01 January 2014

Hello 2014 !


Alhamdulillah, 
hari ni 1hb Januari 2014, 
tiktoktiktok kejap jer dah berubah tahun, 
cam tak cayer je rasa, tapi Alhamdulillah semalam dapat berita baik, 
hari ni dah mula kerja baru, 
harap tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. 
haiihh letih badan :(

Tapi bukan aku jer kot yang letih, officemate semua sekali. 
menguap2 ngantuk -.- haa..dah, jangan layankan sangat perasaan ni.. 
yang penting boss baru hensem. hahahaha :p

so kalau preview balik azam 2013
Alhamdullilah semua terlaksana cuma no 9 tu jer tak terlaksana.
sebab? 
takde orang sponsor.. err?  hehehe >.<

 So, sempena bertarikhkan hari ini, 01 Jan 2014 aku nak listing 14  azam baru untuk tahun baru lah :)

1. nak pergi bercuti kat pulau langkawi walaupun dah pernah dah pergi situ :D
2. jadi bini orang (gedik nak kahwin awal)
3. Kumpul duit untuk majlis kahwin.
4. Beli samsung note tak pon iphone yang paling latest..cett -.-
5. Nak buat cheese tart, cheese cake dan segala berkaitan cheese.
6. Pergi Melaka sebab nak beli beg batik.. haha
7. memulakan bisnes baru ! fiiiwwiitt fiwwiitt.
8. Terminate maxis wifi, pakai unifi atau streamyx.
9. Sedekah baju2 dalam almari yang tak pakai kat orang kampung yang hidup susah tu.
10. Nak bersukan sekurang2nya sekali seminggu.
11. Belanja dinner 1 family kalau boleh ada skali atuk & maktok.
12. Memenuhi kriteria menjadi seorang wanita yang di idamkan En Tunang. (Ada ker dia cakap aku tak matured, rasa nak soletep jer mulut dia sebulan =.= )
13. Dalam asb tak kurang 14 ribu pada bulan Disember.
14. Mengharap azam yang pertama sampai terakhir tu dilaksana dan berjaya v(*.*)^


-Selesai senarai 14  azam yang dihajati untuk tahun 2014- 
SEMOGA TERLAKSANA hajat2 tu ye si comel !!
ヽ(´ー`)人(´∇`)人(`Д´)ノ


Ehh.... Fifa World Cup Jangan dilupakan !



waka waka eh eh wakakakaka.... kbai (´∇`)

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara