14 November 2014

Selamat Tinggal Petaling Jaya

Hari ini 14 Nov hari terakhir untuk suamiku disana, malam ni flight balik Johor. Terima kasih tak terhingga untuk pengorbanan ini. Terima kasih bertolak ansur. Terima kasih sebab dah buat keputusan ini. Sikit pon tiada paksaan untuk abg pindah sini, sebab kita dah rancang yang tahun depan saya akan pindah ikut abg. Tak sangka bulan lepas abg dapat tawaran kerja kat sini. Alhamdulillah :)

Selepas kita nikah, hampir 4 bulan kita berjauhan, abg kat PJ saya kat Senai. Jumpa pun 2 minggu sekali, perasaan rindu & risau tak pernah hilang, akhirnya abg bagitahu saya, abg terima tawaran kerja kat sini. Betapa gembiranya saya rasa waktu itu. Terima kasih Allah

Abg, saya pasti bila kita tinggal bersama nanti akan ada masalah2 yang timbul, akan ada konflik, salah faham, masalah kerja, masalah kewangan atau apa saja masalah rumahtangga saya harap abg sentiasa bersama saya susah senang dan sentiasa mempercayai saya. Saya berharap kita lebih matang menangani masalah itu dan saling memahami. 

Abg, saya sentiasa berdoa agar ikatan cinta ini kekal selamanya hingga ke syurgaNya. Saya sayang abg ! Terima kasih untuk segalanya.




0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara