03 November 2013

Resepi Satay

Bahan2: 

1 kilo daging / isi ayam
4 biji bawang merah
halia
lengkuas
6 ulas bawang putih
6 batang serai
5 sudu gula
1 sudu garam
* Kesemua bahan dikisar. Kemudian gaul bersama perencah satay.




Daging dipotong saiz kecil supaya mudah dicucuk pada lidi dan tidak terlalu tebal supaya daging boleh masak apabila dibakar atas api. Gaulkan daging bersama rencah yang siap dikisar tadi. 
Perap selama 4-5 jam.




Selepas 4 jam, cucukkan daging tersebut  pada lidi, pada masa yang sama juga hendaklah sediakan bara api di pemanggang.



Gunakan arang , kayu atau tempurung kelapa sebagai bahan api dan jadikan bara, tidak perlu ada api menyala kerana boleh menyebabkan satay hangus dan tidak masak sempurna.


Sekali sekala, terbalikkan satay supaya dagingnya masak serata.

Satay siap untuk dimakan, Kalau rajin buatlah sambal kacang sekali. Sedap ! :)


Misi berjaya <3

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara