29 April 2012

Bersama Semula

0 comments
Biasalah..orang kata masa ada taknak hargai.
Dah tak ada tercari-cari ^_^

Biasalah tu..
tak kenal maka tak cinta..
dah kenal gaduh pula..

Masa masuk sekolah rendah,jumpa cikgu garang jer kita cakap sekolah tadika best. Bila masuk sekolah menengah, gaduh dengan kawan jer kita cakap sekolah rendah paling best. Bila dah sambung diploma jumpa assignment banyak kita cakap sekolah menengah paling best.

Habis belajar kita kerja, kena marah sikit kita cakap zaman belajar adalah paling best. Best tak best. Semua sebab KAWAN. Menceritakan perjalanan zaman belajar kita juga dengan adanya KAWAN. Percayalah tanpa KAWAN kita tiada memori terindah nak dikenang masa sekolah :)

Oke. dan sebenarnya.. tinggal beberapa hari jer lagi tinggal kat Dungun ni. Sedih ada. Gembira pon ada. Lepas ni tak tahu nak sambung belajar atau kerja.

Saya juga buat catatan ini untuk meminta maaf kepada KAWAN sekalian andai saya pernah menyakiti hati, bermasam muka, marah tak tentu pasal, buruk sangka dan apa segala salah sepanjang perkenalan. Minta halalkan ilmu yang dikongsi atau makan minum yang pernah diberi :)

" I am nothing special, of this I am sure ! "

Semua yang terindah di simpan rapi dalam memori.
Terima kasih KAWAN kerana menjadi KAWAN saya.
Terima Kasih KAWAN kerana mencorakkan
hidup saya.

Saya ibarat awan dan awak adalah pelangi.

kekuatan, kebanggaan,
bebas dan terus berjalan,
kenangan tak mungkin aku lupakan..

28 April 2012

Tak Bersih

0 comments
Aku tertanya-tanya kenapa mereka sanggup terlibat dengan perhimpunan bersih 3.0 ini sedangkan jika pemimpin yang kau sanjungi itu ada kuasa mengapa tidak bicara secara baik? perlukan demonstrasi, perlukan perarakan, menutup jalan dan menunjuk perasaan.

Pakcik tu kata dia datang bersih sebab nak tunjuk yang dia warganegara yang bertanggungjawab dan perlu menyokong bersih untuk memilih pemimpin yang adil. ADIL?

Sumber : google image



Pihak POLIS berada dalam keadaan berjaga jaga dan tidak memberi sebarang gangguan kepada mereka yang BERDEMONSTRASI. Hak kebebasan untuk berdemonstrasi yang telah di beri oleh Kerajaan Perdana Menteri Najib Razak pagi ini membuktikan bahawa dia prihatin kepada kehendak minoriti walaupun sekecil 3000 orang yang sekarang berada di Dataran Merdeka.

Setiap negara ada masalahnya, tetapi untuk berdemonstrasi dan tunjuk perasaan hanya untuk kepentingan politik tidak memberi apa manfaat kepada rakyat yang berbilang kaum seperti negara ini.

BERSIH KE BUSUK?

Cara macam tu ker nak Negara AMAN?

Maaf. Aku tak sokong #Bersih!

24 April 2012

Final Exam

Ohh...sudah lama tak update blog. Busy sangat. Takde masa dan takde idea.. Tup tup dah minggu final exam..
Sem ni 2 paper jer tapi dua tu programming! =.= Baca sikit ngantuk z_z' Habis 2 paper ni akan tamat lah sesi belajar. Say Goodbye to Psmza, Dungun.

pssttt...belum free lagi ni.. hmm..tengah tunggu surat plkn!!

06 April 2012

Final project

0 comments

Sekarang busy dengan final project. Siang malam ngadap coding. Lepas ngadap final project, ngadap assignment, pastu mini project, pastu test 2.. lagi 2 minggu final exam. Pehh..tak nak banyak pulak kerja akhir2 bulan ni.. Doaku semoga semuanya baik2 sahaja. Aminn :)

Final project : Unit Exam HelpDesk


 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara