27 November 2013

Atasi stress

0 comments

Atasi stress dengan senyuman. 
Jika anda menghadapi masalah di tempat kerja / belajar, anggap sahaja masalah tersebut berupa  Spongebob, maka senyumlah.  Jika anda rasa anda ditindas / dikecam oleh seseorang anggap sahaja ia adalah Patrick, maka senyumlah.  Jika semua benda bermasalah dengan anda, tiada pilihan lain.. anda adalah Squidward. Maka...sedarlah diri. hahaha :L

26 November 2013

Sedekah

0 comments
"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"
- Hadis sahih riwayat Abu Daud



Terima kasih Lan. Semoga pahala sedekah ini diberikan kpd atuk kamu.   :)
Al fatihah.


24 November 2013

Teringat kau

0 comments
Pagi tadi masa nak pergi kerja pasang cd MCR.
Lirik ni buat aku teringat kau lah.
 "Well I was there on the day
They sold the cause for the queen
And when the lights all went out
We watched our lives on the screen
I hate the ending myself
But it started with an all right scene

It was the roar of the crowd
That gave me heartache to sing
It was a lie when they smiled
And said, "You won't feel a thing"
And as we ran from the cops
We laughed so hard it would sting
"

Mana kau hilang ?
Mungkin juga aku akan menangis bila berjumpa kau.
Kau. terima kasih memberi catitan manis dalam hidup ini.
walaupun ia sebenarnya kelat.
Aku tunggu kau muncul.
 Jika kau tulus kau pasti mengerti lirik ini. 

Oh.. aku sudah maafkan kau. Dari dulu lagi.

 "If I'm so wrong
How can you listen all night long?
Now will it matter long after I'm gone?
Because you never learned a goddamned thing

You're just a sad song with nothing to say
About a lifelong wait for a hospital stay
And if you think that I'm wrong
This never meant nothing to you

So go, go away, just go, run away
But where did you run to?
And where did you hide?
Go find another way
Price you pay"


18 November 2013

CikTikus comel di Mcd Senai

0 comments
Kalau cakap Mcd senai, takkan tak tahu kot kat mana, yang depan Airport tu lah.
Oh yeahhh.. semalam jumpa atiq & mia, last jumpa 2 tahun lepas kot, tapi memang agak lama la tak jumpa bestie time sekolah ni. Lepas da chit chat chit chat kat wechat akhirnya bertemulah kita di Mcd seperti yang dijanjikan ;)

Disebabkan dah malam dan masing2 on diet, atiq & mia makan fries & minum air jer, aku tak diet so membantai burger..nyum nyum nyum... macam2 cerita ada, cerita pasal belajar, kerja, kahwin, pasal hantu lah pasal kereta la.. haa kau.. semua kepoci. hihi

candid by dhaniah, my niece :)

lepas upah dhaniah baru dia serius amik gambar kami.


My niece, Dhaniah :)

Atiq hadiahkan aku tudung 2 helai. thank you atiq! <3 suka sangat dapat tudung halfmoon ni.. berangan nak pakai masa my e-day nanti :)
 .
....
........
....
.
ok.. berbalik pada tajuk asal..

Selesai kami makan tiba2 aku terpandang sesuatu berlari2 kat lantai luar cermin tepi meja kitorang makan, haissh payah beno nak explain, kat lantai luar lah maksudnya, tempat makan yang ala-ala fresh air, hmm paham tak? tak pon panggil "open window" bahasa melayunya "terbuka", kitorang makan kat dalam, ada  aircond. bak kata my niece la, yang memisahkan dua tempat dalam dan luar ni adalah cermin kaca tu.. kemain jer aku terangkan. lol

Benda yang lari2 tu rupanya cikTi... Sebenarnya tak pastilah isu tikus ni kecik ke besar, nak kata tempat ni kotor, bersih la jugak, nak kata makanan tak sedap.. sedap je aku ngap.. ehh? harap2 aku makan hm chicken burger bukan cikTi burger :(
si tikus comel membuat aksi :p

Tikus tu kecik comel jer, candid by mia, tapi kalau tu anak tikus mesti ada mak dia kan, kalau isu ni kat  restoran, warung, kantin atau kafe kompom dah kena banned.kena sita, masuk berita suratkhabar bagai, report police -.- kalau Mcd agak2 kena apa ea? kompom lah dia cover BAIK punya kannnn -..-

lepasni fikir banyak kali lah yer nak makan kat sesuatu tempat tu, Jenama tak menjamin apa2. Percayalah.. dan.. jangan menilai sesuatu daripada luarannya.

Haiish dah terkena, tawakal jelah.. sentiasa berdoa yang aku makan malam tadi tu daging ayam >.<

resit ni membuktikan aku beli hm chicken burger, bukan cikTi burger.. sedapkan hati, jiwa dan raga.. huaaaaa :(
SEKIAN
luahan isi hati yang kecewa.
tak tahu nak mengadu kat siapa (",)

16 November 2013

Koleksiku

0 comments
Semalam mood mengemas almari yang telah terbiar hampir setahun. Nak tahu jumpa apa? 
TaDaaaaa
Daaaaaaaa
Daaaaaaaaaaaaaa
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

 Ini cokelat m&m's mini. lebih kurang 70 botol semuanya, sebotol rm 3.++ , so kesemuanya RM???? haisshh ngeri lah nak mention, pasal coklat jer dah habis beratus -.- tapi sebab suka sangat makan cokelat ni, harga letak tepi kejap.. wahh rasanya enak bangat !! hihi :D

Ini koleksi handphone, cell phone, telefon bimbit emm ape lagi ye,, banyak sangat nama boleh panggil benda ni, nokia 2600 tu handphone PERTAMA aku.. ayah yang belikan. Sekarang dah rosak. Nokia N70 beli masa form5 lepastu hilang masa eksiden bas, Black Pearl II henpon rebat skmm rm200 tengah pakai sekarang, hah lagi 1 henpon tahan lasak yang kotak kecil tu, jatuh nak 50 kali pon OK jer takde masalah.. ada dalam poket ni :) 

Kesimpulannya : belajarlah MENGHARGAI sesuatu :)

11 November 2013

Jumpa Opick

0 comments
Program : Karnival Maal Hijrah 1435 H & Malam Amal Palestin
Tarikh : 9 & 10 November 2013
Lokasi : Masjid Lpg Tbg Antarabangsa Senai, Johor

Actually semalam kerja tapi balik kerja sampai rumah terus mandi siap2 iron baju cantik terus pergi Masjid, makan pon tak sempat sebab nak jumpa opick :) nak jumpa sangat!

Hmm, sedikit kecewa apabila nampak masih ada tempat letak kereta yang kosong, aku dapat tahu yang program ni last minit, mungkin ajk masjid pon kelam kabut nak hebahkan program pon tak sempat. Member aku pon ramai tak tahu. Rugi2, nasib baik Ustaz Izzat ada hantar flyers kat rumah.

Mula2 ada pentomen dari johor bikers, lepastu ada zikir, lepastu ada opick :) best sangat ya Allah, sedap betul suara dia, dedo jantung i, dup dap dup dap..... <3
Opick - Sedekah
Opick - Rapuh
Program ini juga  menyeru orang ramai supaya bersedekah untuk tabung Palestin, Alhamdulliah mendapat sambutan baik oleh pengunjung, jumlah kutipan mencecah 7 ribu dan ada  juga yang berkorban memberi cincin emas. Sama2 lah kita mendoakan agar saudara seislam kita di bumi Palestin bebas dijajah oleh israel dan mendapat perlindungan Allah s.w.t
Pukul 11.45 malam baru balik rumah, seyum senang hati dapat jumpa Opick. 
Terima Kasih Allah
:) :) :) :)


10 November 2013

Jumpa kawan lama.

0 comments
Tengs to wechat kerana menghubungkan kami, sedang komen2 moment tiba2 boleh deal pulak ngan kawan lama ni untuk keluar shopping bersama :D


Hari Rabu, 6 Nov 2013, seperti yang dijanjikan kami berjumpa di Danga City Mall, Johor. Terasa macam back to sixteen yo, masing2 masih lagi berperangai budak sekolah.. very happening ladies.. Tengs u'olls sebab sudi keluar bersama.

Seriously memang semua ada hajat nak beli tu, beli ni, perghh so apelagi.. dimulakan dengan masuk butik first lady sebab wada nak beli baju untuk konvo dia. eeh, aku lupa nak candid la time ni. rugi rugi.. lol

Lepastu masuk it plaza sebab ella nak cari cable untuk hard disk pastu kitorang tawaf..  uiishh ada jer tangan ni pegang itu ini, mata dah berkenan, hati kata beli2.. hahahaha

Masuk UO, memang plan nak beli ladies sandals, tengok satu satu akhirnya berkenan sangat dengan yang ini. Tak payah pikir panjang terus jer beli, memang memukau mata aku betul :)

tunjuk 1 jer, ala2 kasut cinderella :p

Beli macam2  last2 wada tolong bawak barang2 kami.. eeh guna troli oke. dia baik dan cantik.. puji sikit :D


terima kasih wada & ella ! so happy day :) 
panjang umur, kita berjumpa lagi. insyaAllah



03 November 2013

Resepi Satay

0 comments
Bahan2: 

1 kilo daging / isi ayam
4 biji bawang merah
halia
lengkuas
6 ulas bawang putih
6 batang serai
5 sudu gula
1 sudu garam
* Kesemua bahan dikisar. Kemudian gaul bersama perencah satay.




Daging dipotong saiz kecil supaya mudah dicucuk pada lidi dan tidak terlalu tebal supaya daging boleh masak apabila dibakar atas api. Gaulkan daging bersama rencah yang siap dikisar tadi. 
Perap selama 4-5 jam.




Selepas 4 jam, cucukkan daging tersebut  pada lidi, pada masa yang sama juga hendaklah sediakan bara api di pemanggang.



Gunakan arang , kayu atau tempurung kelapa sebagai bahan api dan jadikan bara, tidak perlu ada api menyala kerana boleh menyebabkan satay hangus dan tidak masak sempurna.


Sekali sekala, terbalikkan satay supaya dagingnya masak serata.

Satay siap untuk dimakan, Kalau rajin buatlah sambal kacang sekali. Sedap ! :)


Misi berjaya <3
 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara