27 December 2016

Family day 2016

0 comments
Selamat ulang tahun perkahwinan ke 32 untuk mak dan ayah. Terima kasih sebab pergi honeymoon bawa kami semua. Kira macam family day sambil habiskan cuti tahun ni. hehe :)
 23 Dis 1984 -> 23 Dis 2016




 21 Dis hingga 24 Dis kita berjalan bermula dari

 Senai -> Desaru -> Kota Tinggi -> Mersing -> Kluang -> Simpang Renggam
 -> Benut -> Kukup -> Pontian -> Senai









Masa kat Mersing kami singgah rumah Aqilah (kawan baik angah) mengalir air mata melihat aqilah. Aku terlalu rindukan angah, Ya Allah sesungguhnya kau lebih mengetahui isi hati ini :(

Alhamdulillah kami semua selamat dalam setiap perjalanan. Semoga keluargaku ini sentiasa bahagia dan dijauhkan dari masalah dan perpecahan.

Doa keluarga sakinah :


 “Ya Allah, rekatkanlah kami, perbaikilah hubungan kami, tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan menuju cahaya dan jauhkanlah kami dari segala kemungkaran yang nampak maupun tersembunyi. Berkahilah kami dalam pendengaran, pengelihatan, hati, pasangan hidup dan keturunan kami. Terimalah taubat kami, karena sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Taubat dan Maha Penyayang. Jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas segala nikmat-Mu, memuji nikmat-Mu dan menerima nikmat-Mu, maka sempurnakanlah nikmat-Mu atas kami. Dan semoga keselamatan tercurahkan kepada nabi kami Muhamad dan atas keluarganya dan para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.“.


11 November 2016

Jus Rozel dan Mulberry

0 comments
Alhamdulillah pokok rozel dan mulberry dah berbuah untuk musim ketiga. Tetiba rasa nak share resepi buat jus Rozel dan Mulberry. Sebelum tu nak kongsi sikit khasiat2 yang terdapat pada buah rozel dan buah mulberry.

Khasiat Rozel

Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.
– Melancar peredaran darah.
– Mengubati luka luar dan dalam.
– Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan.
– Sebagai diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri.
– Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
– Mempunyai efek anti kejang otot.
– Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
– Membunuh bakteria penyebab TBC.
– Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
– Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
– Mencegah penyakit jantung.
– Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
– Mengubati asma dan alergi.
– Mengubati insomnia.
– Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
– Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
– Vitamin C  sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
– Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
– Menyihatkan mata
– Menyeimbangkan berat badan.
– Mengurangi panas dalam .
– Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
– Mengubati pening kepala/migraine.
– Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
– Menghilangkan sakit sakit di badan.
– Mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
– Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
– Mengubati sakit tenggorokan dan sawan.
– Mengatasi masalah stress/tekanan.

Khasiat Mulberry

1.  Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. 

2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. 

3. Kulit akar pokok mulberry mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol. 

4.Buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban. 

5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua. 

6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin. 

7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. 

8. Jus mulberry membantu masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja.

9. Buah mulberry juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. 

10. Wanita yang mengalami simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberry dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki. 

11. Daun mulberry pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah. 

12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. 

13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberry, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas. 

14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberry pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki. 

15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

RESEPI JUS ROZEL DAN MULBERRY

Ambil kelopak rozel sahaja. Basuh bersih kelopak dan buah mulberry.
Masukkan dalam blender dan letak air secukupnya. Blend sehingga rozel dan buah mulberry hancur.

Tuang kedalam periuk dan didihkan. Tambah gula secukupnya.

Tadaaaa... dah siap dan boleh diminum :)



07 November 2016

Retreat PCSB 2016

0 comments
5&6 Nov 2016
Bertempat di Philea Mines Beach Resort

First time outstation bawak suami dan anak, suami terpaksa menjadi babysitter. Tahniah sebab berjaya tidurkan anak. First time jugak untuk Syahmi tidur di hotel ❤


 
 
 
 
 
 
 

03 November 2016

Bengkel Latihan (ii)

0 comments
1 Nov 2016
Boss bercadang nak sewa sebuah lagi pejabat di Shah Alam, kami datang tengok2 dulu.
 
2 Nov 2016
Alhamdulillah semua berjalan lancar untuk Modul 2 ni, InsyaAllah yang kurang2 tu akan dibaiki untuk modul-modul seterusnya. Balik tu singgah R&R Dengkil, boss belanja satay Kajang :) Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi. haha







06 October 2016

Bambam

Syahmi tidur dengan bambam.
Bambam adalah flush toy berbentuk gajah comel.
Bambam adalah nama gajah didi dalam lagu didi and friends yang bertajuk "Bambam Gajah Hebat"



Bambam ni ibu beli dengan kawan ibu. Syahmi sayang sangat bambam ni 😍

04 October 2016

Dua Puluh Lima

0 comments
Alhamdulillah hari ni genap usiaku 25. Terima kasih mak dah melahirkanku. Terima kasih untuk surprise yang dirancang oleh adik :) 
3 Okt 2016 / 9 pm








♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬
4 Okt 2016

Esok pergi kerja dapat tragedi pulak! 


Sy rasa masa dia mencelah tepi kereta sy td dia lupa dia bawak gerabak tu. Dia ingat dia solo macam motor2 lain. Hmm tak pasal begesel. Sy suruh dia behenti tepi. Kemain dia tanya "kakak sakit tak? Kakak ada luka tak?" Sbb sy terkejut tadi. Sy pon nangis..

Muka dia memang serba salah dan sy jadi kesian sangat kat dia. Lol.( Padahal kau langgar aku )Lepastu sy suruh dia pergi dan sy teruskan perjalanan ke rumah mak.. dalam kereta anak sy merenung je ibu dia yg menangis ni. Dia pelik agaknya. Hahaha


Hari ni birthday sy. Pagi2 lagi mak dah wish :
"Selamat hari lahir untuk ude .. Semoga berbahagia selalu..ujian datang untuk mematangkan usia dan menguji kesabaran kita..😘😘😘😘😘😘"

Jadi sy anggap ni 1 ujian. Alhamdulillah sy dan anak ok.

Kereta calar sikit. Kereta ni ayah yg belikan zaman study dulu. Sy syg sgt kereta ni. Tolonglah jgn apa2 kan dia.. hmm hmm 😂😂

♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬
 Pagi tu abang pergi Skudai ambil 2 kotak buah yang dipos oleh mak & ayah mertua. Ada buah rambutan, manggis, nam-nam dan dukong. Sedaaapppppppnya!




♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ 

Rehat tengahari balik rumah mak, Along bagi ice-cream super special 💕
 Adik dah balik KL pagi tadi lepastu dia hantar mesej suruh ambil 1 sampul ni kat rumah. Rupanya dalam tu ada CD. Bawak pergi office nak pasang kat PC. Lagi sekali lah mata ni menangis sebab terharu sangat 😂

Petang kat office dapat surprise cake dari officemate. Rezeki rezeki 😍



♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬
Balik rumah abg belikan kek lagi dan bagi hadiah jam ❤

 Abg tahu favourite kita New York Cheese. nyum nyum


♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ ♫♪♬ 

 So sempena birthday saya kali ni, saya dapat 7 slice kek Secret Recipe. TERIMA KASIH SEMUA yang wish dan mendoakan. Moga Allah luaskan rezki kita dan sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya. Amin
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara