Hidup bagai roda, kadang di atas kadang di bawah.
Kadang suka, kadang duka.
Kadang kaya raya, kadang tak berduit.
Kadang makan Roti dgn Nuttela, kadang makan roti 70sen.
Kadang pakai jeans, kadang pakai seluar track.
Kadang smart tag, kadai pakai syiling.
Kadang pakai postpaid, kadang masuk prepaid.
Kadang suka, kadang duka.
Kadang kaya raya, kadang tak berduit.
Kadang makan Roti dgn Nuttela, kadang makan roti 70sen.
Kadang pakai jeans, kadang pakai seluar track.
Kadang smart tag, kadai pakai syiling.
Kadang pakai postpaid, kadang masuk prepaid.
Mak pernah berpesan buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali..
Ayah pulak ajar, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat..
Aku ngadu kat ayah budak2 besar ni tolak2 dalam bas. Beg dah la berat. Pastu ayah kata "tumbuk jer muka dia". Esok nya memang lah ada budak laki ni cari pasal, pulak tu ada akak aku. Kan dah menempah sebijik penumbuk. Tah pasal darah meleleh. Malam tu bapak dia serang rumah aku. HAHA. yang aku ingat semua wat tak tahu je. Cuma mak minta maaf kat dia.. huh ==!
Masa sekolah menengah.
Warden selalu komplen aku bermasalah. Gila sengal betul. Aku wat hal tak kacau 7 keturunan suku kaum dia pon. Mengomplen kat ayah aku. Tapi ayah tak pernah cakap apa2 pun kat aku. Ayah wat tak tahu lagi. Ada sehari tu aku ponteng sekolah duk kat rumah,Warden call. haish, nasib aku yang jawab call. Menggigil dia berkata2 "err.. ayah awak ada?" aku jawab ayah keje!. "err.. mak awk ada?" aku jawab TAKDE!. terus letak. Tak berakhlak betul. Bagi salam pun tak, cam mana nak jadi contoh. Dia ingat aku melencong! POYO ==!
ermm.... dengar cerita anak dia tu.........'bermasalah'. Kan! kena sumpah aku yang teraniaya!
Masa kat IPT.
Jauh dari keluarga. Tak lah heran jumpa macam2 jenis orang sebab aku pernah duk hostel dulu. Yang lainnya, wat kerja berkumpulan dan perlu prezen. Tapi oke la sebab tu cara nak improve communication skill. Time ni semua benda akan jadi lebih matang, kadang kawan jadi teman, kadang berlawan dengan kawan. BIASA~
Masa kerja.
Tak banyak lah sangat pengalaman bekerja. Tapi macam mana pun hormat la organisasi tempat kita bekerja. Orang atas memerlukan bantuan orang bawahan bekerja. Yang orang bawahan perlu lah hormat orang atasan sebagai majikan. Err tapi jangan lah 'mempergunakan'.
"Tempat yang kita berada sekarang adalah hasil usaha kita yang mampu kita menanggungnya. Allah swt tak akan memberatkan tugas hambanya dengan menempatkan di tempat yang luar kemampuannya" so. jangan lah mengeluh..
Akhir kata :
1) "what you give..you get back"
2)Kelebihan & kebaikan yang ada pada kita bukan untuk rasa melebih daripada orang lain, tetapi untuk disyukuri kerana sebenarnya Allah telah menutupi kekurangan kita dengan kelebihan yang kita ada.
3) Ingat!!!! bila 1 jari menunding ke orang lain, jari yang lain menunding kepada kita!!
Satu gambar satu cerita.
ReplyDeletehehe. yep..
ReplyDelete