04 March 2015

Buku Pink Untuk Dia

Alhamdulillah akhirnya buat juga buku pink ni. Lama dah tunggu saat ni. Hari ahad hari tu dah call klinik desa senai untuk booking date, kebetulan JM cakap ada kosong lagi untuk hari Selasa 03Mac, kebetulan aku masih offday jadi aku booking terus. 

Sepatutnya abg kerja, tapi dia sanggup MC. Sweet2 gitu teman wife dia. haha baguslah jugak dia ada, dia yang drive pastu boleh teman aku borak2.

Mak aku pesan pergi klinik awal pagi, orang ramai katanya. hmm tapi aku gi mandi pon 8 suku.. hehe so dah nak pukul 9 pagi baru kami keluar rumah. 

Datang2 aku pergi kaunter bagitahu JM nak buat buku pink, JM suruh aku amik nombor giliran, no aku 1025, mungkin orang yang ke 25 >.< 

JM bagi aku botol kecik suruh pergi kencing, blur2 lurus gak lah aku ni.. haha ni botolnya pastu dia suruh letak strip dan tunjuk kat dia. Lepas dah tengok dia suruh buang strip dan cuci botol tu. Lain kali datang kena bawak botol kecik tu. Aku pon tak faham nak baca strip tu macam mana. hehehe tunjuk jer lah kat dia.

Lepastu dia panggil aku duk semeja. Banyak kemain benda nak isi kat buku pink tu. Kena bayar rm10 untuk beli buku panduan semasa hamil. dia suruh baca.

TADAAAAAAA..BUKU PINK SIAP :)

Lepastu pergi timbang berat, ukur tinggi dan cek darah untuk saringan hiv. Dah settle semua tu masuk 1 bilik kena baring. Kena cek payudara, dia tekan2 sikit perut, lepastu dia pegang leher kita dia suruh telan air liur. 

Dah cek semua tu, dia tanyalah pasal alahan, JM siap bagi tips, pastu dapat ubat2 ni. Ada Folic Acid, Vit B complex dan iron tablets.

 Lagi 2 minggu kena datang lagi sebab kena jumpa doktor, so dengan perasaan lega aku pon balik lah rumah mak aku, mak bagi sup ketam, ya Allah sedapnya tak tercakap, habis licin aku ngadap seorang. hihi.

Petang tu santai2 tengok movie sambil makan strawberry abg beli :)
yumm!! sedapppnya !!


0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara