16 April 2014

Kahwin Bajet part (i)

Assalamualaikum.

Entri ini untuk :
-Belia yang belum berkahwin
-Baru habis belajar.
-Kerja baru setahun dua atau kurang.
-Bukan anak orang kaya.
-Ada hati nak kahwin awal.
*semua dalam senarai atas tu ciri2 aku. kahkah :p *

Siapa nak kahwin awal angkat tangan kanan.
Siapa nak beli kereta angkat tangan kiri.
Siapa nak beli rumah angkat kedua tangan.
Hm hm aku sorang beria angkat tangan.

Just fine.

Ada lebih kurang 3 bulan setengah lagi aku akan berkahwin maka sekarang adalah masanya untuk menghempas pulas idea untuk memikirkan strategi supaya majlis kenduri kahwin nanti majlis paling meriah dan paling jimat di dunia. di dunia? hmm di dunia? krik.krik.krik.krik

kenapa kita perlu jimat ?

haa? tak payah jimat sebab kahwin hanya sekali seumur hidup? siapa cakap? mana kau tahu? itu perancangan yang maha kuasa.

kenapa kita perlu jimat?

KITA PERLU JIMAT KERANA KITA HANYA JADI RAJA SEHARI, ULANG LAGI SEKALI. SEHARI..

Perlu ke majlis besar-besaran?

*selak buku bank fikir masa depan*

"PERANCANGAN ITU PENTING"

Bila kita ada matlamat kita nampak sasarannya. betul? YA

Jangan bebankan pasangan.

Jangan sesekali! Faham.

IKUT KEMAMPUAN. BUKAN IKUT ORANG.

----------------------------------------------------------------------------

Aku baru nak mula cerita ni, tadi kat atas tu mukaddimah. hehe :p

Aku bukan kedekut tapi duit tu bukan senang nak dapat, bukan boleh fotostat dan yang mustahak, duit tiada jantina. Tidak membiak -_-

Lepas aku tunang dengan dia. kami dah bincang yang kami kena sediakan 10 ribu. Sebenarnya hati tak rela, banyak gila kot 10 ribu. kerja baru setahun, gaji tak sampai 2 ribu, tolak bayar bil segala bil sebulan mungkin ada baki 6ratus? eh tak.. 5 ratus. hm hm mungkin juga 4 ratus je baki lepas beli itu ini. dussshhhh

Ingatkan 10 ribu tu mahal melampau dah, jap lagi singgah festival pengantin kat Plaza Angsana survej pakej lengkap siap makan paling murah 18 ribu. Sekian i rasa bumi berputar dengan lajunya sehingga duit2 kertas semua berterbangan di udara. Ku kejar tak dapat... Ku kejar ku jatuh bangun semula pun masih tak dapat..

Relax.. masih boleh kahwin....
*ini hanyalah idea untuk kahwin bajet*

  •  Bermulalah  sel-sel otak berhubung mencari idea untuk menangani masalah ini. Disarankan juga membodek mak ayah kakak abang adik maktok ayahtok sedara sepupu sepapat seangkatannya agar masalah ini menjadi ringan. hehehe.
  •  Kalau dah bajet terhad macam aku ni lupakanlah hajat nak katering yer..Kita perlu bersatu padu dengan jiran tetangga untuk bantu misi memasak.
  • 3 atau 4 bulan sebelum majlis dah boleh cari dan bincang dengan andaman. Sampai ke hari ni aku dah jumpa pakej paling lengkap dan murah hanya RM1350 dan masih mencari yang lagi murah. hehe
  • Jangan biarkan majlis anda sunyi sepi. Boleh guna perkhidmatan "dj". Aku dah survey kat mudah tadi, brader tu kenakan cas perkhidmatan RM320 tapi jika buat tempahan awal sebulan diskaun RM100. So hanya RM220.
*ulang sekali lagi ini hanyalah idea untuk kahwin bajet*
  • Tak perlu hantaran banyak2. Sekadar yang mampu. Gubah sendiri atau suruh ahli keluarga yang kreatif bantu. Boleh google gubahan ringkas pada hantaran. Kat youtube belambak.
  • Jika anda sudah memiliki camera digital mintak tolong kawan ambil gambar dan upah dia seratus. hehe, setakat ni aku dah jumpa pakej photographer paling murah RM500. tak perlu perkhidmatan photographer  sampai RM2000++ sayang duit. sayang duit.
  • Sediakan atleast RM6000 untuk makan sahaja, (bergantung pada jemputan)
  • Sewa kanopi meja kerusi mungkin RM1000-RM1500
  • Buat kad kahwin sendiri. Sekarang tempah online pon ada. Aku ada survey hanya RM320 untuk 1000 kad saiz poskad. ok rasanya siap free sampul, banting, kalendar 1000 keping.
*ulangan kedua, ini hanyalah idea untuk kahwin bajet*
Kemain sesuka hati list tu jer dah RM10000. So belum masuk goodies, belum masuk caj kendarat, hiasan bilik.. Sebab tu perlu perancangan rapi. tapi untuk yang dah berharta takde lah masalah macam ni. Jangan biar pasangan kita tanggung seorang diri, kalau boleh bantu sila bantu tapi kalau betul dia mampu tak ada masalah.

Persediaan awal sangat penting untuk sebelum  dan selepas berkahwin, sekurang kurangnya dalam akaun ada 5ribu selepas dah belanja itu ini, Elakkan berhutang! Jangan beli kereta baru jika belum mampu, tengok keliling kita  rumah kini kebanyakkannya flat/ kondo, rumah teres menjangkau harga 200 ribu. Mesti fikir! Mesti ambil tahu. Usia semakin bertambah.

Jangan stress.

Rancang 1 per 1. perlahan dan teliti. Pasangan yang baik ialah memahami. Tidak mendesak. 

*ulangan ketiga, ini hanyalah idea untuk kahwin bajet*
Relax.. masih boleh kahwin....

Cukup 5 rukun nikah. Sah hukummnya.
Mas kahwin yang ditetapkan majlis agama negeri juga masih mampu untuk semua pihak. Beribu ribu yang dikatakan tadi tu hanyalah dikirakan wang hantaran ataupun wang persediaan majlis. Tak ada pun tak apa. Doa selamat, kenduri kesyukuran sahaja memadai.

 Kalau keluarga pasangan kita jenis yang boleh bertolak ansur, lebih mudah. Kalau dapat pulak keluarga yang nak serba serbi emas, majlis 1st class hm hm nasib lah labu. doa doa lah di jauhkan.


*ulangan terakhir, ini hanyalah idea untuk kahwin bajet*

 RANCANGLAH SEBAIK2 NYA, DAN SEBAIK2 PERANCANGAN ADALAH PERANCANGAN ALLAH. SEMOGA ALLAH PERMUDAH SEGALA URUSAN.



pssttt ayat panjang2 kat entri ni untuk pesanan diri sendiri sambil2 buat bunga kain pakai kain perca yang  mintak kat rumah cik zah (tukang jahit), dia bagi free. Bunga ni untuk gubahan hantaran. Nak buat berpuluh kuntum, 3 bulan sebelum majlis kena start. hehe :p

akan bersambung....

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara