14 November 2014

udenovelty bertukar menjadi sarasafran

0 comments
Assalamualaikum.
Dengan rasminya hari ini, saat ini
udenovelty.blogspot.com
akan bertukar menjadi
sarasafran.blogspot.com

 udenovelty.blogspot.com telah mula diaktifkan pada 10 Sept 2010 dan hari ini telah genap 4 tahun 2 bulan dan 4 hari. Udenovelty bermaksud pembaharuan ude. Ude adalah nama panggilan aku kat rumah, sebab aku anak ketiga. Pembaharuan bermula dimana masa itu aku merupakan student sem3 di politeknik sultan mizan,  aku mula berkenalan dengan java & html coding dan merasa minat dengan bahasa pengaturcaraan tersebut lantas menceburi dunia blog sebagai tempat "percubaan" coding. Aku yang sebelum ini "buta IT" akhirnya membawa diri belayar dalam dunia internet, mula membaca forum, blogwalking, habis aku searching segalanya. Jari yang dulunya tekan keyboard satu2 akhirnya begerak sendiri seolah bermain piano. ciss apa aku menyimpang ni -.-

Banyak faedahnya jadi blogger ni, boleh buat bisnes, luah perasaan, kongsi ilmu.. haa macam2 lagilah.. ok balik topik asal.

Sempena tarikh hari ini, 14 Nov, suamiku En Safran akan berpindah ke sini, sebagai penghargaan untuk  pengorbanan dia aku nak letak gabungan nama kami untuk blog ini, mulanya aku rasa nak create blog lain tapi risau bersarang dan takde masa nak uruskan maka aku rename sahaja udenovelty menjadi sarasafran. yeayyyyy :)



Oleh yang sedemikian maka segala entry dan post sebelum ini diisytiharkan akan menjadi hak milik sepenuhnya sarasafran. Ini kerana pemilik sarasafran dan udenovelty adalah orang yang sama. Sama cantik. Sama cute. haha!

Bismillahirrahmannirrahim, maka dengan ini rasmilah pertukaran nama udenovelty menjadi sarasafran.Semoga maju jaya.

 sarasafran.blogspot.com

Tepukan gemuruh. Terima kasih semua :)



Selamat Tinggal Petaling Jaya

0 comments
Hari ini 14 Nov hari terakhir untuk suamiku disana, malam ni flight balik Johor. Terima kasih tak terhingga untuk pengorbanan ini. Terima kasih bertolak ansur. Terima kasih sebab dah buat keputusan ini. Sikit pon tiada paksaan untuk abg pindah sini, sebab kita dah rancang yang tahun depan saya akan pindah ikut abg. Tak sangka bulan lepas abg dapat tawaran kerja kat sini. Alhamdulillah :)

Selepas kita nikah, hampir 4 bulan kita berjauhan, abg kat PJ saya kat Senai. Jumpa pun 2 minggu sekali, perasaan rindu & risau tak pernah hilang, akhirnya abg bagitahu saya, abg terima tawaran kerja kat sini. Betapa gembiranya saya rasa waktu itu. Terima kasih Allah

Abg, saya pasti bila kita tinggal bersama nanti akan ada masalah2 yang timbul, akan ada konflik, salah faham, masalah kerja, masalah kewangan atau apa saja masalah rumahtangga saya harap abg sentiasa bersama saya susah senang dan sentiasa mempercayai saya. Saya berharap kita lebih matang menangani masalah itu dan saling memahami. 

Abg, saya sentiasa berdoa agar ikatan cinta ini kekal selamanya hingga ke syurgaNya. Saya sayang abg ! Terima kasih untuk segalanya.




Resepi Makaroni Goreng

0 comments
Tetiba rasa nak kongsi resepi pulak :D
Ni buat semalam sempena birthday ayah & huby pindah johor :)

Bahan A :
-Rebus makaroni sehingga kembang
-Sawi/ carrot / lain2 sayur

Bahan B :
-Minyak masak
-Lada kisar
-Bawang merah kisar
-Bawang Putih kisar
-Daging /Ayam / daging kisar
-Meat ball / fish cake / fish ball
-Kiub pati ayam / kiub pati ikan bilis
-Serbuk lada putih 
-Air 2 cawan 
-Garam secukup rasa
-Pati tomato jika suka

Bahan Hiasan
-Bawang goreng
-Hirisan lada merah



Mula2 tumis semua Bahan B,  dah mendidih dan semua bahan dah masak, masukkan Bahan A.Gaul sebati. Sambil2 tu rasa lah sikit nak tahu cukup rasa tak, kurang garam ker kurang air ke.. tambah2 lah. hehe :D

OK dah siap. senang jer :) :) :) :)

05 November 2014

Penantian

0 comments
Aku tak pasti nak letak tajuk apa. Tapi aku menanti bulan ini. 
Bulan November, bulan sebelas, bulan selepas Oktober, bulan ni hubby pindah Johor, bulan ni aku nak pergi KL, bulan ni birthday ayah, adik & abang, bulan ni aku nak beli perabot rumah. Kemain banyak haa program bulan ni. hihi ^^



Tak lupa juga Anniversary kami yang ke 3 bulan. 
Tapi hari ni dah 3 bulan 3hari.
 Alhamdulillah :)


Dan semoga Allah permudahkan segala urusan yang dirancang. Amin.
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara