mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry
mengandungi ureas.
3. Kulit
akar pokok mulberry mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan
sitosterol.
4.Buahnya
boleh dimakan segar atau dibuat jem, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan
merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
5. Buah
Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal
keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.
6. Buah
yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.
7. Buah
Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair
badan.
8. Jus mulberry
membantu masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja.
9. Buah mulberry
juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin.
10.
Wanita yang mengalami simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk
tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan
bayi, bolehlah mengambil jus mulberry dengan kerap bagi mengurangkan
simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.
11. Daun mulberry
pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah
dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air
mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan
membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan
selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan
dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.
12. Bagi
mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah
ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau
sengatan serangga tersebut.
13. Jika
mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada
daun atau ranting mulberry, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.
14. Akar
pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk,
busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberry
pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk,
bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas
tangan atau kaki.
15.
Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai
air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.
RESEPI JUS ROZEL DAN MULBERRY
Ambil kelopak rozel sahaja. Basuh bersih kelopak dan buah mulberry. |
Masukkan dalam blender dan letak air secukupnya. Blend sehingga rozel dan buah mulberry hancur. |
Tuang kedalam periuk dan didihkan. Tambah gula secukupnya. |
Tadaaaa... dah siap dan boleh diminum :) |
0 comments:
Post a Comment