11 February 2012

Suara hati

Kenapa tak gembira?
Menanti kau di suatu sudut dunia ini,
hanya terbuka untuk kau sahaja.
Kau adalah seorang budak yang beruntung.
Tahukah kau, dia menunggu hanya kau sahaja.
Bintang menyinar dengan gemilang
di langit malam ini.
Dia ingin hidup dengan caranya sendiri
biarpun berteman sunyi sepanjang hayat.
Mungkinkah dia akan berasa bahagia?
Demi masa,
berikanlah kami kekuatan untuk menempuh
perjalanan yang masih panjang ini.
Marilah kita sama-sama cuba mencarinya biarpun
begitu banyak cabaran melanda.
Takut,
mungkin akan sesat buat selama-lamanya.
Kalaulah aku dapat memutar
kembali masa yang berlalu,
ingin saja aku lupakan segala kekusutan ini.
Kata-kata itu membuatkan kami mengambil keputusan
membawa haluan masing-masing.
Kami mencari kebahagiaan masing-masing.
Aku mula kuatkan semangat.
Tiada masa lagi untuk mengenang kisah lalu.
Tiada masa lagi untuk menangis!

0 comments:

Post a Comment

 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara