20 March 2015

Bakal ibu

0 comments
Haaa? Bakal ibu?? 
tik tok tik tok 
kejap jer kandungan dah masuk 13 minggu beerti 3 bulan seminggu. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah untuk rezeki anak ini. Ada jugak rasa takut tapi selebihnya lebih pada excited. cehh :)

Mula minggu ke 7 hingga 11 bukan main teruk alahan loya aku. Bau makanan jer muntah, masuk rumah jer muntah, pergi dapur jer muntah.. fuhhh nak makan pon takde selera. Siap demam 4 hari, lemah longlai badan.. Tapi da masuk minggu 12 dan minggu ni Alhamdulillah loya dah berkurang, siap boleh pergi dapur masak nasi goreng. Tapi semalam lepas balik kerja muntah jugak.. hukhuk 

Banyak perkara yang aku suka tiba2 sekarang jadi tak suka. Lagi 1 hal yang perasan sangat berubah ialah muka ni, mak aii banyak pulak jerawat cik kiah :(

Ada tips tak?? :(

Baca majalah PA & MA edisi lama2. Ada orang wakaf kat rak buku office ni :)
 Alang2 update blog ni, nak bagitahu sekalilah, Ahad lepas kami pergi medan selera depan balai bomba larkin tu makan kacang pool, nasi ayam & abc. hehe :)




 tatatititutu
^^

04 March 2015

Buku Pink Untuk Dia

0 comments
Alhamdulillah akhirnya buat juga buku pink ni. Lama dah tunggu saat ni. Hari ahad hari tu dah call klinik desa senai untuk booking date, kebetulan JM cakap ada kosong lagi untuk hari Selasa 03Mac, kebetulan aku masih offday jadi aku booking terus. 

Sepatutnya abg kerja, tapi dia sanggup MC. Sweet2 gitu teman wife dia. haha baguslah jugak dia ada, dia yang drive pastu boleh teman aku borak2.

Mak aku pesan pergi klinik awal pagi, orang ramai katanya. hmm tapi aku gi mandi pon 8 suku.. hehe so dah nak pukul 9 pagi baru kami keluar rumah. 

Datang2 aku pergi kaunter bagitahu JM nak buat buku pink, JM suruh aku amik nombor giliran, no aku 1025, mungkin orang yang ke 25 >.< 

JM bagi aku botol kecik suruh pergi kencing, blur2 lurus gak lah aku ni.. haha ni botolnya pastu dia suruh letak strip dan tunjuk kat dia. Lepas dah tengok dia suruh buang strip dan cuci botol tu. Lain kali datang kena bawak botol kecik tu. Aku pon tak faham nak baca strip tu macam mana. hehehe tunjuk jer lah kat dia.

Lepastu dia panggil aku duk semeja. Banyak kemain benda nak isi kat buku pink tu. Kena bayar rm10 untuk beli buku panduan semasa hamil. dia suruh baca.

TADAAAAAAA..BUKU PINK SIAP :)

Lepastu pergi timbang berat, ukur tinggi dan cek darah untuk saringan hiv. Dah settle semua tu masuk 1 bilik kena baring. Kena cek payudara, dia tekan2 sikit perut, lepastu dia pegang leher kita dia suruh telan air liur. 

Dah cek semua tu, dia tanyalah pasal alahan, JM siap bagi tips, pastu dapat ubat2 ni. Ada Folic Acid, Vit B complex dan iron tablets.

 Lagi 2 minggu kena datang lagi sebab kena jumpa doktor, so dengan perasaan lega aku pon balik lah rumah mak aku, mak bagi sup ketam, ya Allah sedapnya tak tercakap, habis licin aku ngadap seorang. hihi.

Petang tu santai2 tengok movie sambil makan strawberry abg beli :)
yumm!! sedapppnya !!


 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara