03 August 2016

Suka dan Duka

24 Julai 2016 / Ahad
Along buat open house sebenarnya lebih kepada majlis hari jadi untuk Aidil Behzad setahun, birthday Aidil 18 Julai dan kebetulan kakak Aimi Dhaniah 27 Julai so along buat majlis sekali. Alhamdulillah seperti yang dirancang majlis berjalan petang tu start pukul 3 petang kawan2 dan saudara mara datang meraikan majlis. Malam tu blok rumah kami ada marhaban, kami memang plan nak buat majlis tu dari petang hingga malam, org cakap biar sekali harung, penat pon sekali. dah alang-alangkan :) Ramai sangat yang datang, sangat2lah meriah. Settle semua dalam pukul 10.30 malam. Alhamdulillah.

25 Julai 2016 / Isnin

Macam biasa pagi tu pukul 8.30 pagi aku datang rumah mak hantar Syahmi sebelum masuk opis, masuk kerja pukul 9 pagi.. Adik tengah sental periuk2 semalam. Lepastu mak ajak sarapan sama-sama. Ayah tak ada sebab kerja syif pagi, laki aku pon dah masuk kerja, so yang ada abg zani,  along (cuti halfday), dhaniah (ponteng sekolah sebab penat), sabrina, maktok, mak, aidil, syahmi dan aku.

Pukul 9 macam tu aku masuk opis. Tengahari dalam pukul 12.30 tengahari mak aku call. dia bagitahu along, abg zani dan sabrina kemalangan kat jalan perindu, mereka dalam perjalanan balik kerumah dari bank. Mereka bertiga naik motor, katanya tayar belakang motor pecah. mak cakap adik dah pergi tengok. Hati terus rasa tak sedap.

Aku mintak balik awal, tak silap pukul 12.50 tengahari aku terus balik rumah, aku call adik, dia bagitahu along dah tak ada kat tempat kemalangan tu, dah ada orang hantar ke hospital. So kami semua terus ke hospital Kulai.

Dalam masa yang sama laki aku dah pergi tunggu along, abg zani dan sabrina di hospital kulai, hospital tu depan tempat kerja dia je, dia kata yang paling teruk sabrina sebab darah kepala dan koyak.

Lama juga mereka kat dalam emergency room. Aku tak sempat jumpa, tengok jam dah nak pukul 2, aku balik masuk opis. Kami semua sentiasa update dalam group whatsapp family. Petang dalam pukul 3 lebih along dan sabrina discharge outpatient dan abg zani masih di dalam bilik xray. Along luka di tangan dan kaki manakala sabrina 6 jahitan di dahi luka di tangan dan kaki. Kerisauan mula melanda.. 


Mereka kata waktu xray ada nampak pendarahan dalaman kat kepala abg zani. Hospital kulai kata tu kecederaan serius dan terus naikkan abg zani dalam ambulans dan hantar ke HSA JB. kat HSA mereka buat imbasan lagi menggunakan mesin MRI. Diberitahu yang abg tak sedar, masa kat hospital kulai ada muntah darah so doktor terus mintak kebenaran penjaga untuk buat pembedahan. Ayah benarkan. Mak dan ayah abg zani dalam perjalanan ke Johor dari Kelantan dengan bas.

Pembedahan ambil masa yang lama disebabkan kecederaan tersebut dibahagian kepala. Pembedahan lebih kurang bermula pukul 8.30 malam sehingga 1.30 pagi (tak pasti waktu yg tepat)

26 Julai 2016 / Selasa

Abg tak sedar dan ditempatkan dalam wad ICU. Hari tersebut pulak aku kena attend training & meeting di Cyberjaya, awal pagi 7am dah naik flight. Syahmi tinggal dengan adik. hati memang tak sedap, tiba-tiba nangis.. Ya Allah Ya Allah sembuhkan abg zani. 


27 Julai 2016 / Rabu

Hari ini hari jadi Dhaniah yg ke 7 tahun sementara ayahnya masih di ICU. tabahlah anak. Doakan lah papa cepat sembuh dan balik yer. Dhaniah sampai merayu taknak pergi sekolah sebab nak tengok papa. pihak hospital pula tak benarkan kanak-kanak bawah umur 12 tahun melawat pesakit.

Dari FB along.

Katanya respon abg zani masih pasif. abg belum buka mata cuma ada buat gerakan kaki dan tangan. Ya Allah aku memang dah tak fikir apa masa kat office cyberjaya tu, kepala ingatkan keluarga kat rumah je. Mata hanya memandang jam. flight balik pukul 9 malam. Sampai jer senai. suami ambil dan kami tidur di rumah mak.

28 Julai 2016 / Khamis

Semalam aku dah mintak boss cuti hari ni memandangkan aku belum melawat abg di hospital. Aku stay hospital dari tengahari hingga petang, bawa syahmi sekali. Ya Allah sebaknya rasa bila masuk ICU dan pandang ke arah abg yang terbaring dengan bermacam wayar. Astaghfirullahalazim.
Seperti tak percaya seberat ini ujian Allah kepada keluargaku. Aku bacakan doa dan bisikkan kata semangat kepada abg.

 "Assalamualaikum abg, ni ude, ude datang tengok abg, bukaklah mata. Abg cepatlah sihat, abg taknak balik rumah ke? abg tak rindu Aidil, Dhaniah Sabrina? Semua rindu abg. Aidil cari papa.. abg bangunlah, abg kan kuat!  " sampai situ jer, terus aku menangis tak boleh tahan..


Doktor kata kalau respon masih pasif, doktor nak tebuk leher untuk pernafasan, sekeras-kerasnya aku tak setuju yang tu.. Banyak artikel berkenaan tebuk leher tu aku baca, ia sangat rumit untuk dijaga dan ade risiko yang bahaya. Alhamdulillah petang tu along kata abg ada bukak mata. Leganya dengar :)

Keluarga abg zani pon stay hospital bergilir tunggu progress abg. Ramai kawan dan saudara datang melawat dan bagi kata semangat. Jutaan terima kasih kepada kalian.

29 Julai 2016 / Jumaat

Pagi2 baca whatsapp boss mesej bagitahu dia bagi aku cuti. huhu tq boss ! :) Hari ni along seorang jer ke hospital, kat sana ada keluarga abg, sebab lepas Dhaniah balik kelas Baghdadi adik terus amik dia dan bawa balik ke kampung. Adik balik kampung hantar Maktok. Aku pulak terpaksa duduk rumah jaga Aidil, Syahmi dan Sabrina. Nak ker hospital tapi mengenangkan Sabrina sakit kaki tak mahu berjalan so kami stay kat rumah jer. Ayah dan suamiku kerja. Along kata abg dah boleh bernafas sendiri, tak perlu alat pernafasan bantuan, abg dah dipindahkan ke wad biasa. Wad neurologi lelaki Timur tingkat 4 katil no 4. Cumanya minum kena guna tiub, mula2 tiub tu masuk ikut mulut tapi abg tak selesa dia tarik keluarkan so misi masuk ikut hidung pulak.. Malam itu ayah mertuaku dalam perjalanan ke Johor dari Jerteh dengan bas, dia datang nak melawat abg zani.


30 Julai 2016 / Sabtu

6am ayah mertua call bagitahu dia dah sampai skudai, sebab syahmi masih tidur, suamiku jer pergi jemput ayah. Lepas dah sarapan pagi, ayah dah rehat kejap kami semua ke rumah mak melawat Sabrina, dia masih tak mahu berdiri jadinya kena dukung sahaja. Lepastu kami semua ke HSA. Untuk weekend, waktu melawat panjang jadi kami stay kat situ dari tengahari hingga petang. Bila tengok respon abg yang positif rasa lega Alhamdulillah. dia kenal orang dan  boleh bercakap sikit even slow. Malam tu aku, suami dan syahmi hantar ayah ke Larkin, ayah nak balik Jerteh dah sebab esok ayah mengajar. Terima kasih ayah.

31 Julai 2016 / Ahad

Hari ni kami plan untuk ke hospital sebelah petang sebab pagi tu aku mengemas rumah dulu. Along adik dan Cik Pinah dah ke hospital dari tengahari. Adik cerita doktor bersoal jawab dengan abg, ade yg boleh jawab ada yg tak dan ada juga jawapan yg salah. Petang tu abg tukar katil no 12.

Kesan pembedahan dikepala ni banyak yang akan terganggu sebenarnya, gegaran yang sedikit pon dia tidak akan selesa, pesakit akan rasa ngilu.  Pesakit juga akan rasa sakit kepala jika terkena cahaya yang direct. Mata pesakit kabur, Dia belum boleh buat keputusan sama ada haus ke lapar ke nak kencing ke nak berak. dia macam kanak2 yang baru belajar, semuanya kena dikawal.

1 Ogos 2016 / Isnin

Aku dah start bekerja macam biasa. Along call mak bagitahu keluarga abg zani nak bawak balik abg Kelantan. Dia mendesak yang sangat. Tak paham aku macam mana diorang boleh terpikir untuk buat macam tu. Operation kepala kot. bukan operation tangan.. Dah tentu abg tak boleh rasa gegaran nanti kepala dia sakit. Dahlah abg baru nak keluar hospital, diri tak boleh, jalan tak kuat lagi, kepala kena sentiasa sandar dan badan mestilah kena rehat, tak boleh bayangkan macam mana diorang nak bawak abg pi Kelantan dengan naik bas -_-'

2 Ogos 2016 / Selasa

Doktor tengok perubahan abg semakin positif dan abg zani boleh discharge. Proses discharge tu macam biasalah lambat amat dari pagi sampai petang. huhu sebab guna GL kan. Pukul 5 petang akhirnya abg zani pulang kerumah setelah 8 hari di hospital. Alhamdulillah syukur.. Abg zani dalam tempoh memory recovery. Tak semua perkara dia ingat dan dia juga lupa dia eksiden :(




Tak apa lah. Mungkin ini ujian untuk kami sekeluarga. Kami redha Ya Allah dan berharap kau sembuhkan abg zani seperti sediakala. Aku mohon agar kau lindungi keluarga ku ini dari perkara2 yang tidak kami ingini. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk kita. Amin InsyaAllah.


Jutaan TERIMA KASIH kepada semua yang mendoakan abg zani dan keluarga saya. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. insyaAllah

Coretan ini dibuat untuk ingatan sejarah dalam keluargaku. AllahuAkbar

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara