29 February 2012

#29Feb

0 comments
Ramai betul orang update status
pasal tarikh hari ni kan.
Al maklumlah 4tahun sekali.
Dan termasuklah En Pere :-

Sebenarnya malas nak update blog. Sebab #tarikh ni pon 4 tahun lagi baru jumpa. So aku merajinkanlah diri update blog ! :) oke.. masa untuk siapkan lab exercise java.

Tarikh lahir dan personaliti

0 comments

Kalau anda dilahirkan pada
1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada
2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada
3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada
4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada
5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada
6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada
7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada
8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada
9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.9

no.1 —- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2 —- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3 —- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4 —- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5 —- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6 —- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7 —- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8 —- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9 —- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Kebetulan je semua ni.
#no.4 —> Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. (✔)
—> Pasangan ideal anda adalah no. 8 (✔)

28 February 2012

Mungkin Bermakna

3 comments

Alhamdulillah, see.. entry aku dah 111.
(Sikit je) padahal blog ni dah 2 tahun,
dari aku semester 3 lagi. HEHE..

.
.
.
.
.
Org yg lahir hr ni sangat bernasib baik..
tp yg lahir hr esok sangat istimewa
#29Feb :)
mungkin sebab 4 tahun sekali....
tapi tak bermakna umur meningkat
4 tahun sekali oke !

Dan sebenarnya, tanpa disedari..setiap saat sangat BERMAKNA..Layan lagu ni jom..


Malu

0 comments
Malam tadi aku pergi makan. Order Mee Bandung. Memang sedap la. Eeh, sekarang bukan nak cerita pasal mee bandung tu, nak cerita yang malunya aku tahap maksima sebab tengah makan tu boleh pulak tersedak. Dah lah dalam mulut ni penuh baru je suap sesudu kuah.. pfttttt.... bengang betul ingat, dah lah makan dengan En Pere. xD
gambar ihsan google image

Balik rumah buat2 cool..Cett, padahal dah malu sangat2 ni.. by the way Life must go on rite.
SORRY En Pere..
tak sengaja.. huhh.. =_='




psstt..Siapa lah yang ngumpat aku
sampai tesedak aku makan.
Nak tesembur semua !! huhh..
malu.malu.malu.malu.malu.malu!!!!

26 February 2012

Bila online

0 comments

Sebenarnya banyak kerja nak siapkan malam ni. Tapi, kalau dah online tu mesti macam2 tab nak buka sebab "alang2" kan.. hehe
(selalu sangat dah macam ni)

Semenjak ni, rajin sangat tweet2.. Ni print screen sebab dah tweet 444 kali.. Ude kan suka no 4 :) :)

19 February 2012

Anak Kucing

2 comments

Cuti mid sem baru bermula. Rasanya cuti kali ni habiskan masa kat rumah je. Pagi Jumaat 17hb dah sampai rumah, pagi tu time nak ambil wuduk tiba2 dengar suara anak kucing meow meow meow.. gelap lagi masa tu, aku ignore jelah.

Pagi tu, aku nampak ada anak kucing kat tepi longkang. kotor betul. kesian tengok. Aku pon cari kotak kosong letak anak kucing tu kat dalam kotak tu, menggigil semacam je badan dia. Tengok macam nak separuh mati pun ada anak kucing ni, aku bagi dia minum susu.

Pagi tadi aku geli tengok badan dia kotor, aku pun mandikan lah anak kucing tu dengan air suam basuh badan dia dengan sabun baby johnson.

See, dah bersih dan nampak lebih sihat. Tapi minta maaf lah kucing, ayah tak bagi letak dalam rumah, aku letak kau kat luar dalam kotak je, harap kau selesa. nanti kau besar sikit aku lepaskan kau merayap :)

apa nama nak bagi kat
anak kucing sekor ni??

13 February 2012

Kawan baik

4 comments
Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!

11 February 2012

Suara hati

0 comments
Kenapa tak gembira?
Menanti kau di suatu sudut dunia ini,
hanya terbuka untuk kau sahaja.
Kau adalah seorang budak yang beruntung.
Tahukah kau, dia menunggu hanya kau sahaja.
Bintang menyinar dengan gemilang
di langit malam ini.
Dia ingin hidup dengan caranya sendiri
biarpun berteman sunyi sepanjang hayat.
Mungkinkah dia akan berasa bahagia?
Demi masa,
berikanlah kami kekuatan untuk menempuh
perjalanan yang masih panjang ini.
Marilah kita sama-sama cuba mencarinya biarpun
begitu banyak cabaran melanda.
Takut,
mungkin akan sesat buat selama-lamanya.
Kalaulah aku dapat memutar
kembali masa yang berlalu,
ingin saja aku lupakan segala kekusutan ini.
Kata-kata itu membuatkan kami mengambil keputusan
membawa haluan masing-masing.
Kami mencari kebahagiaan masing-masing.
Aku mula kuatkan semangat.
Tiada masa lagi untuk mengenang kisah lalu.
Tiada masa lagi untuk menangis!

10 February 2012

Notis JPJ

0 comments
Semalam ramai2 konvoi pergi Tasik Puteri, Bukit Besi. Ni semua plan last minit. Nasib tak berapa nak baik tengah jalan jumpa pulak road block JPJ. Huaarggh, Becky aku tak lepas. Number flat tak menepati citarasa JPJ. Tak pasal dapat notis 10 hari. Oke balik Joho nanti aku tukar. grrr..

Eh, Best gak la pergi Tasik Puteri ni. Boleh mandi2, ada air terjun. Yang paling best boleh main kayak dan paddle boat free. hehe :)


Credit Picture to -> Jepown Serabowt


Haisshh.. agak2 kalau time road block tu kereta ni lalu JPJ bagi notis tak? HAHAHA :D joking~

04 February 2012

Deactivated Fb

0 comments
Minggu ni banyak betul masalah.
FED-UP with all.
Aku dah deactivate FB.
Rasa nak memaki hamun jer ni..


So, for whom those want to contact me. Please contact me through the twitter.
I will follow you back !

03 February 2012

Just for laughs

0 comments
Asyik mengadap coding je hari2.. So hari ni cuti masa untuk aku mengadap youtube,, usha la video ni.. boleh lah hilang stress sikit daripada asyik teringat syntax error je.

pstt.... Chanel favourite ayah aku gak ni., HAHA :p


02 February 2012

Empty

1 comments

Tried to take a picture
Of love
Didn't think I'd miss her
That much
I want to fill this new frame
But its empty

Tried to write a letter
In ink
Its been getting better
I think
I got a piece of paper
But its empty
Its empty

Maybe we're trying
Trying too hard
Maybe we're torn apart
Maybe the timing
Is beating our hearts
We're empty

And I've even wondered
If we
Should be getting under
These sheets
We could lie in this bed
But its empty
Its empty

Maybe we're trying
Trying too hard
Maybe we're torn apart
Maybe the timing
Is beating our hearts
We're empty

Maybe we're trying
Trying too hard
Maybe we're torn apart
Maybe the timing
Is beating our hearts
We're empty


 

sarasafran™ Copyright © 2013 Idea by Mysara